Datuk Vida sedia membida VIP 1 dan VIP 6

vida-qu-putih

Jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Hasmiza Othman, atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida bersedia membida nombor pendaftaran khas siri VIP 1 dan VIP 6 apabila bidaannya dibuka kelak. Baru-baru ini pemohonan dari Jawatankuasa Pelancongan Dan kebudayaan negeri Pahang untuk menggunakan nombor pendaftaran khas siri VIP 1 hingga VIP 9 sempena Tahun Melawat Pahang 2017 telah pun diluluskan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai

Menerusi laporan Kosmo hari ini, nombor pendaftaran tersebut dirancang untuk dipadankan dengan kereta Bugatti Veyron dan bakal diberikan kepada anak lelakinya yang berusia 9 tahun. Katanya, kereta sport yang hanya dikeluarkan secara terhad di seluruh dunia itu memang menjadi idaman anak lelakinya, Muhammad Eric Zacquan.

“Saya melihat nombor pendaftaran VIP ini unik dan bersesuaian jika diletakkan pada Bugatti Veyron yang diminati anak saya,” ulasnya.

Baru-baru ini, Datuk Vida turut meletakkan harga yang tinggi bagi membida nombor pendaftaran F 1 bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya dan dengan penuh keyakinan katanya mampu memenangi bidaan tersebut.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Vincent on Jun 23, 2016 at 1:26 pm

    Datuk.. for your info… itu Bugatti Veyron sudah habis jual last year. Total production unit stop at 450. Takkan VIP macam datuk nak beli kereta recond?

    I saja saja tender ini number untuk ini itu kereta, tapi, pls check facts sebelum talking big lar..

    Macam I ini kan, I rasa nak beli MAS and let all perkerjanya tidur hari malam..na…aku ada check berita terkini….pasal tidur itu …

    I juga rasa nak beli itu apa nama Petronas, bagi semua Malaysian free petrol.

    Cakap saja… itu tak payah duit untuk cakap dan ini juga tak salah disisi undang undang…..

    Akan tetapi, jangan lar cakap model yang sudah stop production.

    :)

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 4
    • dia yang nak beli, kau yang panas. haha

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • Dia yg beli..kau yg panas on Jun 24, 2016 at 12:08 pm

      450 unit sudah dijual..kau kenal ke semua 450 pembeli bugatti veyron tue..Datuk Vida mungkin dah ada kereta tue,cuma nak letak nombor istimewa nie dan serahkan kpd anak nya..yg kau sakit hati sgt kenapa..bukan dia beli pki duit mak bapak kau pun..lg satu,bahasa kebangsaan kau sangat ke longkang..berterabur.mengaku rakyat Malaysia tp tak blh berbahasa kebangsaan dgn betul..memalukan

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required