Toyota, Suzuki jalin kerjasama perniagaan – eksplorasi teknologi persekitaran, keselamatan dan informasi

20161012_01_02

Suzuki Motor Corporation dan Toyota Motor Corporation telah mengumumkan kerjasama perniagaan bagi mengeksplorasi perkara-perkara utama dalam teknologi semasa. Ini termasuklah dalam teknologi persekitaran, keselamatan dan informasi yang akan diguna pakai dalam pembangunan produk automotif.

Kerjasama ini terjalin didorong oleh perubahan drastik dan berterusan di dalam industri automotif dunia. Lantas, Toyota dan Suzuki sepakat untuk bekerjasama dalam kajian dan pembangunan (R&D) bagi bidang berkaitan, yang akan dikendalikan oleh syarikat individual, dan ini termasuk juga dengan pembangunan infrastruktur, bagi mencapai standard industri baharu.

toyota-c-hr-1-bm

Dengan tumpuan utamanya bagi kenderaan mini, Suzuki telah konsisten dengan teknologinya supaya dapat membangunkan model kenderaan yang berdaya saing. Walau bagaimana pun, dalam berdepan dengan kemajuan teknologi, Suzuk merasakan suatu yang ketidakpastian. Manakala Toyota pula yang telah mempunyai R&D bagi teknologi persekitaran, keselamatan dan teknologi informasi, merasakan pesaing mereka di Amerika Utara dan Eropah lebih kehadapan.

Maka kerjasama antara dua jenama besar dalam industri automotif ini dilihat mampu memacu langkah yang lebih gemilang dalam kepentingan perniagaan masing-masing. Justeru, gabungan kelebihan masing-masing mampu membuatkan mereka juga kehadapan seperti pesaing besar di peringkat antarabangsa.

Suzuki_Ertiga_Dreza-2

Menurut Pengerusi Suzuki, Osamu Suzuki, “Toyota merupakan peneraju industri dan sebuah syarikat yang paling dipercarai untuk menampilkan teknologi masa hadapan yang termaju. Kerjasama Suzuki dengan Toyota ini adalah bagi mengeksplorasi idea dan pembangunan dalam bidang berkaitan.”

Manakala Akio Toyoda, Presiden Toyota pula berpendapat, perubahan dalam industri automotif berlaku secara drastik dan ini mendorong syarikatnya untuk melangkah lebih maju ke hadapan. “Dengan kerjasama ini, ia mampu mempertingkatkan lagi bidang R&D bagi kedua-dua jenama. Malah bagi Toyota sendiri, kami sangat mengalu-alukan kerjasama sebegini.”

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required