Peugeot 208 GTi bakal kembali ke M’sia secara facelift

Peugeot 208 GTi bakal kembali ke M’sia secara facelift

Bagi peminat hot hatch, terdapat perkhabaran bahawa Peugeout 208 GTi bakal kembali ke negara kita tidak lama lagi. Berita ini disampaikan sewaktu pelancaran model facelift bagi 208 dan 2008 pagi tadi, walau bagaimana pun tidak diberitahu secara tepat jangkaan masa ketibaannya.

Menurut pengurus besar kanan Nasim, Yasser Awan, model semasa telah pun habis dijual dan merupakan model yang paling sukses buat syarikat ini, memandangkan hot hatch ini memiliki pengikutnya yang tersendiri. Dijangkakan model facelift bagi 208 GTi bakal ditawarkan pada harga RM139,888.

Antara perubahan yang dilakukan ialah memiliki rekaan gril dan bampar hadapan sama seperti model standard, namun disertakan dengan lampu belakang LED baharu dengan lampu arah “lion claw”. Manakala lampu utama spesifik-GTi (dengan indikator LED bentuk-C) dan roda aloi dwi-tona “Carbone” 17-inci dikekalkan, sementara kekemasan merah pada gril pula kini didatangkan dalam jaluran ringkas terletak di bahagian bawah gril.

Di dalamnya, kekemasan dekorasi merah telah digantikan dengan elemen hitam berkilat, dengan pemegang pintunya menerima jaluran merah yang sama dengan model 30th Anniversary Edition (kini dipanggil 208 GTi oleh Peugeot Sport tetapi tidak akan dipasarkan di sini).

208 GTi facelift ini masih mengekalkan enjin 1.6 liter THP turbo empat-silinder, tetapi telah ditambahkan dengan jumlah kuasa serta torknya, 8 hp dan 25 Nm menjadi 208 hp dan 300 Nm, iaitu sama output dengan 30th Anniversary Edition. Begitu juga dengan transmisi manual enam-kelajuan masih dikekalkan.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required