Mazda panggil semula CX-3 – tiga unit di M’sia terlibat

Mazda CX-3 2.0L review 2

Mazda Motor Corporation telah mengumumkan panggilan semula untuk Demio (Mazda 2) dan CX-3 yang diproduksi di Jepun, ekoran isu yang berkaitan dengan stereng. Memandangkan Mazda 2 yang dijual di Malaysia adalah dari Thailand, maka tiada unit yang terlibat. Namun, CX-3 yang merupakan unit CBU dari Jepun, dan terdapat beberapa unit terlibat dengan panggilan semula ini.

Bagi unit yang terjejas, selak yang dipasang di bahagian bawah topang hadapan dengan penyambung stereng mungkin longgar, dan boleh terbuka. Jika penyambung stereng itu terpisah dari topang yang dipasang, ia boleh menyebabkan stereng hilang kawalan, sekali gus boleh menyebabkan risiko kemalangan.

Buat masa ini, Mazda mengesahkan sebanyak 331 unit CX-3 pacuan roda-hadapan yang dipasang di Jepun terlibat. Walau bagaimana pun hanya tiga unit CX-3 di Malaysia yang terbabit dengan program panggil semula ini, menurut Bermaz. Untuk memperbetulkannya, bahagian yang dikatakan terjejas itu akan diperiksa semula. Jika benar selak tersebut longgar, ia akan digantikan dengan selak baharu dan diketatkan semula.

Mazda Malaysia akan menghubungi pelanggan yang terlibat dan meminta mereka membawa kenderaan masing-masing untuk pemeriksaan dan penukaran alat ganti tanpa melibatkan sebarang kos. Jika anda pemilik CX-3 yang ingin segera mendapatkan pengesahan, sila hubungi talian 1800-2–8080.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required