Proton SUV rendered berdasarkan Suzuki Vitara

proton-vitara-theo-1_BM

Selepas menghasilkan lakaran digital (rendered) “Proton Ertiga” iaitu model Suzuki Ertiga dengan logo Proton, mendorong Theophilus Chin untuk menghasilkan “Proton Vitara” pula, iaitu SUV Suzuki Vitara dengan transformasi bersama logo Proton. Di mana Theo mengimaginasikan gril Preve pada “Proton Vitara” ini, tidak seperti mana imej asal Suzuki Grand Vitara yang pernah diperkenalkan di Paris pada tahun 2014 lalu (atau turut dikenali sebagai Escudo bagi pasaran domestik).

Setakat ini Proton tidak pernah ada model SUV walau pun pengeluar kereta nasional ini pernah menghasilkan model konsep SUV pada tahun 2010 dan model konsep Iriz Active yang mengikut acuan VW Cross Polo dan Hyundai i20 Active.

Setakat ini, cuma disahkan Suzuki Ertiga dipilih sebagai model kerjasama pertama antara Proton-Suzuki. Menurut laporan berita dari Indonesia yang memetik kenyataan Suzuki Indomobil Sales (SIS) berkata Ertiga akan dieksport ke Malaysia dalam bentuk komponen terurai (knocked down) dan kemudian akan dipasang semula (CKD) mulai suku kedua (Q2) tahun 2016.

proton-vitara-theo-2_BM

Laporan tersebut turut menyebut SIS akan mengeksport sebanyak 1,500 unit Ertiga kepada Proton setiap bulan, iaitu menyamai 18,000 unit setahun, seganda daripada jumlah eksport Suzuki Indonesia sendiri iaitu dari Rp 2 trilion ke Rp 4 trilion. Produksi bagi kit komponen terurai untuk Malaysia ini akan dimulakan pada Mei ini di kilang SIS yang terletak di Cikarang. Proton turut mengumumkan model kerjasama Proton-Suzuki ini akan memasuki pasaran sebelum 2016 berakhir.

Di Indonesia, Ertiga diletakkan di bawah segmen MPV-Bawahan dan bersaing dengan Toyota Avanza dan Honda Mobilio. MPV tujuh tempat duduk ini dijanakan oleh enjin 1.4 liter dengan kuasa 92 PS dan tork 130 N,. Motor K14B ini dipadankan dengan kotak gear manual lima-kelajuan dan automatik empat-kelajuan.

GALERI: Versi rendered Suzuki Ertiga berlogo Proton

GALERI: Suzuki Vitara di Paris 2014

GALERI: Suzuki Escudo di Tokyo Motor Show 2015

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • truck driver on Jan 26, 2016 at 1:16 pm

    Saya benar-benar berharap Proton akan mempertimbangkan untuk model SUV segera mungkin. Tiada model SUV dalam model Proton pada masa ini.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Peminat Auto on Jan 26, 2016 at 9:59 pm

    Proton masih belum mengeluarkan produk SUV sedangkan segmen ini begitu berpotensi untuk perluaskan pasaran Proton.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • Same L0rrr on Jan 27, 2016 at 9:06 am

      U tengok Perodua pun sulah ada Perodua Kembara, Perodua Nautica.. Perodua is the best in many aspect compare to Proton.. Buy Perodua Kembara/Nautica better la..
      If Proton Suprima S platform convert into Proton Compact SUV with toyota/Honda/Suzuki Engine, it will be good.. But it is imposible because of Mahathir ego..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
      • Peminat Auto on Jan 27, 2016 at 9:55 pm

        Saya ada jugak kurang bersetuju dgn cara Tun M merencanakan strategi pemasaran Proton. Rasanya Preve’ & Suprima akan diabaikan. Beliau nak kembalikan Persona. Proton R3 seolah2 sia2 shja, sekadar utk masuk pertandingan. Sedangkn, untuk versi kereta ‘Road Legal’ tiada. Mana Preve’ R3? Mana Saga R3? Satria Neo R3 hya sekadar bbrp penambahbaikn.

        #ProtonBerpotensi

        Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • fennymendeng on Jan 27, 2016 at 8:39 pm

    harga proton ertiga kisaran harga

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required