Perodua Bezza – 10k sudah dihantar, 25k tempahan

Perodua Bezza 10,000 10

Pagi ini, Perodua meraikan pembeli Bezza yang ke 10,000, iaitu Zetty Aswani Fazwin Mahrol Fazwin, dari Shah Alam, dalam satu majlis yang berlangsung di Perodua Sentral, Petaling Jaya. Varian Advance menjadi pilihan wanita berusia 28 tahun ini.

Sehingga kini Perodua telah menerima tempahan sebanyak 25,000 unit sejak ia mula dibuka pada 16 Julai 2016 iaitu seminggu sebelum pelancarannya pada 21 Julai lalu. Biar pun pada awal bulan ini, Perodua mensasarkan untuk menghantar 6,000 unit kepada pelanggan yang sudah membuat tempahan, namun jumlah yang berjaya dihantar melonjak ke 10,000 unit (buat setakat hari ini).

Di mana lebih 2,600 unit Bezza telah dihantar kepada pelanggan pada bulan Julai iaitu dalam tempoh 10 hari ia dilancarkan. Dan bagi Ogos ini pula, sebanyak 7,400 unit lagi telah selamat sampai kepada pemiliknya.

Menurut Perodua, daripada jumlah tempahan itu, 44% adalah bagi varian 1.3L Advanced (automatik), 43% dari Premium X 1.3L (automatik), 3% dari Premium X 1.3L (manual), 9% bagi 1.0L (automatik) dan 1% untuk 1.0L (manual)

Perodua Bezza 10,000 2

“Tempahan yang paling banyak diterima sudah pasti ialah varian enjin 1.3 liter. Namun disebabkan itu, tempoh menunggu menjadi sedikit lebih lama, berbanding jangkaan kami, melibatkan sekurang-kurangnya 14 hari atau paling maksima 30 hari selepas tempahan dilakukan, ia akan dihantar kepada para pelanggan. Dan disebabkan tidak mahu menunggu lama, ada pelanggan yang menukar pilihan iaitu dari varian 1.3 liter ke 1.0 liter,” ujar Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn.Bhd, Dr Zahari Husin.

Dalam tujuh bulan pertama tahun ini, Perodua telah berjaya menjual 112,500 unit, dan dengan jumlah itu ia merangkumi 35.4% daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) iaitu 317,900 unit kenderaan.

Ketika ditanya mengenai jualan Myvi yang mungkin terjejas selepas pengenalan Bezza dan adakah ia bakal ditamatkan pengeluarannya, Presiden dan CEO Perodua Datuk Dr. Aminar Rashid Salleh berkata, “Ia memang sudah dijangka tetapi setakat ini, kami tidak membuat sebarang keputusan untuk menamatkan pengeluaran Myvi. Ia masih relevan untuk terus berada di dalam barisan model kami.”

Mengenai Axia dan Alza pula, Aminar berkata, penjualan kedua-dua model tersebut tidak terjejas malah Axia masih mengekalkan momentum tempahannya antara 8,000 hingga 9,000 unit sebulan.

Perodua Bezza ditawarkan di dalam tiga varian iaitu 1.3L Advance, 1.3L Premium X (auto/manual) dan Standard G 1.0L (auto/manual), dengan harga bermula dari RM37,300 hingga RM50,800.Enam pilihan warna turut ditawarkan, termasuk dua warna baharu, Sugar Brown dan Ocean Blue yang hanya untuk varian 1.3L, selain Lava Red, Ebony Black, Glittering Silver dan Solid Ivory White.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

 

Add a comment

required

required