Volvo V90 2016 – perincian awal dan galeri penuh

Volvo V90 Location Front 7/8

Volvo V90 akhirnya didedahkan kepada umum sebelum kemunculan sulungnya di Geneva Motor Show bulan hadapan. Ketibaan model ini melengkapi siri 90 Volvo yang terbaharu menyertai XC90 serba baharu dan S90 sedan.

Tetapi malangnya kebocoran beberapa gambar studio yang berlaku sebelum ini merencatkan pendedahan besar V90 ini. Walaub agaimana pun, Volvo telah mendedahkan galeri penuh produk terbaharu mereka ini dengan gambar resolusi tinggi untuk bahagian dalaman dan luaran.

“Kami mempunyai posisi yang sangat kuat dalam segmen wagon. Dalam fikiran kebanyakan orang, kami dikenali sebagai pengeluar wagon yang mutlak. Di mana jenama Volvo sekarang berdiri untuk lebih dari sekadar wagon, kami bangga untuk membawa warisan yang kaya ini dengan V90,” kata Håkan Samuelsson, presiden dan CEO Volvo Cars.

2016-volvo-v90-official-gallery-007-e1455810109826_BM

Dalam tempoh 60 tahun sehingga sekarang, wagon terbaharu Volvo ini merupakan model ketiga Volvo yang dibina di atas Scalable Product Architecture (SPA) yang baharu, mengikuti XC90 dan S90. Spesifikasi teknikal penuh belum dikeluarkan lagi, tetapi pembuat kereta dari Sweden itu telah mendedahkan beberapa perincian pengenalan.

Wagon premium yang moden adalah berkisar kombinasi pengalaman mewah dan fungsi asal bentuk badan wagon. Suasana sofistikated pada bahagian dalaman Volvo digabungkan dengan ruang kargo yang besar, memberikan fungsi yang sebenar – sama ada melalui perhubungan atau solusi ruang kargo dan penyimpanan,” kata Thomas Ingenlath, naib presiden senior bahagian rekabentuk Volvo Cars.

Seperti juga S90, V90 serba baharu ini juga menampilkan ciri teknologi Pilot Assist Volvo, kebolehan mengesan haiwan besar dan juga sistem run-off road mitigation untuk mengelakkan kereta ini tersasar keluar dari jalan. Sistem infotainmen generasi terbaharu Volvo Sensus juga turut dipadankan dan boleh dihubungkan dengan sistem Apple Carplay.

Volvo juga turut mengesahkan V90 akan dikuasakan dengan enjin petrol T8 Twin plug-in Hybrid yang menjana sehingga 410 hp dan menawarkan pemanduan elektrik penuh sejauh 50 km. Teknologi diesel Powerpulse juga bakal disedikan untuk pilihan pembeli.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required