Nissan beli 34% saham Mitsubishi bernilai 237b yen

Nissan Mitsubishi

Nampak gayanya urusan pembelian saham Mitsubishi Motors Corporation (MMC) oleh Nissan telah pun termeterai untuk peringkat awal hari ini. Dengan pembelian saham tersebut, kini Nissan mempunyai 34% kepentingan dalam MMC bernilai 237 bilion yen (RM8.37 bilion). Ia telah pun dilaporkan hari ini di mana kedua-dua syarikat berkenaan telah pun mengadakan perbincangan dari awal lagi.

Traksaksi ini adalah tertakluk pada perjanjian Alliance Agreement, yang dijangka berlangsung pada hujung Mei, dan perjanjian sefahaman antara pemegang saham pula dengan pemegang saham sedia ada Mitsubishi Group pula akan berlangsung sebaik sahaja kelulusan kawal selia diperoleh. Perjanjian ini dijangka termeterai menjelang akhir tahun ini.

Di bawah terma transaksi, Nissan akan membeli 506.6 juta saham MMC yang berharga 468.52 sen sesaham, dan perjanjian ini bakal menyaksikan Nissan sebagai pemegang saham terbesar MMC sebaik sahaja ia termeterai.

Pengeluar kenderaan itu turut menjangkakan Mitsubishi Heavy Industries, Mitsubishi Corporation dan The Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ akan mengekalkan kepentingan pemilikan kolektif dalam MMC dan akan terus menyokong perkongsian strategik.

Malah kenyataan yang dikeluarkan oleh pengeluar kereta ini juga menyatakan bahawa MMC akan mencadangkan wakil Nissan sebagai lembaga pengarah, serta mempertimbangkan untuk penama Nissan turut diundi sebagai pengerusi lembaga pengarah.

Sebelum ini, MMC dihantui skandal bahan api di mana mereka telah mendedahkan sejak tahun 2002, mereka telah menggunakan kaedah yang tidak mengikut standard Jepun bagi menguji penjimatan bahan api. Model kereta yang terbabit ialah Mitsubishi eK Wagon dan eK Space serta Nissan Dayz dan Dayz Roox.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required