VIDEO: Proton tayang sedutan teaser Saga 2016

Proton baru sahaja menayangkan sedutan teaser bagi Saga 2016 menerusi Facebook. Saga 2016 dijadual bakal dilancarkan pada 28 September ini dan telah pun mula membuka tempahan sejak Sabtu lalu, 24 September.

Ia bakal dijual pada harga jangkaan bermula RM37,000 hingga RM46,000 (harga sebenarnya akan diumumkan pada majlis pelancarannya). Enam warna ditawarkan iaitu hitam, merah, putih, kelabu (baharu), biru (baharu) dan perak. Setiap pembelian turut dilindungi waranti 3 + 2 tahun atau 150,000km yang mana tiba dahulu.

Saga 2016 ini ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard (MT), Standard (AT), Executive (AT) dan Premium (AT). Kesemuanya akan menggunakan enjin sama seperti yang ada pada model Iriz iaitu unit 1.3 liter VVT (menggantikan enjin lama IAFM+), dengan kemampuan 94 hp pada 5,750 rpm dan 120 Nm tork pada 4,000 rpm. Pilihan transmisi pula terdiri daripada manual lima-kelajuan (Standard sahaja) dan CVT (semua varian).

Kurang seminggu daripada tarikh pelancarannya, Proton turut berkongsi perincian spesifikasi bagi setiap varian yang ditawarkan pada Saga 2016. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, sila KLIK PAUTAN INI.

Bagi varian Standard, elemen yang didatangkan termasuklah rim 13-inci dengan penutup plastik, lampu kabus belakang, pengesan jarak hadapan dan belakang, dua beg udara, unit audio Single-DIN (dengan sambungan Bluetooth), tempat mengecas USB dan cagak Isofix. Ia juga menggunakan cermin sisi, pemegang pintu dan hiasan belakang hitam tanpa cat serta tempat duduk fabrik dan kemasan dalam bertemakan warna hitam.

Manakala bagi varian Executive pula, didatangkan dengan pilihan transmisi CVT dan ia ditambah dengan unit audio Double-Din, cermin sisi (boleh dilaras secara elektronik), pemegang pintu dan hiasan belakang sama warna seperti badan, B-pillar dicat hitam, lampu kabus hadapan dan penghadang angin pada but belakang. Penambahan lain adalah rim aloi 14-inci, kemasan kelabu berkilat pada corong luar pendingin hawa dan stereng serta tempat duduk fabrik bercorak mesh.

Varian tertinggi iaitu Premium pastinya ditampilkan dengan ciri tambahan termasuklah Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Bantuan Mula Mendaki, bersama rim aloi 15-inci dan hiasan belakang berwarna krom. Selain itu, pembeli Saga Premium juga akan menerima kamera undur di mana paparannya akan terpapar pada cermin pandang belakang (seperti pada model spesifikasi tinggi Exora), unit audio Double-DIN dengan butang kawalan di stereng, tempat duduk fabrik bercorak gelombang dan lebih lagi kemasan kelabu pada tombol gear.

Paultan.org juga telah diberi peluang untuk menguji Saga 2016 ini di trek ujian Proton, Subang Jaya, pada pagi Khamis lalu. Ternyata ia berbeza dengan model Saga terdahulu. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya, sila baca ulasan pandu uji Saga 2016 ini.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • wak jo jambul on Sep 26, 2016 at 4:56 am

    alahai baru keluar bezza, saga ni meruntun jiwa waaaa nyesal

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • robbenplus on Sep 26, 2016 at 6:47 pm

    Same je…takde ape nok heran…smakin kebelakang body proton ni…tgok persona baru…apel jenis designla….tak menarik langsung..proton kalau nk lebih berdaya saing kene tambahbaik pada design setiap kereta yg baru nk keluar

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 9
    • Macam lah kau ni designer.. Kalau tak suka, design lah kereta sendiri.. Design yang menarik supaya semua orang boleh beli.. Jangan cakap banyak..

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required