Suzuki GSX-R250 2017 ditunjuk di China – 24.6 hp

2017-suzuki-gsx-r250-4-bm

Dengan pengesahan bahawa Suzuki GSX-R1000 L7 akan memasuki pasaran pada tahun 2017, bersama dengan GSX-R125 yang lebih kecil, Suzuki kini menunjukkan pula model GSX-R250 2017. Menurut laporan dalam laman web media di China, model ini akan bersaing dengan banyak lagi motosikal dalam kelas 250 cc dan membawa banyak gaya rekaan seperti GSX-R1000.

Menggunakan enjin 248 cc dua silinder selari yang diambil daripada model Inazuma, GSX-R250 ini mampu menghasilkan 24.6 hp pada 8,000 rpm dan 23.4 Nm tork pada 6,500 rpm. Kuasa disampaikan melalui kotak gear enam kelajuan dan secara keseluruhannya ia mempunyai berat 178 kg. Tangki minyak yang disediakan pula mempunyai kapasiti 15 liter.

Tugas membrek dilaksanakan sistem cakera di hadapan dan belakang, masing-masing bersaiz 290 mm dan 240 mm, manakala tempat duduk pula mesra pengguna dengan ketinggian 780 mm. Suzuki GSX-R250 akan dibuat di kilang Suzuki Motorcycle di Changzhou Haojue, China dan ia disediakan dalam pilihan enam warna iaitu Poseidon Blue, Glacier White, Cool Black, Fashion Black, Transparent Red/Black dan Crystal Blue/White. Ia dikata akan mula dipasarkan di China pada bulan November 2016.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required