My New Proton – tingkatkan pengalaman pemilikan; “setuju servis teruk, tapi kita akan berubah,” CEO

Proton-COE-press-conference-5_BM

My New Proton. Merupakan janji terbaharu Proton mulai hari ini dan akan datang, seperti mana yang telah diumumkan pagi tadi. “Proton telah melalui pelbagai perkara, sama ada yang menggembirakan dan mengecewakan. Bukan mudah untuk mengakui kelemahan dan kesalahan yang telah kami lakukan, tetapi saya berpendapat ini adalah satu cara untuk kami memulihkan semula jenama kami,” ujar CEO Proton Datuk Harith Abdullah.

Sasaran strategi baharu ini adalah untuk mempertingkatkan pengalaman pemilikan secara keseluruhan bagi para pelanggan Proton. Harith turut mengakui bahawa jenama ini tidak berada pada tempat yang tepat buat masa ini. “Saya memang ada mendengar orang komplen tentang servis Proton teruk! Saya setuju. Sesetengah daripada servis kami memang teruk,” tambahnya lagi.

Bukan sekadar jenama kereta baharu, para pelanggan juga mahukan pengalaman pemilikian yang bagus, beliau menjelaskan, “Ia bukan setakat membuat kereta berteknologi tinggi semata-mata. Hubungan dengan para pelanggan juga adalah keutamaan bagi kami. Kini kami mahu memperoleh dan mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap jenama kami, sesuatu yang gagal kami lakukan sejak sekian lama.

“Kini adalah masa untuk memenuhi dan melebihi jangkaan, iaitu menerusi sikap yang mengutamakan pelanggan dan merangkumi segala sudut aspek. Tugas kami bukan berakhir setakat apabila kereta keluar dari bilik pameran sahaja. Sebaliknya adalah menjadi tanggungjawab kami untuk membantu menguruskan kereta tersebut (merujuk pada perkhidmatan selepas jualan), itulah cara yang betul untuk menjual kereta. Pengalaman pemilikan adalah yang paling penting,” jelas Harith lagi.

Proton-quality-improvement-1_BM

Menurut Harith, dengan perkongsian pasaran Proton di Malaysia yang menurun dari lebih kurang 60% pada peringkat awal ke sekitar 16% sekarang, Proton perlukan perubahan. Selepas lebih 30 tahun, Proton telah menjual lebih daripada empat juta kenderaan di seluruh dunia, dengan 3.7 juta di Malaysia, di mana tiga juta lagi masih berjalan.

“Mereka ini perlukan perhatian yang khusus daripada kami,” ujar Harith.

Beliau menambah, menjelang musim perayaan, kita dapat saksikan banyak kenderaan tersadai di tepi jalan. “Kebanyakannya mungkin adalah kereta Proton. Mungkin ada yang melibatkan model Proton yang berusia 20 tahun, mungkin ada yang masih baharu lagi, sekitar setahun. Jadi itulah tanggungjawab kami.

“Menerusi rating Indeks Kepuasan Jualan (SSI) oleh JD Power, kami sentiasa berada di tangga terbawah biar pun banyak usaha yang telah dijalankan. Sama juga dengan Indeks Kepuasan Pelanggan (CSI). Ia telah berlaku sekian lama,” Itulah refleksi yang sebenarnya yang perlu Proton lakukan perubahan, beliau menambah. “Ramai yang menyukai jenama kami, tetapi berasa kecewa kerana kami tidak mengotakan janji.

Proton-quality-improvement-2_BM

“Tetapi kami akan berubah. Bagi kekal relevan,” janji Harith.

Beliau juga mendedahkan Proton telah bekerjasama dengan JD Power sejak tahun 2015 bagi mempertingkatkan situasi sekarang. Di mana JD Power menggambarkan Proton sebagai pengalaman pemilikan yang tidak konsisten dan sering menerima persepsi negatif. “Jika kita tidak melakukannya sekarang, kemungkinan besar kita akan tewas pada masa akan datang,” ujarnya.

Sebagai langkah perubahan, Proton akan memperkenalkan beberapa penambahan, termasuklah 121 “cawangan premium,” iaitu pusat panggilan sentral (1800 888 398), servis mengambil dan menghantar di kawasan-kawasan utama, Servis Pantas 80-minit, Bantuan Bergerak Proton, kereta ihsan, program servis ‘My Taxi’ dan beberapa lagi. Kami akan bercerita mengenai penambahan ini pada artikel yang berasingan.

Jadi, apakah pendapat anda mengenai misi dan azam baharu Proton ini? Malah CEO Proton juga secara jujurnya memohon maaf di atas segala isu yang timbul. Sila nyatakan komen anda untuk dikongsikan bersama.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Shukry on Feb 16, 2016 at 6:53 pm

    Perbaiki perkhidmatan/servis selepas jualan. Rata-rata pembeli merungut dengan servis yg diberi.

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • Zawes on Feb 16, 2016 at 7:17 pm

    Kukuhkan jenama dan produk untuk pasaran luar negara.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Syarif on Feb 16, 2016 at 7:24 pm

    Kereta ptama sy jnama proton…stlh hmpir 9 thun, enjin msh lg ok cuma dr dlmnya kdgrn plbgai bunyi…sini longgar, sana bgegar…kereta kdua sy lps ni akan beralih kpd jenama lain..slmt tggal proton..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Ahmad Zainal Abdullah on Feb 16, 2016 at 8:33 pm

    Saya telah menggunakan proton saga(TK6265),Waja (MAV1488),Iswara(MBL1488),EXORA WWU1488 dan preve (W1488P) utk tempoh 30 puluh tahun sejak 1986 hingga 2016. Pelbagai masalah kereta proton dari segi kualiti pbuatan dan perkhidmatan servis yg teruk. B.pun tetap guna proton sbb kereta nasional. Yg bekerja di kilang pengeluaran, sales dan pusat servis juga kebanyakan anak bangsa.

