Tun Mahathir jelaskan sebab beliau keluar dari Proton

Proton Tun Mahathir Interview 3

Perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai pengerusi Proton menjadi isu terhangat sejak kebelakangan ini. Ramai yang memberikan pendapat, sama ada sudut positif mahu pun negatif. Ini termasuklah dari beberapa menteri sendiri, antaranya Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan yang berkata Tun Dr Mahathir perlu menjawab mengapa syarikat automotif tempatan itu dilanda masalah kewangan yang serius walaupun berbilion wang rakyat sudah dibelanjakan terhadapnya.

Selain itu, presiden Persatuan Pengedar Proton Edar (PEDA) Armin Baniaz Pahamin, turut memberikan pendapatnya menerusi entri di laman blognya, Stay Tuned. Beliau berkata, kemelut yang melanda Proton bukanlah berpunca daripada Tun Mahathir, malah ia telah berlarutan sejak sekian lama iaitu ketika Proton di bawah seliaan Khazanah Nasional.

Kiri dan kanan, depan dan belakang, orang bercerita tentang isu ini. Namun tuan empunya badan sendiri, iaitu Tun Mahathir tidak berkata apa-apa mengenainya. Sehinggalah malam tadi, beliau memuat naik entri baharu di laman blognya, chedet.cc, menjelaskan sebab-sebab keputusan tersebut dibuat. Beliau memberikan gambaran tentang dirinya sebagai persona non grata (seseorang yang tidak diundang) dengan kerajaan, yang dilihat sebagai boleh menjejaskan masa depan Proton.

Tun Mahathir turut berkongsi wawasannya untuk menjernihkan semula suasana termasuk pandangannya berkaitan kewangan Proton serta hal-hal berkaitan, antaranya pemberian geran, cukai dan insentif lain. Menurut beliau, “Proton telah membayar Kerajaan lebih daripada apa yang dibantu oleh Kerajaan terhadap Proton.”

Malah bekas pengerusi Proton itu turut menggambarkan betapa pentingnya Proton yang banyak memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia sama ada secara langsung atau tidak langsung (vendor). Beliau turut memberikan perincian mengenai kepayahan Proton untuk memasuki pasaran asing, disebabkan pelbagai tarif dan sekatan bukan-tarif yang ditetapkan di atas sana.

Menerusi catatannya, ia turut memberikan respons daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri MITI, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada tarikh 1 April 2016, Mustapha berkata, model perniagaan sedia ada Proton tidak mampan dan kerajaan akan membuat pertimbangan sebelum memberikan lebih banyak bantuan.

Berikut merupakan kenyataan daripada blog Tun Mahathir:

Saya rasa saya berhutang penjelasan untuk anda semua tentang mengapa saya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Proton.

Saya tidak disingkirkan oleh pengurusan Proton atau pemiliknya. Saya menentukan (keputusan ini) bersendirian, demi Proton saya harus meninggalkan. Lantarannya saya tiada dendam terhadap Proton ataupun saya mahukannya gagal selepas saya pergi.

Ini kerana nampaknya Proton akan berhadapan kesusahan dengan Kerajaan, dan untuk sebab yang tidak diketahui, jualan kereta-kereta Proton telah jatuh menjunam.

Saya tahu saya persona non grata dengan Kerajaan. Saya tidak mahu untuk menjadi punca ketidakupayaan Proton pulih disebabkan oleh kehadiran saya.

Saya sebenarnya mahu melihat Proton pulih dan melakukan dengan baik.

Jadi, tolonglah, pemilik-pemilik Proton dan pembeli, jangan kerana saya tidak lagi pengerusi, anda tidak menyokong Proton. Tolonglah teruskan menyokong Proton.

Proton mempunyai banyak idea terbaik untuk memperkenalkan model baharu dengan kualiti yang bagus. Bulan ini, Perdana baharu bakal dilancarkan. Tahun ini juga, Persona dan Saga baharu akan dilancarkan.

Proton tidak boleh mengharapkan apa jua bantuan daripada Kerajaan.

Hanya pemilik dan penggemar Proton sahaja yang boleh membantu Proton. Jadi, tolonglah membantu Proton, pengeluar kereta nasional anda.

1. Saya tidak lagi Pengerusi Proton. Bagaimanapun saya rasa keperluan untuk menyatakan fakta.

2. Pertama, Proton kini menjadi milik persendian selepas ia dibeli pada harga RM5.50 sesaham (harga asalnya RM2.95 tetapi bidaan menjadikan harganya tinggi), sebahagian besarnya dari Khazanah dan beberapa pemegang saham lain. Khazanah sepatutnya memegang saham untuk Bumiputra tetapi sekarang mewakili Kerajaan. Proton bukan GLC (Government Linked Company/Syarikat Berkaitan Kerajaan).

