CEO Proton: kecewa jualan Iriz kurang memberangsangkan akibat pinjaman kadar rendah yang sukar diluluskan; teknologi Iriz bakal dinaiktaraf

Proton_Iriz_002_BM

Walau pun Proton Iriz telah diperkenalkan pada September 2014 dan bersaing dengan Perodua Myvi bagi pasaran segmen-B, namun nampak gayanya nasib kurang menyebelahi model hatchback terbaharu Proton itu. Di mana prestasi jualannya sedikit perlahan berbanding pesaingnya. Datuk Abdul Harith Abdullah, CEO Proton, berkata, penjualan Iriz sedikit perlahan walau pun ia diterima di dalam pasaran.

Beliau berpendapat, perkara ini didorong oleh pinjaman bank yang yang sukar untuk diluluskan bagi amaun yang agak rendah. Katanya, “Itu sebabnya Proton kini bekerjasama dengan beberapa institusi kewangan bagi menangani masalah ini.”

Beliau turut menambah, Proton mensasarkan jualan bagi Iriz antara 4,000 hingga 5,000 unit sebulan, namun kini ia hanya dijual sekitar 2,500 unit sebulan sahaja.

Ketika ditanya, adakah Proton bakal memperkenalkan elemen baharu bagi model akan datang, Harith menjawab, ia juga akan dilakukan pada Iriz. “Bagi model sedia ada hari ini, ada sesetengahnya akan digantikan dengan model serba baharu, yang kini telah pun berada dalam perancangan. Sesetengahnya akan diperkenalkan tahun ini.”

Sambungnya lagi, “Bagi Iriz, ia terlalu baru lagi, tetapi mungkin kita akan menaik tarafnya atau melakukan penambah baikan dari segi teknikal pada tahun ini.”

Terdapat perkhabaran yang mengatakan, Proton sedang menambah baik NVH bagi Iriz dengan pemegang enjin baharu, seperti mana kotak gear CVT yang dinaik taraf. Ini termasuk bagi varian turbo yang mungkin bakal diperkenalkan, seperti mana yang pernah dipamerkan dalam Alami Proton pada tahun lalu.

Rasa-rasanya, apakah perubahan atau pun penambah baikan yang anda inginkan pada model Iriz versi facelift? Adakah dengan pilihan kotak gear manual? Kongsikan bersama kami.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Anak malaysia on Jan 15, 2016 at 9:15 am

    Saya tidak bersetuju dgn komen boss ni. Pada saya elok Proton tumpu utk tingkatkan kualiti dan kurang kos. Kecanggihan hanya menambah kos pengeluaran dan ketahanan part akan menurun. Point finger tidak membawa apa2 faedah. Cubalah muzakarah diri dan renung2kan.

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  • Malaysian on Mar 17, 2016 at 1:26 pm

    Export it to more countries so that Proton will have untung banyak…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Hanif on Dec 12, 2017 at 4:56 pm

    Sy cadang kn beri peluang macam jenama kereta antara bangsa buat .penguna yg lakar model kereta.mana yg terbaik di pilih.
    Untuk menjual kereta proton sy cadangkn proton buat stiker pada kreta prever dn sebagainya.nampak kosong sangat pada body. Buat 2 ke tiga lakaran yg cantik.itu membezakan ke luaran kereta proton.klu xdpt jual kereta kerana cadagan sy.boleh email pada sy

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required