No. pendaftaran VIP – tender dibuka sehingga 30 Sept

image1_BM

Sebelum ini kami telah melaporkan pemohonan dari Jawatankuasa Pelancongan Dan kebudayaan negeri Pahang untuk menggunakan nombor pendaftaran khas siri VIP 1 hingga VIP 9 sempena Tahun Melawat Pahang 2017 telah pun diluluskan oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Kini, nombor pendaftaran yang menarik minat ramai pihak termasuk jutawan kosmetik popular, Datuk Seri Hasmiza Othman, atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida, sudahpun dibuka.

Tidak seperti bidaan untuk nombor pendaftaran “F” dan “V” yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), bidaan untuk “VIP” ini akan dijalankan oleh Jawatankuasa Pelancongan Dan kebudayaan negeri Pahang sendiri menerusi syarikat yang dikenali sebagai Digital Tourism. Bidaan untuk nombor pendaftaran berkenaan boleh dilakukan di kaunter yang diletakkan di Anggerik Mall Shah Alam, dibuka dari 9 pagi hingga 6 petang, dan permohonannya akan ditutup pada 30 September ini.

rr-vip-plate

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Aziz Kaprawi memeberitahu The Sun profit yang diperoleh dari hasil jualan nombor-nombor tersebut akan disalurkan terus kepada badan pertubuhan yang bertanggungjawab. Ia sama dengan nombor pendaftaran istimewa lain contohnya plat nombor “G1M”, hasil jualan tersebut terus kepada Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia untuk dana ekpedisi ke Gunung Everest.

Setakat ini, nombor pendaftaran “PATRIOT 1” merupakan nombor pendaftaran istimewa paling mahal pernah dijual di Malaysia dengan harga RM1.308 juta dibeli oleh individu yang tidak mahu dikenali. Manakala untuk nombor pendaftaran biasa yang paling mahal pula ialah nombor “F1” yang dibeli oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj,dengan harga RM836,660, berbanding nombor “W1N” berharga RM748,000 yang turut menjadi milik baginda.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required