3. Dasar Kerajaan dahulunya, adalah untuk menggalakkan (penggunaan) kandungan tempatan. Semua kereta yang diperbuat atau dipasang di Malaysia berhak mendapat rebat bagi duti eksais berdasarkan peratusan kandungan tempatan yang digunakan. Kebanyakan kereta-kereta asing yang dipasang di Malaysia mempunyai 30-40% kandungan tempatan. Proton mempunyai hampir 90% kandungan tempatan. Lantaran itu, rebat untuk Proton adalah lebih tinggi. Ia bukan satu keistimewaan untuk Proton sahaja. Semua kereta tempatan dan asing menikmati keistimewaan ini. Kandungan tempatan meningkatkan kos mengeluarkan kereta. Ini adalah kerana elaun pemotongan oleh syarikat asing selalunya lebih rendah dari kos komponen tempatan.

4. Kerajaan mendakwa telah menyediakan bantuan, pelbagai bentuk bantuan serta pencukaian kira-kira RM13.9 bilion dalam keseluruhannya.

5. Kebanyakannya terdiri daripada cukai tetap. Rekod Proton adalah seperti berikut:
(1) RM1,320 juta sebagai cukai insentif kepada Proton yang juga layak diperoleh bagi kereta bukan-nasional.
(2) RM773.8 juta bagi Geran G&D, geran khas, pakej rangsangan, yang layak diperoleh bagi semua pengeluar automotif.
(3) RM12,532.6 juta untuk insentif tempahan, juga layak diperoleh semua pemain industri automotif.
Jumlah sumbangan Kerajaan dari 1985 – hingga ke tarikh berjumlah RM14,631.4 juta.

Perincian (1), (2) and (3) dilampirkan.

Jumlah sumbangan Proton kepada Kerajaan sejak 1985 keseluruhan berjumlah RM24,905 juta.
Ini terdiri daripada:
(i) Duti eksais dari 1985 ke atas – RM11,785 juta
(ii) Cukai jualan dari 1985 ke atas – RM9,470 juta
(iii) Cukai korporat dari 1985 ke atas – RM1,410 juta
(iv) Duti import dari 1985 hingga 2008 – RM1,403 juta
(v) GST dari 1 April 2015 – RM28 juta

Jumlah keseluruhan: RM24,095 juta

Ternyata, Proton telah membayar lebih kepada Kerajaan berbanding yang diberikan oleh Kerajaan kepada Proton.

Suntikan modal oleh Kerajaan dalam dua buah dana berjumlah RM400 juta. Ini telah dibayar sepenuhnya. Di mana, Proton telah dibiayai sepenuhnya bagi kilang Tanjung Malim berjumlah RM1.8 bilion dari akaun-akaun syarikat, tapi yang mengejutkan sebenarnya dana dalaman Proton memiliki sejumlah RM4 bilion.

6. Sebagai tambahan, Proton telah membuka peluang pekerjaan kepada 12,000 pekerja secara langsung dalam satu masa, dan lebih 250,000 secara tidak langsung. Proton juga telah mengurangkan pengaliran dana mungkin berjumlah lebih daripada RM100 bilion.

7. Para vendor turut mendapat peluang pekerjaan dan ini mengurangkan pengaliran bagi dana.

8. Kita boleh melupakan pembangunan keupayaan kejuruteraan sebagai dasar kita sekarang iaitu mahu menggalakkan import.

9. Secara kebetulan, semua negara yang mengeksport kereta ke Malaysia melaksanakan tarif dan sekatan bukan-tarif, mengakibatkan pengecualian pengimportan Proton ke dalam negara mereka. Ini berbeza dengan dasar kita yang membenarkan kereta-kereta asing masuk Malaysia tanpa sekatan atau had minimum.

10. Ia seharusnya dinyatakan bahawa Proton perlu bersaing dalam pasaran domestiknya sendiri terhadap jenama asing seperti Toyota (10 juta unit kereta setahun), pembuat-pembuat kereta Korea Selatan (lima juta buah kereta setahun), pembuat-pembuat kereta Jerman (enam juta buah kereta setahun) dan lain-lain.

11. Syarikat ini masih mampu biarpun (mungkin) kehilangan kereta mereka di Malaysia dan mendapatkannya semula di pasaran lain. Selain skala ekonomi, Proton tidak memasuki pasaran asing kecuali di negara-negara miskin dengan Jumlah Keseluruhan Industri rendah.

