PANDU UJI: Renault Captur – pesaing baharu bagi Honda HR-V, adakah lebih menonjol?

pandu-uji-renault-captur-40

Mungkin ramai yang tidak mengetahui, Renault Captur merupakan SUV segmen-B yang paling laris di Eropah, yang bersaing dengan model seperti Nissan Juke, Peugeot 2008 dan Opel Mokka.

Walau bagaimana pun, Asia tetap didominasi produk buatan Asia sendiri, di mana Honda HR-V telah menguasai sebahagian pasaran di dunia. Di Malaysia, ia telah menarik perhatian walau pun bukan yang pertama di pasaran (sebelum kewujudan 2008 dan Ford EcoSport). Malah HR-V juga bakal menyertai Mazda CX-3 yang memiliki paras rupa lebih anggun, yang dilihat dari pra-pelancarannya, bakal mencipta fenomena yang tersendiri.

Terdapat juga SUV dari segmen-C berada dalam lingkaran ini. Termasuklah Mitusbishi ASX yang baru-baru ini diperkenalkan dengan wajah baharu, berharga hanya RM105k. Manakala Kia Sportage 2WD boleh dimiliki dengan harga RM119k (termasuk insurans). Begitu juga dengan Mazda CX-5 dengan harga yang tidak jauh tinggi iaitu RM126k. Kedua-dua segmen ibarat bersaing sesama sendiri dengan nilai harga yang ditawarkan.

Diperkenalkan pada Julai lalu, Captur bakal dilancarkan sebelum 2015 berakhir. Tiga bulan yang lalu, ia ditawarkan dengan harga jangkaan yang kompetitif iaitu antara RM118k-RM123k seperti mana yang ditetapkan oleh Renault, tetapi Ringgit Malaysia telah mengalami penyusutan. Harap Captur tidak akan terkesan memandangkan ia antara produk menarik dalam pasaran kita.

pandu-uji-renault-captur-42

Buat pertama kalinya memarkir Renault Captur di dalam garaj, saya menyedari bahawa ia adalah SUV kompak yang lebih besar, tidak seperti yang dijangkakan. Di mana ukuran sekeliling dan ground clearance SUV ini cukup menyerlah.

Menerusi bacaan di dalam risalah spesifikasi, ia berukuran 4,122 mm panjang dan 1,778 mm lebar, di mana ia membuatkan Captur 60mm lebih panjang dan 46 mm lebih lebar berbanding Clio IV. Generasi keempat hatchback lima-pintu (boleh didapati di sini sebagai Clio RS 200 EDC hot hatch) merupakan salah satu model terbesar di dalam kelasnya.

Pada 1,567 mm, Captur juga 119 mm lebih tinggi berbanding Clio; ketinggiannya juga dipengaruhi oleh ground clearance pada 200 mm. Pada pandangan mata, HR-V sebenarnya lebih tinggi iaitu berbeza 38 mm.

Renault telah mengoptimakan rekaannya sebaik mungkin. Wajah hadapannya yang tampak sedikit lebar telah didominasi oleh lampu utama yang lebih nipis (tidak seperti lampu utama Clio yang bersaiz besar). Di bawahnya terletak lampu nyalaan siang LED dan lampu kabus dalam lingkaran krom serta plat nombor yang berkedudukan lebih rendah berbanding biasa.

pandu-uji-renault-captur-24

Panel badan dengan lapisan plastik hitam turut menyerlahkan lagi penampilan Captur, termasuk kekemasan yang menjadi signatur Renault pada bahagian antara roda (turut kelihatan pada model Kadjar dan Clio, tetapi lebih nipis).

Imej yang dipertaruhkan ini turut disumbang oleh gaya yang cukup menyerlah, tetapi Captur pastinya tidak begitu menambat pandangan mata tanpa skim warna dua-tona, antaranya warna signatur Arizona Orange dan Diamond Black seperti unit pandu uji ini. Selain itu, ia turut menawarkan pilihan hitam/putih, biru/putih dan kuning air/hitam.

Tiang-A dan C- serta spoiler belakang yang dicat dengan warna hitam turut memberikan efek umpama “bumbung terapung” yang menyerlahkan lagi gayanya. Manakala padanan hitam berkilat dan krom pada rim aloi 17-inci, dengan rekaan funky dan besar turut ditampilkan buat model ini. Walau pun ia tidaklah sebegitu bergaya seperti Clio, namun penampilan Captur pasti menarik perhatian juga.

Bahagian tempat duduk belakang yang boleh dilipat memberikan lebihan ruang pada bahagian but iaitu dari 377 ke 455 liter. Jadi tiada masalah untuk anda membawa barang setelah pulang dari membeli-belah bersama anak-anak.

