Toyota Passo serba baharu didedahkan, dua varian X dan Moda G, 1.0L – Perodua Myvi baharu?

Screen-Shot-2016-04-12-at-1.29.38-PM-e1460440989802

Toyota Japan telah memperkenalkan Toyota Passo serba baharu hari ini, di mana kereta kompak ini dibangunkan oleh anak syarikatnya, Daihatsu. Nampak seakan-akan Perodua Myvi atay Daihatsu Boon kan?

Passo bagi pasaran Jepun ini didatangkan dengan dua varian iaitu X dan Moda. Harganya bermula 1,150,200 yen (RM41,380) bagi varian asas X dan meningkat sehingga 1,830,600 yen (RM65,860) untuk varian tertinggi Moda G Package.

Menurut Toyota, “ia terkenal sebagai mudah dikendalikan dan saiz kompaknya juga telah dikekalkan.” Passo berukuran 1,665 mm lebar, 1,525 mm tinggi dan jarak roda 2,490 mm. Di mana ia dipanjangkan sebanyak 50 mm berbanding model Myvi sedia ada (2,450 mm). Bergantung pada variannya, ukuran panjangnya sama ada 3,650 mm (X) atau 3,660 mm (Moda).

Toyota turut berkata Passo ini lebih ringan, berkerangka lebih mantap malah pelarasan suspensinya juga telah dipertingkatkan bagi memberikan lebih kestabilan, keselamatan dan keselesaan pemanduan. Ia juga memiliki jejari pusingan sehingga 9.2 meter.

Mengenai imej yang ditampilkan, Passo X dipadankan dengan gril yang lebih besar, bersambung dengan lampu utama yang lebih bersudut serta lampu kabusnya diposisikan di bampar. Manakala Passo Moda pula menerima imej yang lebih lembut, dengan lampu utama bulat, gril dan lampu kabus bersama kekemasan sutera di sekelilingnya. Rekaan bahagian bampar dan hud juga berlainan.

Bagi rekaan dalamannya pula, kedua-dua varian memiliki persamaan imej. Passo kini ditampilkan dengan elemen pada tiang-C, bersambung dari pintu belakang ke cermin belakang. Malah lampu belakangnya juga diposisikan sedikit bawah dan antena radionya sedikit ke kanan.

Malah bahagian kabinnya juga menerima sedikit sentuhan. Menampakkan sedikit gaya seperti Alza, tanpa konsol tengah yang memisahkan antara pemandu dan penumpang hadapan. Malah ia juga memberikan ruang dalaman yang lebih besar. Toyota turut mendakwa penambahan ruang kaki mencapai 75 mm.

Bahagian kabinnya juga dilengkapi dengan unit penghawa dingin kawalan digital, paparan komputer TFT, sistem hiburan double-DIN, butang penghidup enjin, pintu berkuasa dan tempat duduk belakang 60:40.

paso1604_29

Di bawah hudnya, Passo dilengkapi dengan enjin 1.0 liter 1KR-FE tiga-silinder, yang mampu memberikan kuasa 69 PS pada 6,000 rpm dan 92 Nm pada 4,400 rpm. Ia turut dipadankan dengan transmisi CVT, dengan pilihan pacuan roda hadapan dan semua-roda. Di bawah ujian JC08, Passo FWD mampu mencatatkan penggunaan bahan api sekitar 28 km/L, semantara Passo AWD pula 24.4 km/L.

Kit keselamatan pula termasuklah sistem bantuan pengelak kemalangan Smart Assist II dengan lima fungsi iaitu amaran pelanggaran, bantuan brek pengelak kemalangan, kawalan mula, amaran penyisihan laluan dan pengesan objek hadapan apabila kenderaan mula bergerak.

Adakah Myvi generasi baharu akan dibangunkan berdasarkan Passo baharu ini? Apatah lagi Perodua dijangka akan mengadaptasi brek kecemasan automatik (AEB) dan sistem keselamatan aktif kekal lorong sebagai elemen standard menjelang tahun 2020.

GALERI: Toyota Passo 2016

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

 

Add a comment

required

required