12. Hari ini Kerajaan sudah tidak ada harga diri dalam menghasilkan produk buatan nasional. Import lebih murah dan terdapat lebih ramai pengguna daripada pengeluar. Dalam sebuah demokrasi, jumlah diambil kira. Jadi menyenangkan dengan lebih banyak adalah lebih penting daripada keupayaan negara untuk membangunkannya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Ah Beng on Apr 06, 2016 at 2:43 pm

    Please reduce your car price.. Saga RM30K, Persona RM40K, Preve CFE, Iriz premium & Exora RM50K, Suprima S, RM60K..

    Like or Dislike: Thumb up 22 Thumb down 40
    • asmawi on Apr 06, 2016 at 4:34 pm

      huyo ah beng lu mau quality car yet with cheap price..lu manyak sohai lo

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 56 Thumb down 4
      • Unknown on Apr 07, 2016 at 11:45 am

        Funny when people compared proton with perodua whch is much higher price than similar spec of proton and the fact is perodua cars still ‘plug n stick’ badge concept from daihatsu n toyota.

        Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0
    • Lengloi on Apr 06, 2016 at 10:01 pm

      Ahbeng lu nk kereta murah lu bikin sendiri…nanti we all boleh beli dr lu…

      Like or Dislike: Thumb up 36 Thumb down 2
    • Kawan ahbeng on Apr 07, 2016 at 12:47 am

      Ahbeng you right! With such quality, this is how the price scale should be!

      Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 8
    • Mohamad Fazli Sahil on Apr 07, 2016 at 8:35 am

      Ah Beng so cheap Sket ah…lu betoi2 so hai…lu bikin sendiri punya keta lo…

      Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 1
    • Ah Bong on Apr 07, 2016 at 10:51 am

      low quality but price very expensive

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 4
    • Lek ah beng on Apr 07, 2016 at 10:56 am

      Ah beng jangan lupa sama minah ..itu do dengan minah sapa mati dulu

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • kamarudin on Apr 07, 2016 at 1:36 am

    Whatever being said the truth is that Proton is not competitive and will continue to remain uncompetitive. With all the financial support the government extended nothing great has been achieved thus far to be proud of. Still lagging far behind compared to Korean makes. What a shame !!

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 18
    • Mohamad Fazli Sahil on Apr 07, 2016 at 8:37 am

      fu yoo ini olang banyak langsi…. tukar lah nama macam K POP….so hai

      Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 3
    • jamal on Apr 07, 2016 at 9:02 am

      saya sudah guna proton iriz premium tahun kedua dan tidak jumpa apa masalah. dari segi kualiti lebih baik dari myvi saya pernah guna dua2 kereta ini. jadi komen saya tepat. tapi myvi lebih laris. kenapa? sebab ramai yg memburuk-burukkan proton terutama rakyat malaysia sendiri. kita mahu sesuatu dari negara tapi kita memburukkan produk negara dan tidak memberi sokongan. kita jadi hamba produk negara asing.

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 70 Thumb down 1
    • What car are you driving Kamarudin and why did you choose to drive that car?

      Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
    • But that didnot change the facts how much tax has been paid by proton to Malaysian Goverment. Another facts is how Proton provided so many jobs to Malaysian instead of other car industries that prefer bangla ober Malaysians. So you didnt support Malaysian cars? No offence, one day they will loose their job, malaysia will be jobless, as the jobless make it harder the crime rate will increase, when it increase it will gave impat to us all including you. Then you will start to blame the goverment for the crime rate etc while we ourselves as Malaysian ignore the facts that we are the cause of those people to loose their jobs thus causes the increase of crime rate due to the jobless and need to ensured their survivality. If you said that they can go and berniaga, even they want to, the goverment will came and catch them while they didnt have money even to start a business at fancy shop that rent 3k a month, and they unable to sell at pasar malam due to full place. You see, when you have short minded, thats why you will never be a good leader. Tun M have think everything farnto the future unlike the people like you.

      Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 51 Thumb down 0
    • kamai on Apr 07, 2016 at 8:55 pm

      Kalau mo proton bersaing di domestik harga perlu berpatutan bukan menekan rakyat dgn harga yg tinggi tapi tidak berkualiti. Itulah sebabnya rakyat lebih suka membeli kereta import wpun mahal kerana kualitiny lebih terjamin tapi proton harga murah tapi tidak berkualiti

      Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • Jaychao on Apr 07, 2016 at 8:00 am

    Ah Beng….u tolong bikin kereta murah….nanti ramai rakyat Msia beli dgn u, “Kereta Ah Beng” manyak syok….but with high quality.
    Ah Beng….Ah Beng…….

