AES dan KEJARA akan dilaksanakan serentak Mac ini

AES_Camera

Bagi usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya (KEJARA) akan dilaksanakan serentak selewat-lewatnya Mac ini.

Menerusi laporan yang disiarkan oleh Berita Harian, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata, keputusan pelaksanaan dua skim itu akan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan dalam masa terdekat sebelum ia dilaksanakan.

“Kita tidak boleh lagi berdolak dalik dalam isu keselamatan. Kerajaan terpaksa ambil inisiatif yang serius iaitu kuatkuasakan semula AES.

“Menerusi KEJARA pula, kita akan tolak mata demerit pemandu. Bila disaman, kita akan tolak mata bergantung kepada kesalahan yang dilakukan. Bila sampai 20 mata, kita akan gantung lesen pemandu,” katanya yang turut menegaskan AES dan KEJARA adalah salah satu cara berkesan dalam mengurangkan nahas jalan raya.

“Tujuan utama kita nak selamatkan nyawa. Kerajaan tak berniat nak denda pemandu tetapi kita nak ubah sikap pemandu agar mereka bertanggungjawab terhadap jalan raya,” katanya.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat 14 kamera AES masih berfungsi. Pada 18 Disember 2012, Peguam Negara memutuskan supaya pelaksanaan AES dikaji semula berikutan ia mendapat tentangan hebat daripada rakyat.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • john (umno) on Jan 19, 2016 at 8:57 am

    Kami x akan byr ape2 kpd parti swasta

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  • Kenneth Fook on Jan 19, 2016 at 8:58 am

    Great move by the Govt! Kudos. With AES, the world would be a better place.

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
  • KEJARA + AES + 6%GST?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • nouse on Jan 19, 2016 at 9:10 am

    No use . Most malaysian still x reti drive. 2 lane becomes 3 lane (use emergency lane) . Signal indicator very hard to use, Dont want to queue like educated and civil person and jump queue. Pui, and then they complain when gov does this. Tengok cermin la wahai malaysian. You guys are too dumb to even have the right to complain.

    Im also dumb enough to capture plates and send to jpj. Have fun uncivilized folks.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 5
  • Ken Ching on Jan 19, 2016 at 9:35 am

    Saya harap comment di bahagian Bahasa Malaysia tidak diterapkan pemikiran2 yang sangat negative seperti di English section.

    Untuk saya AES wajar diletakkan dikawasan yang kerap berlakunya kemalangan seperti di LPT & LPT2.

    Mungkin tidak semua mematuhi hadlaju bila AES sudah dipasang tetapi orang yang akan mematuhi hadlaju akan bertambah.

    Cuba lihat AES di PLUS UPM area tu. Saya lihat sangat berkesan mengurangkan hadlaju walaupun mereka memecut balik selepas AES tersebut.

    Setidak-tidaknya kita berikthiar untuk merubah sesuatu. Sama ada nak patuhi atau tak itu hak masing2.

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 3
 

Add a comment

required

required