Proton Perdana 2016 sasar pengeluaran 7,000 unit setahun – tidak akan dieksport ke negara luar

Proton Ahmad Fuaad Kenali

Sejak tempahan mula dibuka pada Februari lalu, Proton telah menerima kira-kira 900 tempahan dari seluruh negara dan dijangka mampu menjual kira-kira 3,000 buah Perdana baharu ini pada akhir 2016. Namun menurut Ketua Pegawai Operasi Proton Datuk Ahmad Fuaad Kenali, pihaknya mensasarkan sebanyak 7,000 unit pengeluaran setahun bagi model ini.

“Dalam tempoh enam bulan pertama ini, kami hanya meletakkan sasaran sebanyak 3,000 unit. Tetapi kami optimis dengan mensasarkan pengeluarannya sebanyak 7,000 unit setahun. Namun ia adalah bergantung pada jumlah permintaan dalam pasaran,” ujar Ahmad Fuuad.

Selain itu, mengikut perjanjian, terma dan syarat bersama Honda, Perdana 2016 ini tidak akan dipasarkan ke pasaran luar dan hanya tertumpu pada Malaysia sahaja.

Sambungnya lagi, “Kami menghormati permintaan dari Honda yang enggan membenarkan Perdana 2016 ini dieksport ke luar negara memandangkan kami menggunakan penjana kuasa dari mereka.

“Namun untuk model Perdana yang dijangka dinaik taraf dengan menerima kehadiran enjin dan transmisi baharu yang sedang kami bangunkan, barulah ia dirancang akan dieksport ke negara luar. Enjin dan transmisi baharu ini dijangka akan siap pada akhir 2017 dan model Perdana (serta model-model lain Proton yang terlibat) yang dinaiktaraf kemungkinan besar akan diperkenalkan pada tahun 2018.”

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • amshah on Jun 14, 2016 at 4:00 pm

    betul lah cara Honda tu, kalau tak “sapi dapat nama” pulak… harap2 enjin baru nanti akan sehebat jenama antarabangsa, barulah setanding untuk pasaran luar negara..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
 

Add a comment

required

required