Saga 4WD

Here’s an article from Harian Metro back in February 2007. It concerns a white Proton Saga that got stopped by traffic police officers during an illegal racing raid operation. The extend of the modification to the Proton Saga amazed them.

KUALA LUMPUR: Sepasukan anggota polis Trafik Bandaraya kehairanan apabila kali pertama terserempak dengan sebuah Proton Saga yang diubah suai menjadi kenderaan pacuan empat roda oleh pemiliknya disyaki bagi tujuan berlumba haram.

Difahamkan kenderaan terbabit yang dianggap ‘model terbaru di pasaran ditahan sebelum disita kerana melakukan pengubahsuaian secara haram di Lebuh raya Lingkaran Tengah (MRR2) berhampiran Taman Melawati di sini, minggu lalu.

Kereta bernombor pendaftaran WBV 9253 dan berwarna putih itu kemudian diserahkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan untuk diuji.

Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Amir Abdul Hamid, berkata pemeriksaan mendapati kereta berkenaan diubahsuai pemiliknya dengan membabitkan kos melebihi harganya.

“Antara yang diubah enjin kereta terbabit yang ditukar menggunakan Mitsubishi Evolution dengan kelajuan melebihi 30 peratus daripada asal, gandar tayar pula ditukar kepada kenderaan pacuan empat roda, begitu juga sistem gerakan enjin.

“Turut ditukar ekzos kenderaan, tangki minyak dan sistem dalaman. Bagi menampakkan kenderaan itu sebagai pacuan empat roda, pegas rodanya turut dinaikkan. Ruang dalaman kenderaan berkenaan turut dilengkapi sistem audio canggih, mikrofon dan televisyen kecil yang digunakan untuk berkaraoke,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Amir berkata, pemeriksaan mendapati pemiliknya tidak pernah memohon mengubah suai kenderaan berkenaan termasuk menukar enjin.

“Ketika disoal siasat pemiliknya mendakwa kereta berkenaan digunakan di jalan lasak, bagaimanapun pihak berkuasa menahannya ketika di jalan raya pada operasi lumba haram, baru-baru ini,” katanya.

Selain daripada dikenakan tindakan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan oleh trafik, pemilik kereta itu bakal berdepan dengan perlucutan hak kenderaan yang digunakan dalam pertandingan atau dugaan kelajuan.

While driving the streets of KL in the middle of the night looking for a place to snap some photos, my friend Melvin and I spotted the same Proton Saga driving around and we managed to snap a photo of it. You can see the jacked up suspension, and it’s abit hard to see the 4WD shaft underneath the car in this photo, but it’s there. His interior was full of EL gauges, and his exhaust piping exits from the sides.