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 1
  • azaman bin agam on Feb 16, 2016 at 9:43 pm

    Proton mengenal pasti semua masalah dari awal maker dan tiap masalah itu mesti selesai sblm sampai ke production mass production dan tiap masalah yg di hadapi oleh tiap bahagian diperjelasaka jujur dan ada jugdment accept yg mana mg berlaku di proton tiap awal lg sama ada di zaman saya bekerja di proton dulu dan amalkan sikap memahami sop kerja pd tiap pekerja d setiap seksyen pemasangan bkn sekadar d atas kertas sahaja pasti proton akan berjaya dan lg tiap pekerja kena ada sikap quality first dan bukan amalkan sikap seperti aku dah lama kerja gaji sama je ..aku dah nak pencen dah buat je kerja dan macam2 lg serta displin juga amat penting dlm kerja selamat berjaya proton …azaman bekas staff proton Qc white body 1991-2007

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Cekdot on Feb 16, 2016 at 10:12 pm

    Saya pengguna Gen2 selama 7 tahun. Masalah bermula dr hari pertama saya terima sampailah saya serah kereta tersebut kpd adik krn dh tak sanggup lg melayan kerenahnya.

    Hampir setiap bulan buat hal, lps satu, satu sepanjang 7 tahun tersebut. Saya pernah komplen melalui emel tp hny dilayan sekali dua shj, selps itu emel saya tidak dilayan. Malahan emel saya kpd CEO yg lama pun tak dilayan.

    Kalau dh CEOnya pun tak peduli dgn pelanggannya apatah lg staffnya…

    Kesimpulan saya, selagi Proton tidak serius dgn quality control, selagi itulah rungutan pengguna akan berterusan dan akhirnya Proton akan tutup kedai.

    Vendor yg membekalkan part2 yg low quality haruslah ditamatkan serta merta. Terutama pembekal stereng plastik yg keras mcm kayu tu!

    Proton kena belajar mengutamakan kehendak pasaran. Tengok trend design pengeluar lain dan buat design yg terkini. Jgn guna material terlalu murah. Ini hny akan menambah komplen lps jualan shj.

    Mereka yg dulu membuat keputusan utk mengeluarkan Tiara, Juara, Arena dan Savvy haruslah dipecat krn menyebabkan kerugian kpd pengguna. Berapa ramai pembeli model tersebut yg terperangkap dgn hutang sdgkan kereta tersebut tersepuk tak boleh digunakan lg sebelum hutang selesai.

    Kalau setakat Proton shj yg rugi mmg patutlah padan muka.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Proton gagal banyak sebab tapi saya perasan ada 3 main punca proton gagal
    1) persaingan dengan korea dan china
    2)persaingan dengan national car yg lain
    3)zmn skrg kereta jimat minyak kreta kcik

    Proton kena stop stop and stop thinking how do i profit on this car? but keep thinking how can i make another customer car maker become our customer? kena ingat zaman sekarang 2016 pengguna yang tahu dan ada kereta adalah LEBIH ramai berbanding mereka yang tak ada kereta. jumlah Pengguna yg tahu ni adalah BERTAMBAH dari masa ke semasa.Lagipun banyak model atas jalan raya sekarang ada sedan,hqtchback,SUV ,MPV.. PROTON dari CEO hingga ke makcik cleaner yg keje dalam bangunan proton kena pikir cam mana nak create satu kereta yang boleh tarik pengguna pengguna yang sedia ada guna kereta tapi gun jenama lain?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • mrp69 on May 10, 2016 at 11:39 am

    Assalam…
    Saya seperti pembeli2 proton yang lain (esp EXORA kecewa kerana terpaksa menunggu lama …dah hampir 3 bulan untuk mendapatkan kereta kami..Bagaimana komitmen proton terhadap pelanggan..Andainya stok tiada dan sukar diperolehi sewajarnya jangan buat promosi jualan…utamakankan dulu stok sebelum promosi jualan diadakan..
    Kebanyakan pembeli membuat “trade In” kereta lama untuk mendapatkan kereta baru..tetapi jika terpaksa menunggu utk jangka masa yg lama..bagaimana keperluan penggunaan kenderaan seharian kami.Perbaiki lah service proton dalam hal ini supaya tidak menimbulkan masalah dan kemarahan pelanggan.
    Bagaimana proton nak mendapat promosi percuma dari sesama pelanggan jika perkara ini berterusan.Imej proton juga akan jatuh jika cerita begini tidak berubah..Sampai bila kami nak tunggu kereta kami..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • AIMRAN on Sep 22, 2016 at 10:25 pm

    Pembohongan berterusan. Kereta masih tersadai dipusat servis proton…dari 3/8/2016 hingga sekarang…kerosakan turbo exora masih belum buat apa2… banyak kali berubah tarikh janji barang sampai… teruk…memang teruk…sebelum itu oil pump bocor pun seperti itu juga..hampir sebulan baru siap..selang sebulan lebih turbo rosak…macam2 alasan diberikan. Nak dapatkan warranty turbo paling menyedihkan walaupun servis mengikut peraturan.. permohonan pernah ditolak sekali kerana pusat servis x key in tarikh servis sebelum permohonan semula dan diluluskan. ….huh…pengalaman yg sungguh mengerikan… layanan pun teruk… jike diberikan pilihan rate 1 hingga 10… dan 10 yang terbaik…rate 1 pun sukar nak bg…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required