Tambang pengangkutan awam tidak ditentukan oleh harga minyak, tetapi oleh GST, premium insuran yang tinggi dan tukaran wang asing – Pengerusi SPAD

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata kadar tambang untuk pengangkutan awam darat seperti bas atau teksi tidak ditentukan oleh harga minyak dunia, walaupun harga komoditi tersebut menunjukkan penurunan sejak kebelakangan ini, menurut Bernama.

Beliau berkata ini adalah kerana kos petrol atau diesel hanya menyumbang sebanyak 10% dari kos keseluruhan operasi syarikat yang menyediakan servis pengangkutan awam. Tambah beliau lagi, kos penjagaan kenderaan-kenderaan tersebut adalah lebih mempengaruhi tambang perkhidmatan.

“Ada elemen lain yang mempengaruhi kos operasi syarikat pengendali ketika ini seperti Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dikenakan terhadap alat ganti kenderaan,” kata Syed Hamid. “Selain itu, syarikat juga berdepan kenaikan premium insurans dan kadar tukaran wang yang tidak menentu,” jelas beliau lagi.

Syed Hamid juga mendakwa walaupun pengguna merungut berikutan kenaikan tambang pengangkutan awam darat, mereka juga mengakui kualiti servis-servis berkenaan juga sedang meningkat naik sekarang.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Dulu masa tambang naik katanya sebab harga minyak naik dan alat ganti dibeli dari luar negara menyebabkan xdapat menampung kos jadi perlu naik..

    hakikatnya sekarang lori2(xsemua), bas2(xsemua), ambulan2(xsemua lagi pun xperlu bayar tambang ambulan jadi jangan risau), taxi2 proton(mungkin 1-2 saja guna made in malaysia yang lain guna madi in japan), guna “filter minyak” ada tulis “made in malaysia”, minyak pelincir ada lambang “UMW” dan siapa yang xtau kilang GTL LUBE SHELL juga ada kilang di malaysia dan Petronas lube (dibungkus saja di malaysia oleh feoso (m)) dan tayar jenama conti(conti made in malaysia) dan harga minyak dunia jatuh lebih dari 70% sejak jun 2014(rusia xnak hadkan pengeluaran minyak tu sebab simpanan dunia banyak kali dan harga jatuh).

    Tetapi, bagi mengaburi mata bagi mengelakkan tambang2 diturunkan disalahkan GST yang naik 6% dan “MUNGKIN” kenaikan insyuran (70% “””MUNGKIN”””) yang perlu dibayar 2 kali setahun MENYEBABKAN tambang xboleh turun…

    sekian

    maaf xsemua fakta sebenar

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required