Proton rangka semula rangkaian servis, utamakan outlet jualan dan servis premium (4S, 3S, 1S+2S)

proton-sg-petani-4s_BM

Proton bakal memperkasa jenama mereka dengan pengenalan beberapa produk baharu bermula dengan Proton Perdana 2016, dan diikuti dengan lain-lain model. Malah memastikan pengalaman memiliki Proton merupakan satu kepuasan turut menjadi agenda dalam memperkuatkan lagi jenama tersebut.

Untuk itu, Proton telah memulakan proses untuk merangka semula outlet jualan dan servis mereka berstatus premium sama ada sebagai pusat 4S, 3S atau 1S+2S. Menurut Datuk Abdul Harith Abdullah, CEO Proton, sekarang sudah sampai masanya Proton mengambil berat hal ‘kualiti lebih dari kuantiti’.

Proses merangka semula semua rangkaian servis akan membabitkan jumlah transformasi yang agak ketara. “Tiada lagi pusat 2S akan dibuka hanya untuk menambah kuantiti. Kami mahukan pusat 4S atau 3S yang diuruskan dengan teratur, dan untuk kawasan di mana pusat 4S/3S tidak boleh diwujudkan, kami akan membina pusat 1S+2S,” ujar Harith.

Proton-upgrades-customer-service-3

“Apabila anda menjual kereta, anda bertanggungjawab untuk menguruskan kereta tersebut bermula seawal pelanggan berminat memilih membeli Proton berbanding jenama lain.”

“Sebelum ini, kami mempunyai pengedar 1S yang degil, sehinggakan pemeriksaan PDI turut tidak dilakukan dengan sebaiknya. Jadi mulai sekarang, kami hanya akan membuka pusat 4S, 3S, atau 1S+2S. Kami juga akan mewujudkan pasukan audit untuk memeriksa kesemua pengedar agar memenuhi KPI kami yang baru,” jelas beliau.

“Daripada 400 outlet kami, 121 daripadanya akan dijadikan outlet premium, di mana ia akan memberikan pengalaman yang lebih memuaskan seperti yang kami mahu. Selebihnya, sama ada mereka melakukan perubahan, atau keluar,” tambah beliau.

Seiringan dengan penambahbaikan rangkaian servis, Proton juga akan menggalakkan pelanggannya kembali semula ke pusat yang bertauliah sekiranya memerlukan apa-apa khidmat selepas jualan. Ini boleh dilakukan dengan temu janji terus atau menerusi pusat panggilan, di mana peringatan akan diberi sebelum tibanya waktu servis.

Tambahan lagi, pusat servis terpilih akan dibuka tujuh hari seminggu, bermula dengan Pusat Kecemerlangan Proton (COE) yang terletak di USJ akan menjadi pusat pertama menjalankan program tersebut. Selepas itu, lebih banyak lagi outlet Proton Edar dalam kawasan Lembah Klang akan melakukan perkara yang sama. Hari ini, program tersebut telah dikembangkan ke 49 outlet seluruh negara.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required