Parkir kenderaan secara mengundur adalah jauh lebih baik dan selamat; ini antara sebab-sebabnya

reverse-parking-2

Sebagai maklum balas kepada sebuah artikel yang diterbitkan The Star yang mendapat perhatian di media sosial hari ini, berkenaan kecenderungan pemandu di Malaysia yang memilih untuk memasuki ruang letak kereta secara mengundur. Di sini, kami ingin pula menjelaskan mengapa cara itu sebenarnya adalah lebih baik dan selamat dan bukannya bermasalah seperti yang dibangkitkan dalam artikel berkenaan.

Antara lain, penulis artikel berkenaan merungut, disebabkan pilihan untuk parkir secara mengundur itu, yang “sepatutnya hanya melibatkan pusingan 3-poin tetapi kemudiannya menjadi 83-poin kerana pemandu tidak cekap dan sebagai akibat, hal itu menyusahkan pula orang lain yang terpaksa menunggu dan kemudian, menyebabkan kesesakan.”

Ini pula pandangan balas kami berkaitan hal berkenaan. Memang benar, kemampuan dan kemahiran memandu dan menganggarkan jarak adalah berbeza daripada seorang individu dengan individu yang lain – itu tidak disangkal. Namun, memasukkan kenderaan secara mengundur pada ruang parkir adalah jauh lebih baik dan cekap berbanding memandu masuk bahagian depan dahulu.

Jika seseorang yang kurang mahir memandu dan ingin memasukkan kenderaan pada ruang parkir, ia akan memerlukan lebih banyak masa juga – tidak kira ketika memandu masuk bahagian depan kenderaan dahulu atau secara mengundur – berapa banyak masa, itu bergantung kepada individu terlibat.

reverse-parking-1

Namun, memasuki ruang letak kenderaan secara mengundur adalah lebih selamat; pendekatannya juga lebih cekap dan berkesan bagi pemandu. Mengapa? Ini mungkin lebih tertumpu ketika anda ingin mengeluarkan semula kenderaan kemudiannya dari ruang letak kereta berkenaan.

Jika masuk parkir secara mengundur, kereta anda akan menghadap keluar; ini memudahkan penglihatan pemandu terhadap keadaan trafik dan lalu lintas ketika ingin mengeluarkan kenderaan selepas itu. Bayangkan, misalnya jika ada orang atau kanak-kanak yang berjalan, dan ingin melintasi kenderaan anda.

Dalam kedudukan kenderaan memelakangi aliran trafik (sekiranya memasuki tempat parkir bahagian depan kenderaan dahulu), penglihatan adalah sangat terhad. Risiko untuk terlepas pandang pejalan kaki juga lebih tinggi ketika anda dalam proses mengeluarkan kenderaan dari kedudukan yang begitu. Bukankah kita juga sudah kerap mendengar banyak kemalangan yang berlaku – yang melibatkan kanak-kanak misalnya – ketika pemandu mengundurkan kenderaan?

Melainkan kenderaan anda dilengkapi ciri kamera undur yang imejnya dipaparkan pada skrin, pergerakan orang atau kenderaan lain di luar mungkin sedikit mudah diperhatikan. Tetapi, jika anda memasuki ruang letak kereta secara mengundur, ketika ingin keluar kemudiannya, keadaan adalah lebih selamat bagi anda dan juga orang lain yang ada disekitar; pemandu dapat memerhatikan persekitaran dengan lebih baik.

sync3-reverse-camera

Ini kerana, anda akan menyedari setiap pergerakan yang mungkin ada – kereta lain atau orang – hanya kerana sebagai pemandu, anda menghadap secara berdepan dengan arah laluan yang ingin dituju; itu jauh lebih selamat berbanding ketika perlu mengundur keluar. Selain itu, pemandu juga akan menjadi lebih peka.

Tambahan pula ketika berhadapan dengan pemandu lain yang tidak mahu memberikan kerjasama atau bertolak ansur dengan anda ketika sedang ingin mengeluarkan kenderaan dari parkir. Jika kenderaan menghadap keluar, anda sebagai pemandu boleh berinteraksi secara terus dengan pemandu lain di depan, menggunakan isyarat tangan atau pandangan mata untuk meminta laluan yang lebih mudah ketika ingin keluarkan kenderaan – cara ini juga biasanya akan menjadikan situasi lebih tenang untuk semua, dan bukan sebaliknya.

