Honda RS150R vs Yamaha Y15ZR – Dua model terhangat bersemuka dalam segmen kapcai sports

rs150r-vs-y15zr-overall-bm-1

Ramai yang menganggap motosikal berkapasiti kecil sebagai mod pengangkutan yang lebih menjimatkan dan diguna sekadar untuk memudahkan pergerakan. Bagaimanapun, seperti jentera lain yang berenjin dan beroda, ia tetap tidak terlepas daripada menjadi sasaran mereka yang bersemangat untuk mengejar kuasa lebih mengujakan dan lebih bergaya.

Justeru, pengeluar motosikal menghasilkan model yang sesuai, dan antara yang terbaharu dalam pasaran Malaysia adalah Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R. Kedua-duanya terletak dalam kategori 150cc dan menggunakan sistem suntikan bahan api (EFI).

Perkara pertama yang dilihat adalah gaya penampilannya. Penulis boleh katakan setiap satu motosikal ini mempunyai cara tersendiri untuk menarik minat pembeli. Yamaha Y15ZR banyak menggunakan gaya moden dan mewarisi konsep rekaan model sports mereka yang lebih besar seperti R25 dan R1, dan ini boleh dilihat pada bahagian hadapan bermuncung tirus (siap dengan lampu LED) dan lampu belakang yang tajam.

Selain itu, warna asas pada badan Y15ZR turut dimeriahkan lagi dengan pelekat berjalur, seterusnya meningkatkan lagi keterampilannya. Honda pula mengambil pendekatan untuk menjadikan RS150R garang tetapi dalam cara berbeza. Mereka menggunakan warna yang lebih sekata pada RS150R dan tidak banyak pelekat yang menjadikan badan motosikal ini bercelaru. Warna yang digunakan bukan warna biasa tetapi adalah kemasan matte ataupun dalam bahasa pasar, warna mati; hitam dan biru.

rs150r-vs-y15zr-overall-bm-2

Tapi jika itu bukan citarasa anda, dan mahukan sesuatu yang lebih berjiwa lumba, Honda ada menawarkan varian Repsol yang sepatutnya mempunyai tambahan harga tidak sampai RM200 (RM8,374.94) tetapi di kedai, harganya boleh jadi lebih. Ini adalah satu masalah yang harus diatasi oleh pihak berkuasa kerana harga motosikal di pasaran boleh jadi tidak menentu dan kedai boleh menjual pada harga mengikut suka mereka walaupun pengeluar telah memberikan harga cadangan.

Sama juga dengan Y15ZR versi Movistar. Harga cadangan dari Hong Leong Yamaha adalah RM8,634.76 (dengan GST) tetapi di kedai, ia boleh mencecah sehingga lebih RM10,000. Gaya mungkin hanya satu jamuan mata, tetapi bagaimana rasa tunggangan yang diberikan oleh kedua-dua motosikal ini? Memang ada kelainan yang dapat dirasa terutama apabila “melompat” terus dari sebuah motosikal kepada yang satu lagi.

Pertama, pemegang atau hendalnya. RS150R mempunyai hendal yang lebih lebar manakala Y15ZR pula lebih rapat. Walaupun ada yang mengatakan hendal lebar memberi lebih keyakinan, penulis rasa kedua-duanya masih lagi mudah dikawal tanpa sebarang masalah. Kemudiannya, tempat duduk. RS150R mempunyai bahagian belakang yang ditinggikan dan kesannya dapat dirasa kepada penunggang, di mana tempat duduk terasa condong ke hadapan.

Perkara itu tidak berlaku pada Y15ZR kerana tempat duduknya terasa rata seperti kapcai biasa (contohnya LC135) dan penunggang tidak perlu menahan kaki untuk mengelakkan terus menggelungsur ke hadapan seperti yang berlaku pada RS150R.

Sebagai tambahan lagi, duduk di atas Y15ZR lebih selesa bagi kedua-dua penunggang dan penumpang. Perkara ini juga mungkin adalah kesan daripada sistem suspensi belakang lebih keras pada RS150R. Beberapa kali helmet penulis diketuk oleh penumpang belakang yang mengarahkan penulis untuk perlahan-lahan apabila jalan tidak rata. Tapi, takkanlah kita perlu membrek setiap kali ada bonjolan kecil atas jalan, kan?

rs150r-vs-y15zr-overall-bm-5

Semasa RS150R baru dilancarkan, penulis ada terlihat beberapa versi bagi motosikal sama di Indonesia dan Vietnam diperkenalkan dengan gaya kembara, dan sesi tunggang uji yang dilakukan melibatkan laluan offroad. Ia membuatkan penulis tertanya – RS150R adalah kapcai biasa tetapi kenapa dibuat begitu?

