Perodua siasat dakwaan Axia mengalami masalah stereng terkunci hingga mengakibatkan kemalangan

13903441_1149734008397947_6994931019746018398_n

Ekoran dakwaan seorang pemilik Perodua Axia yang memviralkan kisah mengenai kelemahan kereta kompak ini yang dikatakan boleh menyebabkan sterengnya terkunci sendiri serta brek dan beg udara tidak berfungsi, Perodua telah mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara ini.

Menurut Perodua, berhubung dengan sebuah unit Axia 1000 E (manual) yang terlibat dengan satu kemalangan baru-baru ini dan pemiliknya mendakwa ia adalah disebabkan masalah stereng yang tiba-tiba terkunci sendiri, syarikat terbabit menjelaskan satu ujian terperinci telah pun dijalankan ke atas kereta terbabit. Hasil ujian tersebut mendapati sistem brek, beg udara dan stereng pada kereta itu berfungsi sepenuhnya.

Bahkan Perodua juga telah menyerahkan laporan hasil ujian tersebut kepada pemandu kereta terbabit. Malah Perodua juga memberi kerjasama sepenuhnya dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk pihak tersebut membuat laporan sebelum sebarang tindakan diambil.

“Telah lebih 200,000 unit Axia telah pun dijual sejak ia dilancarkan pada September 2014, dan kami mengesahkan sehingga kini, kami tidak pernah menerima sebarang aduan mengenainya daripada pelanggan kami,” ujar Dr.Zahari Husin, Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd menerusi kenyataan yang turut dipaparkan di Facebook rasmi Perodua sendiri.

Walau bagaimana pun, Perodua tetap akan terus memastikan keselamatan kenderaan buatan syarikat ini diutamakan dan mengikut standard yang ditetapkan.

PERODUA_AXIA_VIRAL

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • Potong on Aug 06, 2016 at 8:45 pm

    Good job p2

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 2
  • Jpj fan on Aug 07, 2016 at 7:15 am

    Hang tak pakai tali pinggang keledar ni. Bolrh jadi bukti saman jpj lepas ni, hang jerat tengkuk sendiri ni

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
    • Betul tu seatbelt xpkai smpai kereta hancur pun airbag xkan keluar..kalau betul dah lama perodua tarik balik keluaran dia..amik lowspec nk spec advance sorryla..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • buh p la on Aug 07, 2016 at 10:08 am

    jawapan lawak p2..
    1. steering lock, brek x function sbb tayar botak?
    2. Air beg x deploy sebab excdn lemah??

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 11
    • Kalau dah slah sndiri..lama dah perodua tarik balik keluarannya kalau defect pikirla sndri..tah2 kete pn xda

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • sober on Aug 07, 2016 at 12:36 pm

    Definitely tayar botak. Slides rasa mcm steering x function. Hehe okay

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Tayar botak, emergency brek , tayar lock, then slides, bamm, bye2..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Muhammad Zamir on Aug 07, 2016 at 6:28 pm

    Untuk makluman semua,customer ini hanya sekadar membuat kecaman dan juga fitnah kepada syarikat perodua selaku pengeluar kereta Axia 1000 E.Saya adalah pengguna Axia 1000 E dan dah menggunakan kenderaan tersebut hampir setahun ,alhamdullillah tiada sebarang kesan bahaya atau kemudaratan pada bahagian stering,dan juga lain2.Segala-galanya berjalan lancar.Kejadian yang berlaku kepada customer dan menyebabkan kemalangan adalah bukan berpunca dari steering lock secara sendiri tetapi keadaan tayar yang botak dan haus memberi kesan jangkamasa panjang.Pesan saya kepada customer seperti ini janganlah kita jadi seorang yang fasik dan suka mereka-reka cerita tanpa ada usul yang benar.Lain kali berfikir dulu sebelum mengeluarkan kenyataan.Jangan berfikiran seperti budak-budak yang baru sahaja nak membesar.Kenalah matang dan juga jangan suka menuding jari kepada pihak perodua.Kalu dah rasa kereta buatan malaysia ini customer tu anggap tidak safety,saya rasa eloklah customer tu beli secara langsung kereta buatan import.Itu pun jika mampu la.Bak kata pepatah “Di sebabkan oleh nila setitik habis susu sebelanga dan juga ukurlah baju di badan sendiri serta seperti kacang lupakan kulit.Ingatlah kita ini sebagai rakyat malaysia seharusnya beruntung kerana ada jugalah inisiatif kerajaan membiayai kereta yang mampu di miliki serta customer ini kena tahu jugak di malaysia ada beberapa golongan iaitu kaya,sederhana serta juga miskin.Sekadar ini sahaja perkongsian saya dalam laman ini.Assalamualaikum

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 4
    • Salah sendiri terang2 dah tu..masalah xkan terjadi kalau ikut manual book yg diberikan..tambah yg pndai2 g servis kat lua..bukan semua kedai foreman cek dan buat sperti cntre..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • P2 CyberTroops on Aug 08, 2016 at 8:12 am

    wujudkan team, daftar email, buat nama, komen3x, backup P2 and bash kasi tersungkur P1.. hahaha

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • Anda memandu kereta transmisi manual..keadaan hujan… tayar tidak berapa mencengkam jalan…kereta lose control…. anda tekan brake… anda mengawal steering… disebabkan tidak memijak klac ada kemungkinan dalam beberapa ketika enjin kereta anda mati…dalam keadaan panik sedang kereta menggelongsor kedepan anda terus memusingkan steering untuk mengawal kereta anda… satu soalan disini… bila enjin keta mati kita pulas steering agak2 terlock tak steering anda? Bila enijin mati brake pun leh jadi mulfunction sbb brake samada hydraulic atau steering electric boleh malfunction… lack of safety features? Fikir2kan

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
    • pang Chye kuait on Sep 03, 2016 at 5:40 pm

      Correct! When engine stop,and pusing electricpower stering, the stering will automatically lock. Hydrolik power steering dan hydrolik electric power steering is different!if the time enjin tiba tiba mati lepas pusing steering and mungkin enjin hidup at low rpm idle ,ini akan berlaku mungkin sensor salah kira lah,macam shorttest 0.0121s bypass without touching any electric system.

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Salah sendiri..ikut manual book dan panduan diberikan..pndai2 servia lua bukan suma foreman tau sgt and cek betul2..nk jimat punya psal..tgok spec la

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required