Ada juga kelebihan lain parkir secara mengundur ini. Katakanlah, anda terlupa menutup lampu depan, dan selepas beberapa tempoh, bateri akan habis dan kenderaan anda enjinnya tidak boleh dihidupkan. Dalam posisi muka kenderaan menghadap ke luar, sangat mudah untuk orang membantu “jump-start” kereta anda. Begitu juga sekiranya kenderaan tiba-tiba rosak dan perlu ditunda ke bengkel; ia akan memudahkan urusan penundaan tersebut.

Kelihatannya, memasuki ruang letak kereta secara mengundur kami fikir adalah lebih baik dan berkesan dalam banyak keadaan. Lebih penting lagi, pendekatan selamat yang mampu diberikannya kepada pemandu serta pengguna lain dalam persekitaran yang sama – kita sendiri pasti pernah berdepan dengan situsi sukar ketika ingin mengeluarkan kereta secara mengundur kerana tidak jelas penglihatan terhadap aliran trafik yang ada disekitar.

Jika anda belum pernah atau merasakan susah untuk memasuki parkir secara mengundur, apa kata anda cuba dahulu selepas ini dan bandingkan. Kami berpendapat cara ini lebih selamat. Anda pula bagaimana, ada pandangan yang berbeza?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • Safety Practitioner on Dec 05, 2016 at 5:26 pm

    Selain itu juga reverse park juga adalah amalan keselamatan yang baik di mana ianya memudahkan proses evakuasi terutamanya dikawasan yang berisiko tinggi seperti kawasan loji minyak dan gas. Which is some big company that emphasize safety, reverse park has become procedure or mandatory practices when parking their vehicle..Furthermore, reverse park are easier for big and long vehicle

    Like or Dislike: Thumb up 17 Thumb down 0
  • DZUL HAQIMIE BIN MOHD on Dec 05, 2016 at 6:56 pm

    Saya pernah berkursus di Terengganu Safety Training Centre di kemaman. Perkara pertama didalam kelas yang disoal instructor adalah kamu parking kereta macam mana?. Pada yg parking “nose in” sila ubah pada masa rehat nanti.. kenapa pulak ya.. saya bersetuju parking “nose out” atau reverse parking lebih baik kerana ketika situasi kecemasan, masa yg diambil untuk keluar dari kawasan adalah lebih singkat berbanding nose in. Mereka yg parking nose in akan menggannggu flow keluar kenderaan dari kawasan berkenaan.. traffic akan terhenti lama kerana terpaksa menunggu anda reverse dulu sebelum boleh keluar dr kawasan. Banyak lg perkara mungkin pihak paultan sendiri boleh belajar di TSTC kemaman. Antara yg baik, bagaimana menghadapi situasi kebakaran dirumah, cara keluar dari rumah yg sedang terbakar. Saya menghadiri kursus helicopter underwater escape training sbg persediaan bekerja di offshore.

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • izhar on Dec 05, 2016 at 10:46 pm

    Parkir yang 90 degree tu dipanggil parkir mengundur , parkir yang senget 45 degree tu namanya parkir hadapan. Itupun susah nak faham ke malaysia ni? Tak belajar kat sekolah memandu ke?

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • There always pros and cons, one of it your car is vulnerable of illegal or theft towing

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 1
  • Wak Yus on Dec 06, 2016 at 11:57 am

    Memang menjadi amalan saya revers park…sejak dapat lesen kereta dari tahun 1995 sehingga skrg.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • waffy on Dec 06, 2016 at 5:59 pm

    Masalahnya ada orang yang tak sabar..kalau nk reverse park kita bagi signal awal lagi pun dia masih rapat juga dengan kereta kita.jadi itu la yang lambatkan nk reverse park..kalau kenderaan belakang faham dan bagi ruang yang cukup ia tak akan ganggu trafik.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Zulhelmi Shaari on Dec 23, 2016 at 12:33 pm

    Setuju dengan reverse parking practice. Memudahkan urusan sendiri dan orang lain. Keselamatan pun terjamin bagi mereka yang tidak mempunyai rear view camera.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Ramzul Ramli on Nov 30, 2019 at 12:50 pm

    Try parking reverse when you do full trolley of groceries shopping. Park sempit how to load your groceries into your car boot?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required