Kementerian Pengangkutan bercadang menurunkan kadar saman trafik daripada RM300 kepada RM150 bagi kesalahan tertentu.
Menurut timbalan menterinya Datuk Ab Aziz Kaprawi, bagaimanapun cadangan berkenaan perlu mendapat kelulusan Kabinet serta pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 perlu dilakukan sebelum ia dilaksanakan, laporan Bernama.
“Ini masih dalam cadangan antara kementerian dan kerajaan, untuk kesalahan tertentu dan diberi tempoh tertentu, contohnya RM150 mesti dijelaskan dalam tempoh enam bulan, jika gagal jelaskan dalam tempoh ditetapkan jumlahnya akan meningkat, anda berlengah-lengah, anda bayar lebih,” katanya.
Ab Aziz berkata cadangan itu juga bagi menyelaras kadar saman antara agensi berkaitan bagi kesalahan yang sama.
“Kita tidak mahu untuk satu-satu kesalahan itu, JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) samannya lain, PDRM (Polis Diraja Malaysia) saman lain pula, maka dengan cadangan ini, kita mahu kadarnya diselaraskan,” katanya.
Dalam persidangan Dewan Rakyat hari ini, Ab Aziz berkata kementerian itu turut mencadangkan kepada kerajaan untuk melaksanakan semula pembayaran saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang ditangguhkan sebelum ini.
“Sekarang ini terdapat kira-kira dua juta saman yang belum dijelaskan oleh orang kena saman ekoran pelaksanaan penangguhan pembayaran saman AES sejak 2012,” katanya bagi menjawab soalan tambahan Dr Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) mengenai pelaksanaan sistem AES.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Sepatutnya kadar saman ikut pada pendapatan orang yg kena saman tersebut. Jikalau pendapatan tahunan dia tinggi, so saman dia lebih. Saman murah ni ada pros and cons dia. Bila jadi RM150 yg kaya confirm makin tak hairan. Bila ikut pada pendapatan, dia akan lebih takut untuk lakukan kesalahan. Apa pun, sistem kita masih lemah. Banyak lagi benda yg perlu dibaiki sebelum laksanakan cadangan yg lain. 10cents opinion.