Sekarang selepas menguji sendiri RS150R barulah penulis faham. Honda mengambil kedudukan tinggi RS150R sebagai satu kelebihan dan cuba menunjukkan motosikal ini boleh berhadapan dengan jalan yang lebih mencabar, dan bukannya sekadar di atas jalan bertar sahaja.

Kalau anda mahukan nombor, tinggi tempat duduk adalah sama iaitu 780mm manakala kelegaan dari tanah RS150R adalah 167mm dan Y15ZR 135mm. Kedudukan tinggi ini turut memberi kesan kepada pemanduan di atas jalan tar biasa. Semasa menunggang RS150R, penulis dapati di selekoh, tidak sekali pun, tempat letak kaki terseret ke atas jalan. Sebaliknya dengan Y15ZR, ada beberapa kali ia terseret meskipun mengambil selekoh masuk ke simpang jalan 90 darjah.

Walaupun begitu, penulis lega Yamaha menggunakan tapak letak kaki yang boleh terlipat apabila kena ke atas jalan. Setidaknya, penunggang masih boleh rasa selamat walaupun ia terkena dan beringat bagi mengelakkan sebarang masalah. Pada RS150R, kalau anda mahu lebih condong mengambil selekoh, rasanya peletak kaki ini perlu ditukar kerana ia adalah jenis yang pegun. Jika terlebih kena atas jalan pada kelajuan tinggi, penunggangnya mungkin akan ditimpa masalah.

Pergi ke aspek yang paling menarik – enjin dan kuasa. Dua motosikal ini menjadi perhatian apabila masuk ke dalam pasaran kerana ia terletak dalam kategori 150cc, menggunakan sistem suntikan bahan api elektronik dan diletakkan pada badan seperti kapcai biasa. Pada masa sama, Yamaha ada model FZ150i yang juga berkapasiti 150cc tetapi mempunyai badan yang lebih besar dan tinggi. Honda pula, pada masa ini, hanya mempunyai RS150R.

Secara lebih tepat, RS150R menggunakan enjin satu silinder 149.16cc DOHC dengan sistem penyejukan cecair manakala Y15ZR pula menggunakan enjin satu silinder 150cc SOHC dan juga penyejukan cecair. Boleh dilihat secara jelas di sini, perbezaannya adalah RS150R mempunyai sistem Double Over Head Cam (DOHC) manakala Y15ZR pula menggunakan Single Over Head Cam (SOHC).

Bermakna, RS150R mempunyai dua cam – masing-masing satu untuk injap kemasukan dan satu lagi untuk injap ekzos. Y15ZR pula menggunakan satu sahaja cam untuk menggerakkan kedua-dua injap kemasukan dan injap ekzos. Selain itu, RS150R juga mempunyai satu gear lebih (enam gear) berbanding Y15ZR.

Perkara ini sememangnya memberi kesan kepada prestasi kuasa yang dihasilkan. Pada RS150R, penulis dapat merasakan pecutannya cukup berkuasa dan untuk mencapai tahap rpm 11,000 pada gear 1, 2, 3, 4 dan 5 begitu mudah sekali. Pada gear 1, 2 dan 3, anda tidak akan mempunyai masa untuk melihat tahap rpm kerana ia sampai ke tahap tertinggi dengan pantas manakala pada gear 4 dan 5, anda masih sempat untuk menoleh ke meter, tetapi, itupun ia sudah masuk ke tahap merah 10,000rpm. Ia kemudiannya boleh dikerah sehingga 11,000 sebelum memasukkan ke gear lebih tinggi.

Dengan Y15ZR, penulis dapat rasakan kuasanya akan lebih menarik apabila naik lebih daripada 5,000rpm dan tahap maksimum hanya lebih sedikit daripada 10,000rpm. Bermula dari gear 3, penulis sudah boleh menoleh ke arah meter untuk menunggu ia sampai ke tahap 10,000rpm dan apabila sudah masuk ke gear 5, barulah terasa motosikal ini agak laju bagi sebuah kapcai.

Pada kedua-dua motosikal, tiada sistem brek anti kunci (ABS), dan ada waktu ia sedikit menakutkan penulis kerana dua kapcai ini memang laju dan boleh ‘merasuk’ penunggangnya. Kalau setakat untuk melebihi tahap kelajuan lebuh raya 110km/j, memang mudah. Tapi di sini, kami tidak boleh nyatakan kelajuan maksimumnya kerana ia tidak diuji di dalam litar tertutup.

