G30 BMW 5 Series diperkenal – di pasaran Feb 2017

g30-bmw-5-series-5

BMW 5 Series baharu yang imej pertama rasminya telah didedahkan kelmarin, kini diperkenalkan sepenuhnya. Generasi ketujuh G30 ini, akan mula memasuki pasaran pada 11 Februari 2017, kelihatan sedikit kecil tetapi lebih atletik bagi model semasa G11/G12 7 Series. Sesuai untuk mereka yang mencari model yang lebih kompak dari itu.

Bagi penggayaanya, seperti yang digambarkan, ia tidak begitu jauh berbeza dengan F10, tetapi memiliki wajah yang lebih ketara dan sporty jika dilihat dari hadapan, dengan garisan sisi yang lebih lurus serta garisan bawah “hockey stick” pada pintu, yang menampakkan sisi profil lebih kemas.

G30 ini memiliki ukuran 4,936 mm panjang, selebar 1,868 mm, setinggi 1,479 mm, dan jarak roda 2,975 mm. Malahan ia juga lebih ringan berbanding F10, di mana BMW berkata ia adalah hasil aplikasi konsep rekaan
BMW EfficientLightweight, dengan menambah penggunaan material aluminium dan keluli ketahanan tinggi, sekaligus mengurangkan beratnya sebanyak 100 kg.

Dengan pilihan dua enjin diesel dan dua unit petrol, ia juga dipadankan sama ada dengan pacuan roda-belakang atau pacuan semua-roda BMW xDrive intelligent. Kesemua enjin turut dibangunkan dengan unit kuasa modular BMW EfficientDynamics. Secara keseluruhannya, terdapat 11 varian yang akan ditawarkan menjelang Mac tahun hadapan.

g30-bmw-5-series-8

Manakala Februari ini menyaksikan pengenalan bagi 530i, 540i, 520d dan 530d. Varian 530i dan 530i xDrive dijanakan oleh enjin petrol 2.0 liter empat-silinder, dengan padanan transmisi Steptronic lapan-kelajuan.

Kuasa yang dkuasakan bagi unit ialah 252 hp dari 5,200 ke 6,500 rpm, sementara tork pula 350 Nm dari 1,450 ke 4,800 rpm, dengan angka prestasi termasuk 0-100 km/j dalam hanya 6.2 saat (6.1 saat untuk xDrive), kelajuan maksimum 250 km/j dan penggunaan kombinasi bahan api pula sekitar 5.4 liter bagi setiap 100 km (5.7 liter per 100 km bagi xDrive).

Manakala bagi varian 540i dan 540i xDrive pula, dipadankan dengan enjin petrol enam-silinder, juga bersama transmisi Steptronic lapan-kelajuan. Dengan enjin 3.0 liter ini, ia mampu menjana kuasa sehingga 340 hp dari 5,500 hingga 6,500 rpm dan tork pula 450 Nm pada 1,380 hingga 5,200 rpm. Pacuan dari 0-100 km/j oula hanya 4.8 saat bagi varian xDrive, dan 5.1 saat untuk varian standard 540i.

Bagi varian 520d dan 520d xDrive pula, ia dilengkapi dengan unit diesel 2.0 liter bersama transmisi sama ada manual enam-kelajuan atau Steptronic lapan-kelajuan bagi 520d, dan Steptronic lapan-kelajuan untuk versi xDrive. Kuasa yang dihasilkan sekitar 190 hp pada 4,000 rpm dan tork 400 Nm dari 1,750 hingga 2,500 rpm. Angka prestasi pula termasuk 0-100 km/j dalam hanya 7.6 saat untuk varian yang dilengkapi dengan Steptronic, dengan kelajuan maksimum 237 km/j.

Untuk varian 530d dan 530d xdrive pula, ia dipadankan dengan enjin 3.0 liter enam-silinder yang mampu menghamburkan kuasa 265 hp pada 4,000 rpm dan tork 620 Nm dari 2,000 hingga 2,500 rpm. Pacuan dari 0-100 km/j pula sekitar 5.7 saat untuk 530d (5.4 saat bagi xDrive), dengan kelajuan maksimum 250 km/j.

Selepas pelancarannya pada Februari ini, BMW bakal menambah lagi tiha varian enjin, iaitu enjin diesel empat-silinder dengan kuasa 190 hp untuk BMW 520d EfficientDynamics Edition dan model plug-in hybrid yang juga didatangkan bagi varian 530e iPerformance dengan kuasa 252 hp.

Manakala M550i xDrive menjadi varian tertinggi, yang bakal dijanakan oleh enjin 4.4 liter V8 dengan kuasa 462 hp dan tork 650 Nm dan 0-100 km/j dalam 4.0 saat.

Secara standard, semua varian dilengkapi dengan lampu utama bersama teknologi LED, dengan pilihan lampu utama Adaptif LED serta adaptive roundabout lights dan Selective Beam dengan silauan lampu tinggi dalam jarak sehingga 500 meter.

g30-bmw-5-series-119

Untuk bahagian kabinnya, ia dilengkapi dengan sistem iDrive generasi terkini, dengan menawarkan spesifikasi tertinggi termasuk navigasi, telefon dan hiburan, serta fungsi kenderaan, dengan semua maklumat terpapar menerusi skrin resolusi tinggi bersaiz 10.25-inci. Malahan ia juga dilengkapi dengan paparan utama warna sepenuhnya dengan permukaan 70% lebih besar.

BMW turut menawarkan pilihan storan yang diperluaskan dan ruang kaki yang juga lebih luas bagi tempat duduk penumpang belakang. Selain itu, ia turut menampilkan fungsi mengurut dan kawalan suhu empat-zon dengan ionisation dan pewangi.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan teknologi ParkNow, On-Street Parking Information, Assistant Parking yang khas untuk mencari ruang parkir kosong. Melengkapkan lagi elemen baharu yang ditawarkan termasuk Appla CarPlay dengan kemudahan pengecasan telefon dan Wifi hotspot yang mampu mengesan 10 peranti dan BMW Connected.

Elemen pilihan seperti sistem Kawalan Jauh Parkir juga turut disediakan, termasuk Remote View 3D, yang membolehkan pemilik “melihat” kereta menerusi kawalan jauh BMW Connected.

Seperti yang dijangka, terdapat beberapa sistem bantuan pemanduan juga boleh didapati menerusi modeo G30. Ini termasuklah kamera stereo yang dipadankan dengan pilihan radar dan pengesan ultrasound untuk memantau keadaan sekeliling kereta.

Elemen baharu yang turut ditampilkan termasuklan amaran lintasan trafik dan evasion aid bagi bantuan mengubah haluan dan bantuan kekal laluan serta perlindungan pelanggaran sisi.

Model ini juga menawarkan pemanduan automatik dengan memperluaskan lagi fungsinya bagi pilihan sistem kawalan kelajuan aktif (ACC) dan bantuan kekal laluan. Malah turut menampilkan kawalan kelajuan dengan pilihan Bantuan Kelajuan Pintar bagi sistem kawalan kelajuan. Ia dilaraskan dari titik pegun sehingga 210 km/j, dan sistem ini boleh mengawal pendikit, brek dan stereng.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required