Bahagian lantai but juga boleh dibuka dan dilaraskan (ada karpet dan alas plastik di dalamnya) dan ruang kargo juga memiliki keluasan tersendiri tanpa letaknya tayar simpanan. Seperti biasa, tempat duduk belakang juga boleh dilipat dengan nisbah 60:40.

Untuk keselesaan para penumpang, tempat duduk belakang juga memiliki ruang kaki yang bersesuaian (215 mm, iaitu lebih 75 mm berbanding Clio) dan kaki boleh diletakkan selesa di bawah tempat duduk hadapan. Manakala posisi ketinggian tempat duduk iaitu lebih 100mm berbanding Clio, cukup selesa untuk si pemandu yang pastinya mampu memberikan jarak pandangan yang lebih optimum. Captur ini boleh dikatakan SUV luas

Bagi ruang storannya, terdapat ruang simpanan kecil di bahagian atas papan pemuka yang bersaiz sederhana. Manakala terdapat ruang simpanan botol minuman 1.5 liter pada ruang dalam pintu hadapan serta di bahagian kotak konsol tengah. Malah terdapat juga tempat meletak cawan bersaiz kecil.

Salah satu elemen unik yang ditonjolkan ialah balutan tempat duduk Zip Collection yang boleh dibuka dan dibasuh. Unit pandu uji ini dipadankan dengan balutan tempat duduk berwarna jingga/hitam dengan fabrik serta sentuhan sporty. Menerusi program keperibadian Renault untuk Captur ini, ia memiliki rekaan dan warna yang berlainan mengikut kemahuan pemiliknya.

pandu-uji-renault-captur-43

Pada bahagian tengah, terdapat corong penghawa dingin dan pembesar suara dengan lingkaran jingga, serta tampil dengan kekemasan hitam berkilat dan krom bagi menampakkan ciri kontras. Kombinasi yang bersesuaian menjalari segenar ruang, namun Renault mungkin melangkah setapak lebih jauh dengan menampilkan separuh lapisan pada roda stereng yang mengurangkan kesan licin. Ia mungkin boleh dianggap sebagai sentuhan yang unik dan mungkin juga ada yang kurang menggemarinya.

Melihat papan pemukanya, ia kelihatan menampilkan rekaan yang unik bagi Captur, namun elemen seperti kawalan penghawa dingin dan panel instrumen mirip pada Clio. Corong penghawa dingin pada model ini seperti telinga gajah, berada di bawah posisi head unit.

Reka bentuk yang lebih funky pada bahagian kabinnya juga telah mengenepikan elemen plastik pada bahagian pemuka, seperti mana yang biasanya kelihatan pada model kenderaan Eropah. Namun sekurang-kurangnya tekstur berlekuk pada bahagian tersebut lebih ‘sedap’ disentuh.

Mungkin bagi kebanyakan orang, isu sistem kad kunci Renault menjadi sedikit ‘masalah’ kerana kad tersebut harus dimasukkan ke dalam slot sebelum menekan butang penghidup enjin, dianggap sebagai bukan cara yang paling cepat. Namun itu bukan suatu perkara yang dianggap sebagai masalah, sekadar remeh sahaja.

pandu-uji-renault-captur-31

Selain itu, Captur bagi pasaran Malaysia turut menampilkan sistem MediaNav tujuh-inci dengan fungsi AUX, USB, Bluetooth, kamera undur dan navigasi. Tanpa muzik, saya masih boleh memberikan tumpuan pada bunyi yang dihasilkan oleh penjana kuasa dan tahap kebisingannya yang adakalanya bercampur aduk.

Captur dijanakan oleh enjin Tce 120 1.5 liter bersama sistem pengecas turbo. Dengan 120 hp dan 190 Nm pada 2,000 rpm yang disalurkan menerusi roda hadapan, ia boleh dipacu dari 0-100km/j dalam hanya 10.9 saat dan kelajuan maksimum yang dicatat pada 192 km/j.

Menurut Renault, prestasinya menyerupai enjin 1.8 liter aspirasi-natural. Malah mod ECO juga boleh memanipulasi pergerakan tork, paten penukaran dan kawalan suhu bagi mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 10% – namun kami tidak mengujinya.

Kuasa pendikitnya juga lebih hebat berbanding angka yang disebut, dan Captur mampu dipacu begitu mantap dengan kelajuan di lebuhraya dengan mudah. Namun terfikir, adakah dengan enjin 1.2 liter sudah cukup bagi sebuah SUV.

pandu-uji-renault-captur-16

Ia turut dipadankan dengan transmisi Efficient Dual Clutch (EDC) enam-kelajuan, namun ia seakan menunda penukaran dari gear rendah, lantas menghasilkan bunyi enjin yang sedikit membingit. Kelancaran pada awal pergerakan juga agak sukar untuk dicapai.