Kalau diikutkan dalam risalah spesifikasi, RS150R mempunyai kuasa 15.4 hp @ 9,000 rpm dan 13.5 Nm tork @ 6,500 rpm manakala Y15ZR pula berkemampuan 15.2 hp @ 8,500 rpm dan 13.8 Nm tork @ 7,000 rpm. Daripada aspek penggunaan bahan api, dengan isian jumlah sama RM5 minyak Ron95, kedua-dua motosikal ini boleh pergi sehingga sekitar 100km, dan itu adalah jumlah yang diperolehi melalui tunggangan yang pada kebanyakan masa seperti seorang yang sentiasa mengejar sesuatu kerana sudah terlambat.

Tapi sebenarnya, kuasa dua motosikal ini boleh membuatkan penulis ketagih. Jika ditunggang dengan lebih berhemat, pastinya anda akan dapat jumlah jarak perjalanan yang lebih. Dalam risalah, RS150R mempunyai kapasiti tangki 4.5L manakala Y15ZR pula 4.2L.

Perbezaan lain yang boleh didapati antara RS150R dan Y15ZR adalah saiz tayar hadapan (90/80-17 bagi RS150R dan 70/90-17 bagi Y15ZR), berat (123kg bagi RS150R dan 115kg bagi Y15ZR) serta jarak roda (1,276 mm bagi RS150R dan 1,290 mm bagi Y15ZR).

Sementara itu, RS150R dan Y15ZR juga berkongsi tetapan sama seperti brek cakera hadapan dan belakang, suspensi teleskopik hadapan dan monoshock di belakang dan klac jenis basah. Harga yang dikeluarkan oleh pengilangnya (termasuk GST, tanpa insurans) adalah bermula RM8,213.94 bagi Honda RS150R dan RM8,210.76 bagi Yamaha Y15ZR.

Semua yang penulis nyatakan adalah bagaimana keadaan setiap motosikal ini apabila ia keluar dari kilang (standard) tetapi seperti yang kita ketahui, pada motosikal, sedangkan penukaran sprocket sahaja sudah boleh memberikan pecutan yang berlainan.

Apatah lagi, dua kapcai sports ini menggunakan sistem EFI dengan unit kawalan komputer. Jadi, untuk melaras, hanya perlu menyambung ia pada komputer dan buatlah tetapan yang diingini. Sudah tentu, ia perlu dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dan mempunyai peralatannya.

Sebagai kesimpulan, masing-masing Honda RS150R dan Yamaha Y15ZR mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Sementara RS150R menawarkan prestasi mengagumkan bagi sebuah motosikal yang keluar dari kilang, Y15ZR pula masih mempunyai prestasi lebih tinggi daripada kapcai biasa, malah lebih selesa untuk tunggangan harian. Aspek gaya, ia bergantung kepada individu.

Honda RS150R vs Yamaha Y15ZR

Honda RS150R

Yamaha Y15ZR

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • man perak on Sep 21, 2016 at 7:26 pm

    Jangan lupa…Honda rs150 ada kick starter..dan Yamaha y15 tiada

    Well-loved. Like or Dislike: Thumb up 80 Thumb down 24
  • LipanBara on Sep 21, 2016 at 10:26 pm

    Honda rs ni laju gak beb! Tapi ade certain2 part yg kureng skit… Y15 lak gaya mnonjol cam laju… Tapi ermmm sape da pakai faham lah… Yg pasti dua2 kat kdai mmg mahal harga…

    Like or Dislike: Thumb up 39 Thumb down 13
    • Hidden due to lowcomment rating. Click here to see.

      Poorly-rated. Like or Dislike: Thumb up 28 Thumb down 149
  • ojaykb on Sep 22, 2016 at 4:49 am

    alo encik kalau kesimpuln masing2 ada kelebihan sendiri baik jgn buat review perbandingan.. kalau nak bgtau beza saiz tayar mmg ramai org dah tau.. serius bosan

    Like or Dislike: Thumb up 65 Thumb down 20
  • Veneno on Sep 22, 2016 at 9:15 am

    Saya berminat jugak dengan model RS150R.. Tapi lampu signal yang terjelir tu sahaja yang buruk rupanya.. aduhh.. Regulation entah apa2 yang Malaysia ni ikut.. kat Vietnam dengan Indonesia tu elok sahaja pakai lampu signal asal.. bila dan beli, rasa nak buang saja lampu tersebut dan letak pada posisi asal.. tapi mesti tak lepas JPJ kan..

