UberX Malaysia semak semula struktur harga – tambang asas/minit, per minit/kilometer berkurangan

uberX-e1433841519766

Ini berita baik buat para penumpang perkhidmatan Uber! Uber Malaysia telah mengumumkan harga bagi UberX telah dikurangkan mulai semalam iaitu 18 Januari 2016. Menurut Uber, kadar baharu ini adalah untuk menggalakkan aksesibiliti atau kebolehcapaian di mana jarak perjalanan yang singkat di sekitar kawasan bandar adalah lebih selamat dengan harga yang berpatutan.

Di bawah struktur harga baharu Uber di Kuala Lumpur, tambang asas/minimum adalah 95 sen (berbanding RM2 sebelum in), manakala tarif selepas mula bergerak ialah 25 sen per minit (sebelum ini 35 sen) atau 60 sen bagi setiap kilometer (sebelum ini 70 sen per km).

Merujuk carta tambang dari Uber ini, bagi perjalanan dari KL Sentral ke Mid Valley hanya sekitar RM4, iaitu setengah dari harga lama (RM8), di mana ia lebih berpatutan berbanding teksi biasa (RM12).

Selain itu, tambang jangkaan dari 1Utama ke Taman Tun Dr Ismail adalah sekitar RM3 berbanding RM5 harga sebelum ini dan RM8 jika menaiki teksi biasa. Manakala yuran pembatalan tembahan masih RM5, tiada perubahan.

Pemandu Uber berkata ini adalah didorong oleh peningkatan penggunaan servis ini apatah lagi ia turut menawarkan tambang yang rendah. Di samping itu, jumlah pada perkongsian platform Uber yang kini semakin bertambah, turut membantu mengurangkan lagi masa menunggu oleh pelanggan dan pemandu.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required