Proton seharusnya tidak dipersalahkan kerana harga kenderaan yang tinggi di negara ini – Tun M

tun-mahathir-alami-proton

Dalam entri terbaharu menerusi blognya, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Proton tidak harus dipersalahkan dan dianggap sebagai penyebab harga kenderaan tinggi di negara ini. Sebelum ini pengerusi Proton itu turut menyeru rakyat Malaysia supaya memandu uji model Proton terlebih dahulu sebelum melemparkan kritikan.

“Kami bukanlah punca harga kereta tinggi. Bantuan yang kami peroleh dari kerajaan juga diberikan kepada syarikat lain disebabkan oleh kandungan tempatan. Kita mempunyai hampir 90% kandungan tempatan, jadi kami kurang membayar duti eksais,” ujarnya.

Kenyataan ini adalah bagi menjawab banyak andaian daripada pembeli yang percaya harga kenderaan yang tinggi di negara ini adalah disebabkan oleh pihak kerajaan terpaksa melindungi Proton.

“Sejak ditubuhkan, Proton telah membayar lebih daripada RM24 bilion dalam cukai sementara menerima hanya RM14 bilion dalam potong duti eksais, bukan secara tunai. Ya, kami telah menerima sebahagian daripada geran penyelidikan dan pembangunan yang dijanjikan kepada industri,” jelasnya lagi.

Sambungnya lagi, cukai ke atas kenderaan bermotor adalah punca kepada kenaikan harga. Tetapi kerajaan perlu mengenakan cukai pada para pengguna jalanraya kerana jalan dan infrastruktur lain yang disediakan oleh kerajaan.

2014_Top_Five_Proton_Iriz_MT_ 001

Malah bekas perdana menteri Malaysia ini juga mengingatkan bahawa apabila membeli kereta yang diimport, wang akan mengalir keluar dari negara ini untuk menjamin ekonomi negara terbabit, malah sebagai manfaat kepada pekerja mereka.

“Apabila anda membeli kereta tempatan, wang akan kekal dalam negara, pekerja akan mendapat wang, pengedar dan ejen juga pekerja mereka akan menikmati perniagaan yang diusahakan dan ekonomi tempatan akan berkembang. Ribuan keluarga menikmati kehidupan yang selesa,” ujarnya.

Tegasnya lagi, “Bayangkan sekiranya semua industri tempatan ditutup, amat sedikit yang mampu membeli barangan import. Kita akan kembali menjadi sebuah negara dunia ketiga yang gagal.”

“Malaysia ialah sebuah negara perdagangan, kita mengeksport dan mengimport. Sekiranya import melebihi eksport, kita tidak akan berkembang dan makmur,” ujarnya yang turut berkata sebelum ini Proton telah banyak mengeksport kereta ke UK. Tetapi sejak pengenalan standard baru pengeluaran dan kecekapan bahan api, Proton tidak dapat menjual mana-mana kereta di UK. Walau bagaimana pun, Proton telah melakukan inisiatif yang diperlukan untuk membolehkannya menyambung eksport ke negara berkenaan.

“Pembangunan enjin baru Proton oleh jurutera yang bekerjasama dengan RICARCDO di UK sekali lagi akan membolehkan kita memenuhi syarat-syarat di UK dan Eropah. Kami berharap untuk mengeksport semula kereta kami di negera-negara seperti ini,” ujar Pengerusi Proton ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Preve on Feb 11, 2016 at 1:38 pm

    kita malaysia bertuah telah memiliki Proton jika tidak kereta import akan menjual harga yang lebih tinggi kerana tiada persaingan daripada tempatan.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • sham serena on Feb 15, 2016 at 9:15 am

    tak setuju….!!
    sebab nak jaga proton la kerajaan kenakan cukai kereta luar dgn cukai yg tinggi… kalau tak silap saya cukai 200% !
    Tun atau syed zainal pernah cakap dulu, proton akan buat kereta dengan kualiti yang bagus pada harga bawah RM30K !!! saya masih ingat lagi…. bayangkan jika preve harga RM30K++ ? rasa2 laku mcm pisang goreng ke tak ? sebab apa saya kata 30K++ ? sebab kereta proton dah kena cukai 100% tanpa kita tahu…. itu pasal harga preve skrg dalam 60K++

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required