    Like or Dislike: Thumb up 24 Thumb down 0
    • Veneno on Sep 22, 2016 at 9:16 am

      Bila dah beli****

      Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 4
      • kepalabana on Sep 22, 2016 at 4:03 pm

        lampu signal depan tu kan ada yg aftermarket pnya..bleh la tukaq..klu xsilap racingboy pnya..menarik la sket..led, pstu design mcm segitiga =)

        Like or Dislike: Thumb up 16 Thumb down 0
    • kapla jingga on Sep 22, 2016 at 8:03 pm

      kalau perati btul2,honda dh sediakan perumah khas utk letak signal di bahagian lampu dada dan jugak lampu belakang.terpulang kt kita sama ada nk buang atau x signal yg terjojol tu

      Like or Dislike: Thumb up 17 Thumb down 0
      • Arifzawawi on Jul 31, 2017 at 8:09 pm

        Yup betul bro, banyak yang buat pada belakang sahaja.. kerana nampak lebih kemas. dan depan jarang orang buat. kalau nak dimasukkan. akan ada ruang macam berlubang di depan.

        Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
    • Akmal on Dec 14, 2016 at 10:44 pm

      Untuk pengetahuan, Honda dah sediakan kompartmen untuk signal hadapan dan belakang dan pengguna ada pilihan untuk tukar kepda kompartmen tersebut atau biarkan dan terus komen pasal signal buruk.

      Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 0
    • Jackbroze on Apr 26, 2017 at 12:22 am

      Saya pakai Rs150r matte black. Lampu signal yg terjulur kluar tu saya ubah pada bhg dpan. Tak kena tahan polis pon. Chantek!!

      Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 2
  • warsoul on Nov 01, 2016 at 10:07 am

    RS150R ni tinggi seat lebih selesa dari Y15ZR..
    sesuai utk orang berbadan besar, seating pun selesa.

    Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 3
  • chongchueh on Nov 18, 2016 at 4:30 pm

    rs150 ini memang lebih laju pickup drpd y15, tapi masa fly highway kuarang selesa sebab sofa timbul pada tengah,ganggu puntut duduk dan tunduk .

    Like or Dislike: Thumb up 9 Thumb down 0
  • RS150R rider on Nov 29, 2016 at 12:22 pm

    RS150R ni mmg power.. pickup? Perghhh.. wlpn msh dlm “pantang” (meter blm smp 1000) tp xsedar dh speed up 123km/j.. short distance jer pon.. 500m jer.. sajer jer test power ngan LC135

    Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 7
  • Khairul on Dec 29, 2016 at 12:39 am

    Beza performance sohc dgn dohc ni bro bila high rpm enjin dohc mampu bertahan lebih lg,tak mcm sohc enjin akan stress bila kt high rpm bila mana single cam berkerja utk lebih utk mngerakkan 4 btg valve.. Mmg yamaha tork tggi,tp jgn pertikaikan prestasi enjin dohc bro..mmg ternyata terbukti kehebatannya.. so btter honda lah. Jantungnya lebih baik..

    Like or Dislike: Thumb up 34 Thumb down 3
    • Mana satu yg terbaik dan memuaskan utk jd pilihan Rs150 atau Y15

      Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 21
    • Tapi kete honda pkai sohc kete lain pkai dohc?

      Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 9
      • Nabil on May 18, 2018 at 10:20 am

        Tak semua kereta honda single cam. Banyak macam civic lama ya single cam. Bila ada generation baru semua dah masuk double cam.

        Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Saya pakai RS , dah tukar ECU Honda Sonix 150! just plug in jee,,Huhh selamba jee duduk sebelah member dah buat y15 dia tu 165kmh.RS belum ada barang lagi kat Malaysia ni! Order Online jee barang RS ni baru dapat….tapi best laa Ride RS drp Y15 yg sering hilang minyak 4T dlm enjin tu.

    Like or Dislike: Thumb up 27 Thumb down 5
    • peminat honda on Apr 03, 2017 at 4:20 pm

      tuan amai, mahal ka ecu honda sonic tu ya? plug in dan kene tune semula ke?

      Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 15
    • firdaus razali on Aug 02, 2017 at 9:11 am

      KT MANA BELI BRO?

