DBKL bakal laksanakan caj laluan di KL selepas MRT Line 1 beroperasi; elak kesesakan dalam pusat bandar

dbkl parking tow bernama pix

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang mempertimbang untuk melaksanakan sistem caj kesesakan di pusat bandaraya selepas perkhidmatan mass rapid transit (MRT) Line 1 mula beroperasi kelak.

Merujuk kepada lporan The Edge, seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Perancangan Bandar DBKL, Nik Mastura Diyana Nik Mohamad, DBKL sedang melihat kepada perincian pelaksanaannya, namun kadar harga bagi jenis-jenis kenderaan masih belum ditentukan.

“Kami akan melaksanakannya (kadar caj laluan). Ia merupakan usaha terakhir bagi mengatasi masalah kesesakan dalam bandar,” jelas beliau. “Kami masih mengkaji perinciannya ketika ini. Kami juga sudah mendapatkan maklum balas orang ramai, tidak hanya berkaitan kadar harga caj, tetapi lebih kepada bagaimana untuk mengubah lanskap pengangkutan awam di Kuala Lumpur,” tambahnya.

Fasa pertama MRT Line 1, jajaran dari Sungai Buloh ke Semantan di Damansara Heights dijadualkan memulakan operasi pada Disember. Sementara fasa dua pula, dari stesen Semantan ke Kajang akan mula beroperasi pada Julai 2017.

Nik Mastura turut menambah, rancangan pelaksanaan caj laluan berkenaan memang sudah termasuk di dalam Rancangan Struktur Kuala Lumpur 2020, dengan matlamat untuk menggalakkan orang-ramai menggunakan pengangkutan awam. “Kita tidak dapat melaksanakannya sekarang kerana orang ramai tidak mempunyai pilihan alternatif ketika ini,” jelasnya.

Polisi ini bertujuan untuk mengelakkan orang ramai daripada menggunakan kenderaan persendirian di dalam pusat bandaraya yang menjadi punca kesesakan. “Ini sama seperti apa yang sudah dilakukan di Singapura. Jika anda memasuki kawasan pusat bandaraya dalam tempoh tertentu, yang menjadi punca kesesakan, anda perlu bayar,” tambah beliau.

Sejak 1975, Singapura telah memperkenalkan Area Licensing Scheme (ALS) di kawasan-kawasan larangan tertentu. Ia kemudiannya dilanjutkan kepada lebuhraya utama melalui Road Pricing Scheme (RPS).

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • mangkukhayun on Oct 07, 2016 at 12:28 pm

    tahniah DBKL, duit menjadi keutamaan dan kemudian dicipta beribu alasan untuk mencekik duit rakyat.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • adoiii…nak citer pasal singapore…halooo public transport kat malaysia makin teruk ok…
    macam mana nak guna…nanti lambat sampai office…poor service…saya salah seorang pengguna public transport di kl for more than 10year ok….

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • idea yang tak boleh pakai…

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Useless on Oct 08, 2016 at 9:01 pm

    Nak tgk singapore tp belum tahap singapore lagi.. nak tgk japan tp belum tahan japan lagi.. bile tgk thailand, katanya thailand rendah tahapnya.. nak banding dgn tahap gajinya tinggi tp perbelanjaan ke sesuatu tmpt adalah murah.. kalau.. gaji baru 1,000 (gaji minimum kerajaan) nak tolak train.. minyak kete ke train, bayaran parking di tmpt train (tu kalau xde barang ilang atau rosak)… makan.. minum.. tolak epf.. tinggal 500.. makan family n nak bawak anak2 berjalan lagi dan lain2??? Tak paham dengan pemikiran org atas2..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required