Perodua tidak boleh pasang ESC pada model semasa, kecuali Bezza – model baharu dijangka pada 2018?

Perodua_Bezza_Advance_Fullcar-3

Minggu lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan kerajaan mempunyai perancangan mewajibkan semua kenderaan perlu dilengkapi dengan ciri kawalan kestabilan elektronik (ESC) menjelang Jun 2018. Berhubung dengan perkara itu, Perodua memberitahu keadaan bagi kenderaan mereka.

“Kita (Perodua) sudah memperkenalkan sistem ini pada model Bezza, yang mana direka untuknya. Bagi model semasa lain, ia tidak dibangunkan untuk dilengkapi dengannya. Kita tidak boleh sekadar terus memasangnya pada model yang tidak dibangunkan untuknya,” kata presiden dan ketua pegawai eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.

Walaubagaimanapun, beliau turut menyatakan, Perodua sentiasa mengalu-alukan sebarang langkah untuk meningkatkan keselamatan. Pada masa sama, Perodua juga perlu meneliti kos dan pembangunan untuk melengkapkan kenderaan mereka dengan ciri keselamatan ini.

“Pada masa ini, izinkan kami berbincang terlebih dahulu dengan kerajaan kerana perkara ini masih berada di dasar. Masih banyak perkara yang belum dijelaskan berkenaan perkara ini. Seterusnya barulah langkah boleh diambil,” tambah Aminar.

Jika benar keperluannya adalah semua model baru yang dijual bermula Jun 2018 perlu dilengkapi ESC dan model Perodua selain Bezza tidak boleh dilengkapi dengannya, kami menjangkakan mungkin beberapa model serba baru akan diperkenalkan pada waktu itu. Model apa yang anda mahu lihat diperkenalkan?

Apabila ditanya adakah akan ada model baru yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan, Aminar meminta maaf kerana tidak boleh mendedahkannya. Apa yang diberitahu, mereka semestinya mempunyai perancangan untuk model yang lebih segar bagi mencapai sasaran jualan, tetapi bagi model serba baru, ia tidak didedahkan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 

Comments

  • Alson P on Dec 05, 2016 at 3:22 am

    Sayang sekali.. Model Axia juga tidak boleh dilengkapi ESC.. Model lain seperti Alza dan Myvi sudah terlalu tua dan Perlu ada model pengganti pada tahun 2018 yang dilengkapi dengan ESC..

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  • Alson P on Dec 06, 2016 at 4:45 am

    Perodua sudah ada Jalan penyelesaian untuk situasi tersebut.. Menjelang 2018 Perodua akan rebadge model² Daihatsu yang dilengkapi ESC.. Model² Toyota dari segment-A juga menjadi pilihan kejuruteraan rebadge Perodua.. Untuk pembangunan Perodua boleh pinjam 1.5b daripada kerajaan..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required