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 4
    • Khairul on Nov 21, 2018 at 3:56 pm

      Ye ke bos.. Serius ke.. Nak angkat yg mana 1 ni pening la..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • mohamad fadzil on Apr 09, 2019 at 11:42 am

      enjin yamaha memang ada problem,aku pakai lc hingga la FZ150,minyak enjin mesti kurang jln tak jauh pun..1bulan skli tukar minyak hitam.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Yang heran nya tu kenapa R25 dan Y15 yang masih belum settlekan masalah “One way ” bearing utk Y15 yg selalu hilang minyak hitam!R25 condrod jam!Honda CBR250 masih lagi X dapat kebenaran masuk Malaysia ni.Hmm maju kebelakang la pemotoran di sini.

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 1
  • Anuar on Jun 16, 2017 at 8:25 pm

    Penulis tersilap memberikan fakta. Yamaha ada model fz150 manakala honda pun sebenarnya ada. CBR150 yg dikeluarkan tahun 2008-09.

    Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 4
  • Shukri on Oct 24, 2017 at 12:51 pm

    Untuk kelajuan ambik la RS
    Untuk gaya dan keselesaan ambik Y15.
    Kalau mampu ambik la kedua2 nya.

    Like or Dislike: Thumb up 35 Thumb down 1
    • sinchan on Jul 24, 2018 at 10:27 pm

      betul. buka enjin dan fork y15, sumbat enjin dan fork rs dlm body y15. ambik ko, laju dapat selesa pun dapat.

      Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 1
  • Kalau tengok gaya, RS ni tinggi.. sesuai ke untuk orang yang tinggi 162cm naik motor ni?

    Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 1
  • Rashidi Lakimin on Nov 16, 2017 at 3:40 pm

    Honda RS dah sampai LONDON… hehehe

    Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0
  • Kawan on Jan 04, 2018 at 10:11 pm

    Size Head valve Honda rs150 berapa?
    Size head valve yamaha y15 berapa?
    Sapa2 yg experience atau tahu.?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 6
  • DanialZ on May 06, 2018 at 1:36 pm

    Tayar belakang yang mana besar lagi? Yang mana corner rasa syok lagi?

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 2
  • rasdan on Jun 27, 2018 at 9:58 am

    bgi aku rs150 lbih best n lbih lju…bgi aku yg jiwa nk lju ni rs150 ni jdi plihn..sb aku pkai y150zr so aku phm bila org sma saiz ngn ko dua kilo blkg ko tb2 de sblg ko time ko bwk dlm 120…kcewa beb sb rs150 ni ptong ko smbol ko trkbil2 kat blkg

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 1
  • IzzO_TherMo on Jul 19, 2018 at 2:33 pm

    Aku punya RS150 baru keluar semalam.Alhamdulillah. Ikutkan ketinggian aku (160) Y15 yg lebih sesuai. Tapi pedulik ape aku, dah minat. Lagipon bukannya kaki ko letak atas tanah time bawak motor. Cuma seat je kurang selesa. dan mcm duk atas batang kelapa. sponge seat boleh tukar ka? mintak pandangan skit guys.

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
    • Pokchu on Aug 02, 2018 at 5:16 pm

      Boleh… nk customers bubuh jelly pon boleh…kawan sy ade buat servis seat

      Like or Dislike: Thumb up 11 Thumb down 0
    • Nor azni on Feb 06, 2023 at 5:01 pm

      Kalau future 2016 bkn mcm batang nyiur bos mcm batang konkrit aje

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
    • Noor azni bin senik on Apr 06, 2023 at 8:55 pm

      aku beli future 2017 seat bkn mcm batang kelapa tapi batang besi terus

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Useyus on Oct 16, 2018 at 3:09 pm

    Beli ikut mane ksukaan.beli sbb ikut org nnt bla nmpk yg ksukaan lalu or ptong d tgh jlan ati x tnang.mcm plihan hati.jgn sbb tpkse or dpaksa.2-2 ad klebihan & kkurangan.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
  • mbros y15 on Sep 04, 2019 at 9:23 am

    Pakai y15,..slalu pakai topspeed,minyak kuat..banding rs,pulas 3/4 je dh sama topspeed y15..standard..mana nk speed n ktahanan mmg rs,mana yg suka makeup moto lyn y15..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
    • Joe kampung on Dec 14, 2019 at 2:37 pm

      Masa sy guna y15zr tetiba ex5 potong aQ dlm kelajuan 120, cilako betul. Haha. aQ jual y15zr sy angkat ex5 brooo…

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required