SPYSHOT: Chevrolet Corvette ZR1 generasi C7

c7-zr1-spied-2-850x426-bm

Model terbaru Chevrolet Corvette ZR1 generasi C7 yang akan tiba, pernah dilihat melakukan ujian di atas jalan raya dengan penggunaan sayap udara di bahagian belakangnya. Kini, muncul lagi gambar baharu kenderaan yang sama untuk model varian tertinggi Corvette ini.

Apa yang boleh dilihat adalah saluran udara lebih besar pada kedua-dua penjuru bampar hadapannya untuk menyampaikan lebih udara kepada sistem turbo yang digunakan sementara di bahagian sisi pula, kemasan side skirt sudah wujud sebagai tambahan berbanding kali terakhir ia dilihat atas jalan raya.

c7-zr1-spied-11-850x358-bm

Chevrolet Corvette ZR1 generasi C7 menggunakan enjin V8 twin-turbo yang berkemampuan lebih daripada 700 hp sementara Corvette Z06 paling tinggi sekarang menggunakan enjin 6.2 liter V8 supercas yang berkuasa 650 hp dan 861 Nm tork.

Pada bahagian belakang, tapak untuk meletakkan sayap udara yang dikatakan tadi masih ada, manakala ekzos pula kini menggunakan dua corong yang keluar pada bahagian tengah, menggantikan empat corong yang digunakan sebelum ini pada model Z06. Panel belakang yang ditutup dengan pelekat camouflage juga menunjukkan bahagian ini adalah baru dan akan digunakan pada model ZR1 apabila ia muncul secara rasmi di khalayak ramai, dijangkakan pada tahun 2018 nanti.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required