Lotus Cars dikhabarkan mencatat keuntungan pertama dalam temppoh hampir 40 tahun Ogos lalu, dan kini berkemampuan untuk menyediakan dana pembangunan bagi produk generasi seterusnya selepas ini – ia akan dimulakan dengan model serba baharu Lotus Elise pada tahun 2020.
Autocar UK melaporkan, ketuanya, Jean-Marc Gales menerajui usaha rancangan pemulihan (kewangan) berkenan ketika menyertai syarikat itu dua tahun setengah yang lalu. Beliau memberi tumpuan kepada mempertingkat barisan kenderaan sedia ada, mengurangkan kos serta membuatkan syarikat itu berada dalam keadaan kewangan yang stabil dan cekap; sesuatu yang tidak pernah di capai oleh Lotus sejak tahun 2000.
Penambah baikan terhadap model sedia ada menyaksikan versi dengan kemaskini penting bagi model-model Elise, Exige dan Evora semasa. Kini, Gales dan Lotus sudah memulakan pembangunan barisan model-model baharu; yang pertama ialah model Elise yang dijangka diperkenalkan pada tahun 2020 nanti.
Kemudiannya, model Exige pula akan menurut jejak yang sama. Versi baharu casis aluminium yang lebih dinamik juga sedang dibangunkan. Gales menjelaskan barisan model-model baharu itu nanti akan mewarisi saiz dan dimensi yang lebih kurang sama dengan model lama, serta kekal di bawah berat 1,000 kg.
Gales turut berkata, Lotus kini beroperasi secara positif dengan jualan tahunan sekitar 1,700-1,800 unit terjual tahun ini. Tahun depan, jualan disasarkan sebanyak 2,000 unit, diikuti 2,500 unit pada tahun berikutnya. Sebaik sahaja Elise dan Exige serba baharu diperkenalkan nanti, Lotus mensasarkan untuk menjual 4,000 unit modelnya. Evora baharu akan mengikuti selepas itu, pada tahun 2022.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.
Lotus Elise Generasi seterusnya pada 2020.. Diikuti Lotus Evora Generasi seterusnya 2022.. Mungkin selepasnya Lotus Exige 2024.. Khabarnya 3 model baru tersebut akan menggunakan enjin petrol dan enjin elektrik sepenuhnya..