Kilang pengeluaran enjin Daihatsu-Perodua di Sendayan dilancarkan; libatkan pelaburan RM500j

dpem-opening

Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn Bhd (DPEM), yang menelan belanja dan pelaburan RM500 juta secara bersama antara Daihatsu Motor Co. Ltd. dan Perodua dilancarkan secara rasmi hari ini. Terletak di Sendayan Techvalley, Negeri Sembilan, pembukaan ini menandakan satu lembaran baharu bagi pengilangan dan pengeluaran enjin bagi kedua-dua jenama ini di Malaysia.

Kemudahan terbaharu ini merupakan pelaburan kedua terpenting Daihatsu di Sendayan selepas membangunkan kilang pengeluaran transmisi Akashi Kikai Industry (M) Sdn Bhd pada Jun 2015, yang terletak bersebelahan, dengan matlamat untuk hab pengeluaran sistem janaan kuasa kenderaan (enjin dan transmisi) di sini.

“Dengan kedua-dua kilang ini mula beroperasi, kami berupaya menawarkan penyelesaian komponen enjin yang komprehensif kepada pengeluar original equipment menufacturers (OEM),” jelas Pengerusi DPEM, Tan Sri Asmat Kamaludin.

Tambah beliau lagi, setakat ini kilang berkenaan telah mempunyai dua OEM bagi mengeluarkan produk mereka dan dalam masa sama sedang mengintai peluang untuk mencari lebih banyak pengeluar lain untuk menawarkan komponen enjin yang dihasilkan di kilang berkenaan. Menurut pemahaman kami, selain Perodua, satu lagi OEM yang dimaksudkan ialah Toyota.

Perodua_Bezza_Ext-33

DPEM mempunyai kapasiti untuk menghasilkan 216,000 enjin setahun melalui kitaran dua syif pengeluaran. Setakat ini, sebanyak 35,000 enjin telah dihasilkan, menyaksikan 90% daripada jumlah berkenaan adalah untuk Perodua.

Akashi Kikai menyediakan kepada Perodua komponen transmisi automatik elektrik serta transmisi manual bagi model Axia dan Bezza, manakala DPEM yang sudah mula beroperasi sejak Mei lalu menyediakan komponen enjin bagi Bezza. Menurut Tan Sri Asmat lagi, kedua-dua DPEM dan Akashi Kikai diwujudkan untuk merebut peluang liberalisasi pasaran automotif dengan menawarkan komponen enjin berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.

“Dengan keterbukaan pasaran dan industri automotif, adalah perlu untuk turut serta di dalamnya dan berusaha untuk menggalakkan pertumbuhan bagi pasaran ASEAN kerana pasarannya yang sedang berkembang,” tambah beliau.

Kilang DPEM mempunyai keluasan kawasan keseluruhan 35 ekar, dengan premis kilang didirikan di atas keluasan 5 ekar dan mempunyai 202 orang pekerja; lengkap dengan kemudahan lain seperti bilik sembahyang, kantin, milik almari serta asrama kepada pekerja yang memerlukan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

 

Add a comment

required

required