Terasa seperti ia sedikit melahu selepas kenderaan baru hendak digerakkan, dan ia jelas terasa ketika hendak memotong kenderana lain atau pun ketika memandu di kawasan bandar. Kemungkinan tidak kedengaran pula penukaran gear sekiranya radio dipasang.

Namun ia terasa lebih baik bila memandu dengan kelajuan yang tinggi. Dengan penjana kuasa ini, Captur umpama mesin yang memberikan pemanduan yang lebih selesa dan menyenangkan. Bercakap mengenai kelajuan tinggi, Captur seakan memberikan kejutan ketika melalui jalan berselekoh.

Kawalan kerangkanya terasa mantap dengan tahap cengkaman yang bagus. Walau pun ketangkasan dan keselesaan bukanlah titik utama bagi Captur, namun ia masih mampu menyalurkan rasa pemanduan yang lebih optimum walau pun ketika melalui corak jalan yang tidak begitu baik.

pandu-uji-renault-captur-28

Walau bagaimana pun, suspensi dan penjana kuasa Captur lebih sesuai dengan pemanduan urban. Sememangnya ia memang direka untuk konsep pemanduan tersebut, bukan yang lasak dan agresif, sesuai dengan imej dan saiz yang dipertaruhkan. Pasti golongan wanita lebih menggemarinya.

Renault telah menerima penarafan lima bintang dari Euro NCAP (dengan empat beg udara, ESC dan Bantuan Mula Mendaki). Selain itu, Captur ini turut ditawarkan dengan lima tahun waranti pengeluaran bersama perbatuan tanpa had. Walau pun Captur kelihatan menyerlah, namun ia tidaklah begitu gemerlapan.

TC Euro Cars bakal melancarkan Renault Captur ini tidak lama lagi dan telah pun dipamerkan di semua bilik pameran Renault seluruh negara.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Aero (Member) on Nov 23, 2015 at 10:41 pm

    Good to see a Malay language article from infokereta here on paultan.org. Not many know that the two websites are related.

    Like or Dislike: Thumb up 44 Thumb down 8
  • 1.5 turbo = 120hp
    1.8 N/A = 140hp
    Not even close.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • Awal lihat daya kilasan (torque) dapat di capai pada hanya 2000rpm. Ini memberikan tanggapan akan enjin 1.5 turbo ini lebih kuat dari 1.8 NA. Enjin berkuasa 140 hp pun akan mencapai kelajuan tertinggi lebih kurang 200km/h. Tambahan, enjin turbo selalunya lebih cekap, menjimatkan minyak, dan mesra alam.

      Autocorrect word mencapai in phone>
      Men capati. WTH?!

      Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
    • Who cares about hp nowadays, torque is is more important, 190Nm is like 2.0N/A engine torque.

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
    • eeeriz on Nov 24, 2015 at 8:26 am

      Obviously you have not tasted the power of turbocharged. You should look at the torque i.e. 190Nm@2000rpm. Can you imagine 190Nm at 2000rpm? Whooshh… whossshhh..
      haha

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  • teropong on Nov 24, 2015 at 1:00 am

    Underpowered and massive depreciation…not to mention it doesn’t exactly look like a stunner…god bless this model

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 2
  • pxp154 on Nov 24, 2015 at 5:08 am

    sounds like this is in between the hr-v & cx-3

    stnd captur in europe uses 1.2L, Msia receives 1.5L ???

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
  • driver on Nov 24, 2015 at 9:04 am

    A good review.

    Tapi ayat pertama “segmen-B yang paling terlaris di Eropah” adalah salah dari segi tatabahasa. “paling” dan “ter-” tidak harus wujud sekali.
    Ayat yang betul: “segmen-B yang paling laris di Eropah” ataupun “segmen-B yang terlaris di Eropah”.

    Like or Dislike: Thumb up 46 Thumb down 2
  • I can read like a pro…but understanding level only 70%….lol. I am embarassed.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 1
  • syamsul on Nov 24, 2015 at 12:34 pm

    Ulasan padat dan mantap. Saya lebih suka kalau suatu pernyataan itu disertakan dgn gambar sebagai penjelasan, contohnya perbandingan dengan clio dan sistem kad kunci renault

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Susukotak on Nov 24, 2015 at 1:10 pm

    ” Pada pandangan mata, HR-V sebenarnya lebih tinggi iaitu berbeza 38 mm”
    Pinjam mata.

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • Juara Johor on Nov 24, 2015 at 1:21 pm

    Perbandingan sepatutnya dibuat dengan Honda HRV dan Mazda CX3 dan bukannya Captur dengan Clio…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
 

Add a comment

required

required