Perodua catat rekod jualan tertinggi pada 2015 – 213,300 unit dengan 46.7% adalah daripada Axia

Aminar-2015-Review

Perodua telah merekodkan jualan tahunan tertinggi pada tahun 2015, dengan 213,300 unit terjual pada tahun lalu. Kejayaan ini telah diumumkan oleh Presiden dan CEO Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh dalam sesi reviu prestasi tahunan syarikat ini di Perodua Sentral, pagi tadi.

“Berdasarkan anggaran dalam Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) kami pada tahun 2015 iaitu 667,000 unit, kami percaya kami telah berjaya menguasai pasaran sebanyak 32%, dan kami berazam untuk mengekalkannya pada tahun ini dengan sasaran jualan sebanyak 216,000,” ujar Aminar. Menguasai 32% daripada pasaran bererti Perodua berada pada kedudukan utama yang selesa sejak 10 tahun yang lalu.

Rekod ini juga menunjukkan bahawa Peroda telah mencapai sasaran pada tahun 2015 iaitu sebanyak 208,000 unit, yang telah diumumkan pada tahun 2015 lalu dan mengekalkannya walau pun selepas GST diperkenalkan, termasuk ketika ekonomi negara agak lembap. Pada tahun 2014, Perodua telah mencatatkan jualan sebanyak 195,600 unit dan 196,100 unit pula pada tahun sebelumnya.

Tidak perlu lagi untuk berteka-teki mengenai penyumbang utama dalam kejayaan rekod jualan Perodua ini, kerana yang pasti ia adalah dari model Axia iaitu mencatatkan sebanyak 99,700 unit pada tahun pertama jualannya, iaitu 46.7% daripada jumlah keseluruhan jualan. Aminar berkata, disebabkan keadaan ekonomi yang mencabar, ramai pengguna telah mengambil keputusan untuk membeli kenderaan kompak yang lebih murah termasuk penggunaan bahan api yang lebih efisien.

Seterusnya, Aminar berkata, pada tahun ini merupakan tahun yang cukup mencabar buat industri automotif, tetapi Perodua tetap optimis dengan menganggarkan TIV bagi 2016 ini meningkat ke 670,000 dari 667,000 pada tahun 2015 selepas pelancaran beberapa produk baharu. Perodua turut mensasarkan jualan sebanyak 216,000 unit pada tahun ini akan tercapai sedikit masa lagi.

Selain jualan kenderaan pula, bahagian perkhidmatan selepas jualan Perodua juga telah memecahkan rekod dengan pengambilan 1.96 juta pada tahun lalu, berbanding 1.92 juta pada 2014. Lonjakan angka ini didorong oleh penambah baikan dan menaik taraf kemudahan servis. Sehingga Disember 2015, Perodua mempunyai 181 buah pusat jualan dan 190 buah pusat servis di seluruh negara.

Perodua-Sentral-PJ

Perniagaan aksesori dan alat ganti juga telah merekodkan pendapatan tertinggi dengan RM248 juta pada tahun 2015, iaitu peningkatan sebanyak 2%. Tahun lalu, Perodua telah memperkenalkan aksesori tambahan Gear Up untuk model Axia and Myvi. Sasaran perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti/aksesori bagi tahun ini ialah masing-masing dua juta dan 5% dengan pertumbuhan hasil sebanyak RM260.2 juta.

Dalam sesi ini juga, Aminar turut memberitahu shif kedua telah ditambah bagi produksi di kilang baharu Perodua Global Manufacturing (PGM), di mana shif tunggal sebelum ini bagi memproduksi Axia telah mencapai kapasiti maksimum 100,000. Manakala kilang enjin di Sendayan TechValley berdekatan Seremban pula bakal beroperasi pada separuh pertama tahun ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Sam Loo on Jan 20, 2016 at 12:13 pm

    Buy Perodua & Toyota better.. good RV!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Hentamajela on Jan 20, 2016 at 3:51 pm

    Sam lorr kau jenis jilat buntut toyota dgn perodua yea….kau buat kereta sendiri aku nak tgk apa jadi kau punya gebang kat poul tan bukan main terer lagi…..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required