PSA Peugeot Citroen hasilkan pikap berasaskan Hilux

2016-Toyota-Hilux-Geneva-4-e1462262861480

Bulan lalu, PSA Peugeot Citroen telah mendedahkan pelan tindakan “Push to Pass”, iaitu perancangan lima tahun yang termasuk dengan melancarkan 26 model kenderaan dan lapan kenderaan komersial ringan. Menurut Parkers, salah satu kenderaan tersebut ialah trak pikap yang akan dibangunkan berasaskan model Toyota Hilux.

Perkongsian platform bukan suatu yang tidak biasa dilakukan di antara pengeluar kenderaan, terutamanya yang ingin mengurangkan kos dalam pembangunan kenderaan. Sebagai contoh, Toyota ProAce, Citroen SpaceTourer dan Peugeot Traveller menggunakan platform yang sama, tetapi menampilkan gaya yang tersendiri.

Buat setakat ini, tiada perincian lanjut mengenai trak pikap PSA ini, termasuklah ia akan menggunakan logo Peugeot atau/dan Citroen, atau adakah ia juga akan menggunakan enjin diesel GD yang baharu dari Toyota.

Parkers turut berkata, banyak perician akan didedahkan sedikit demi sedikit pada masa yang akan datang. Namun buat masa ini, pikap berasaskan Hilux ini boleh dikatakan mempunyai pendekatan sebagai “satu kenderaan baharu, setiap rantau, setiap jenama dan setiap tahun” bagi pelan tindakan “Push to Pass”.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required