RON 100 di Malaysia – ketahui fungsinya

Petron-Blaze-100-Euro-4M-launch-4_BM

Pelancaran Petron Blaze 100 Euro 4M di Malaysia Jumaat lalu, telah menimbulkan sikap ingin tahu di kalangan pemandu. Selain daripada harga, ramai yang ingin mengetahui kelebihan dan kelemahan bahan api RON 100 ini.

Antara soalan yang paling banyak diterima ialah adakah jumlah octane yang bertambah akan merosakkan enjin atau enjin perlu ditala semula.

Mari memahami kejuruteraan kimia 101 untuk seketika. RON membawa maksud ‘Research Octane Number’. Nombor ini mewakili ‘knock-resistance’ bahan api. ‘Knocking’ di dalam istilah dunia automotif ialah pencucuhan pramatang atau peledakan.

Di mana apabila bahan api di dalam kebuk pembakaran ‘meletup’ sebelum sepatutnya, ia akan memberikan ‘knocking’ atau ‘pinging’. Ia bukanlah petanda yang baik bagi enjin pembakaran, terutamanya yang menggunakan bahan api petrol. Jika ia terjadi, ia akan menyebabkan kos yang tinggi untuk membaiki (overhaul) enjin tersebut.

Bagi enjin prestasi tinggi, nisbah mampatan tinggi yang berfunsi lebih cenderung kepada ledakan apabila menggunakan bahan api dengan RON yang rendah. Ia mungkin akan ‘menyentakkan’ enjin terbabitkan kerana mampatan yang rendah mungkin boleh menjejaskan enjin berkenaan.

Bagi kebanyakan enjin moden, dengan Programmable Fuel Injection (PGM-FI), ia boleh menggunakan bahan api dengan RON yang paling rendah termasuk 88 dan yang paling tinggi iaitu 103. Tetapi, jika pengeluar enjin terbabit mengklasifikasikan enjin tersebut sebagai prestasi tinggi, dengan omboh mampatan tinggi atau pengecas turbo, RON yang minimum akan ditetapkan bagi mengelakkan ledakan dan kerosakan pada enjin.

Petron-Blaze-100-Euro4M-launch-4_BM

Bagi enjin lama yang dihidupkan oleh karburetor, ledakan sering terjadi dengan RON yang lebih rendah kerana peningkatan karbon di kebuk pembakaran membenarkan ‘hot-sport’ untuk membangun dan menciptakan keadaan di mana ledakan boleh terjadi, terutamanya jika di bawah panas terik matahari atau di bawah bebanan.

ECU akan merekodkan bacaan dari pengesan knocking (ketukan) jika ledakan terjadi, dan melambat atau mempercepatkan pemasaan pencucuhan sewajarnya. Ada satu had bagi tahap pelarasan yang ditentukan oleh pengeluar dengan meletakkan pelekat pada penutup tangki minyak dengan menyatakan minimum bahan api RON yang boleh digunakan.

Perkara lain yang bersangkut-paut dengan kapasiti tenaga yang terkandung di dalam bahan api dan yang dilepaskan ialah apabila ia menjalani proses pembakaran. Maka, jumlah kuasa boleh didapati daripada nyalaan bahan api dengan bilangan nombor yang tidak terhingga dan biasanya RON tidak mempengaruhi keadaan sedemikian.

Apa yang dimaksudkan dengan nombor-nombor RON yang tinggi ialah keupayaan menjana enjin tersebut dengan nisbah-nisbah mampatan tinggi dan menjalankan pemasaan pencucuhan. Bagaimana pun, nisbah mampatan tinggi biasanya bermaksud jumlah kebuk pembakaran sangat kecil, yang membawa kepada peledakan.

Jadi, adalah suatu yang normal apabila enjin empat-silinder aspirasi-normal memerlukan petrol RON 100? Kemungkinan tidak, kerana kos bahan api akan menjadi lebih berat disebabkan penambahan kuasa. Bukan semua enjin turbo moden akan memerlukan bahan api dengan RON yang tinggi kerana peningkatan tekanan dan saiz kecekapan daripada prestasi tidak diperlukan.

Adakan ECU perlu ‘dibaca’ semula atau enjin perlu ditala semula hanya kerana menggunakan RON 100? Sekali lagi, mungkin tidak kerana ECU akan mempercepatkan pencucuhan bagi mengelakkan ledakan.

Mercedes-Benz-A-45-AMG-59

Manfaat menggunakan RON 100 terutamanya bagi enjin yang sangat berprestasi tinggi, berat bebannya akan membenarkan enjin berhadapan dengan mampatan tinggi yang menghasilkan jumlah kuasa (output) yang sangat besar.

Sebaliknya, jika menggunakan bahan api RON yang lebih rendah pada enjin prestasi tinggi, ia boleh menyebabkan kebolehpercayaan mengeluarkan output yang kurang memberangsangkan, walau pun ia mungkin tidak akan merosakkan enjin. Namun adalah diperlukan untuk talaan enjin, melainkan ia disarankan oleh pengeluar kenderaan terbabit iaitu perlu menggunakan bahan api RON yang tinggi.

Apa yang penting, enjin-enjin prestasi tinggi sebenarnya mempunyai manfaat apabila menggunakan bahan api dengan RON yang lebih tinggi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • fairos on Jan 22, 2016 at 7:57 am

    apa haram tk faham..

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  • mr_daus on Jan 28, 2016 at 3:58 pm

    maaf..ada istilah yang salah di eja akan mnyebabkan maksud nya lain.. ‘Hot-Sport’ adalah salah…
    sebetulnya adalah ‘Hot-Spot’… titik panas.. sy degree dalam automotif..harap membantu pembaca faham dan mendapat kefahaman yang betul

    secara kesimpulan nya RON.. kebolehan petrol untuk berhadapan dengan mampatan piston ketika stroke mampatan iaitu ketika piston mampatkan angin dan petrol rapat dalam kebuk pembakaran. Ron rendah akan menyebabkan campuran petrol dan angin terbakar dengan sendiri nya sebelum piston sampai kebahagian atas ( Top Dead Centre ).letupan secara sendiri atau pramatang juga dipanggil knocking selalunya dibantu juga oleh titik panas/ Hot-Spot dalam kebuk pembakaran. Ron yang tinggi dapat bertahan dalam mampatan piston yang tinggi tanpa meletup dengan sendiri.

    mudah kan..ron92 kurang tahan mampat dan mudah meletup sendiri.ron 100 tahan mampatan yang tinggi dan susah meletup sendiri. ron100 +++ ada lagi ke hehe

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 1
    • Malik on Jul 04, 2017 at 10:58 am

      Programmable Fuel Injection (PGM-FI),

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
      • Malik on Jul 04, 2017 at 11:02 am

        Saya guna motor honda RS150 system Programmable Fuel Injection (PGM-FI)..saya tak paham ape yang ditulis sekarang saya nak tanya adekah motor saye sesuai guna minyak RON100 ini

        Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  • Malik on Jul 04, 2017 at 10:58 am

    Programmable Fuel Injection (PGM-FI),

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Shuaib on Jun 13, 2018 at 6:32 pm

    Hi/Salam…
    Kereta saya dah tersalah di isi minyak ron100(rm26 dari rm60)yg sy bayar n di isi oleh pam attendant…
    Bila dah sedar..saya minta dia tukar semula pada ron95..(rm34/rm60)
    Soalan saya:
    Apakah kesan dari campuran ron100+ron95 ni?
    Kereta saga premium 2018. Saya amat risau jika ada impact pada engine saya.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required