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • MP.Asli on Apr 07, 2016 at 10:18 am

    The world great National Failure of TM idea…

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 5
  • Ahmad matyun on Apr 07, 2016 at 12:13 pm

    Type your comment here..saya pengguna proton. saya bangga menjadi pengguna proton. terbaik proton!

    Like or Dislike: Thumb up 22 Thumb down 1
  • Sekadar pendapat on Apr 07, 2016 at 12:57 pm

    Proton ni design dia masa baru keluar je nampak cantik. Dh lama2 nmpk kurang menarik. Kalau perodua ni mcm viva & axia makin lama makin cun. Pelik juga. Ke sbb aku bosan tgk logo kepala rimau & bulan bintang? Entahla.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 3
  • jiran ah beng on Apr 07, 2016 at 2:52 pm

    Proton kena pandai jaga.. bila suatu part rosak gunalah yg ori.. ni guna yg china punya mmg cpt kondem lah kereta.. sy punya wira sudah 21 tahun but performance vvery good.. vios city hyundai alza senang2 blh potong kt highway. Mesti dorg geram kna potong dgn wira tua hahaa

    Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0
  • cincau on Apr 07, 2016 at 4:16 pm

    Being a student oversea in a third world country, its been a privileged to see a Proton car on the road with many locals there couldnt believe it’s made in Malaysia. Proton have been offering much improvement and quality specs for the recent car as Preve & Iriz in terms of safety and handling. And yet Malaysian still have that old perspective that Proton car is of low quality. They did not have the experience of using the recent Proton car and yet condemning our own national car. Proton can go far, if Malaysians put much faith in our national car.

    Like or Dislike: Thumb up 24 Thumb down 1
    • Yalor… Went to Bangladesh and all Bangladeshi are envy of Malaysia. They all want to come to Malaysia to drive Proton. Malaysian must be sukur to have Proton that make us proud in Bangladesh. If u don’t believe me, go ourselves to Bangladesh and ask the local. That’s their dream to be able to own and drive a Proton in Malaysia.

      Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Sepupu Ah beng on Apr 07, 2016 at 5:59 pm

    Walaupun org cakap Proton takde quality… dah 20 tahun masih atas jalan… relax jer…

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • Yusof on Apr 07, 2016 at 8:56 pm

    sampai bila pun kereta Malaysia akan sukar mengharungi perkembangan automotive dalam negara mau pun di luar negara, Bukan merendah kan kemampuan Malaysia, Saya sayang kan Malaysia, saya ada dua kereta kereta keluar proton. Tapi Mahathir Salah langka. Berurusan dg lotos, lotos ketingalan, tak boleh pakai. Proton hanya kebangaan Semata mata tapi untuk untung jau sekali.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • nizam on Apr 11, 2016 at 9:33 am

      lotus ketinggalan? as far as i know, lotus adalah salah satu technology consultan utk known supercar in europe dan juga kpd beberapa lagi, bukan fokus proton je. cuma tak heboh, get the facts right bro.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Setiap org ada kesilapan.. sy bangga dgn proton,kalau bukan kita yang support produk negara kita siapa lg.. hidup proton..

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 1
  • Aizen on Apr 10, 2016 at 8:52 pm

    Harga kereta proton mahal sbb kerajaan sendiri kenakan pelbagai jenis cukai. Cukai jualan masih blm dihapuskan. Tmbh lg dgn GST.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Jayson on Apr 10, 2016 at 9:17 pm

    Proton quality memang international standards semua pun cantik, untuk saya bukan pasal quality dan harga dia ada masalah cuma reka kereta kurang saja, bila ada New model dan Face lift? ?!!

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Otai Proton on Apr 10, 2016 at 9:22 pm

    The Godfather of Proton has spoken..without his visions n persuasions; Proton would have never been born n be driven on our roads.I’m proud to be a Malaysian n has been driving my Savvy for more than 9 years without any major breakdowns till to date. BTW..keta korang bleh continue to be driven kalau ada gorilla pick up n campak keta korang jauh2?Hahaha..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Hang Setia on Apr 10, 2016 at 10:40 pm

    Semua ni pesepsi sja punya hal. Dlm industeri ada satu part memburukan keluaran len company. Rakyat termakan dgn dakyah tu. Gua dulu pakai keta jepun n korea. Last letih kos servis tinggi. Paling morah 400. Last tukaq proton, bila kerani ckp 120 gua terkejut mcm x caya. Skrg gua pakai optima, exora, saga, iriz, myvi. Komen gua, org bodo n gila sja beli myvi, vios n city. IRIZ, Preve n suprima baguih manahala

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • harun on Apr 10, 2016 at 11:00 pm

    proton …sudah dan akan banyak membatu malaysia .jika proton jaya

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required