Motor kapchai bakal dihalang masuk pusat bandar KL?

Motor kapchai bakal dihalang masuk pusat bandar KL?

Motosikal bersaiz kecil atau kapchai, mungkin bakal dihalang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur sebagai langkah untuk mengurangkan pelepasan karbon, laporan The Star.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, pihaknya melihat kaedah larangan ini sebagai usaha yang berbaloi memandangkan pengangkutan awam kini lebih banyak pilihan dan dengan harga yang berpatutan.

“Pada waktu siang, populasi (dalam bandar) meningkat antara lima dan tujuh juta memandangkan mereka memasuki pusat bandar untuk bekerja. Jika melihat kebanyakan pusat bandar lain, banyak yang menghalang kemasukan kapchai.

“Malah kajian turut menunjukkan kebanyakan orang masih memerlukannya kerana mereka daripada golongan miskin dan tidak mampu (untuk membeli kenderaan lain) kerana gaji yang rendah. Namun pengangkutan awam yang murah boleh didapati, dan kita akan mengkaji kemungkinan untuk tidak membenarkan motosikal kapchai memasuki pusat bandar,” ujarnya yang turut menambah kebanyakan motosikal jenis ini sering kali digunakan oleh peragut di pusat bandar.

Apakah pendapat anda mengenai perkara ini? Adakah langkah ini suatu yang relevan untuk dilaksanakan? Kongsikan pendapat anda bersama kami.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 

Comments

  • fatiha on Jan 16, 2017 at 10:42 am

    tidak relevan langsung

    Like or Dislike: Thumb up 18 Thumb down 1
    • ezwan on Jan 16, 2017 at 8:07 pm

      Betul tu…nama lagi golongan kurang mampu…naik LRT pergi balik dah RM5..naik kapcai boleh pergi balik pergi balik…lebih cepat sampai lak opis lak tu…jadi golongan bawa kete atau moto besar tak kuarkan karbon la?? dah golongan tak mampu…jangan aniaya kami lagi dan bagi kemudahan org berada je…double standard betul komen Datuk Kapchai ni

      Like or Dislike: Thumb up 8 Thumb down 0
    • Jomblo happy on Jan 17, 2017 at 5:56 pm

      Abistu lepasni nie semua moto
      servis kurier atau pos2 laju kena upraged superbike la

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Baik semua naik pengangkutan awam..

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 2
  • Apa nak jadi dgn menteri x2 di Malaysia ni. Cakap saja mengarut. kita kena faham tak semua warga Malaysia ni mampu beli kereta. Kapcai tu lah yg mereka mampu lagipun jalan memanjang jam. Tak payah la keluar statement. May be nanti keluar pulak scooter electric.

    Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 0
  • asrul on Jan 16, 2017 at 11:31 am

    I do not believe that Kapchai ban proposal due to carbon emission makes any logic. Compared it to cars that make more emission as well as the main culprit of traffic congestions within KL and roads towards KL. I just feel that more and more “ideas” are bias and are depriving the lower income group where else much thoughts were never put for the middle and high income group. first was the idea of banning motorbikes on highway, then use motorcycle lane which are have not been maintained and now this. I don’t ride a kapchai, but I feel for them.

    Like or Dislike: Thumb up 27 Thumb down 0
  • Tak relevan.

    Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 0
  • Pak Abu on Jan 16, 2017 at 11:40 am

    Menyusahkan orang jer. Naik motor kapcai lagi efisyen tau tak. Minyak jimat. Cepat sampai destinasi. Naik pengangkutan awam kena tunggu dia sampai. ish

    Like or Dislike: Thumb up 13 Thumb down 0
  • Car with single occupancy release far more co2

    Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 0
  • norshazli on Jan 16, 2017 at 12:15 pm

    Tidak wajar langsung.. Banyak kaedah lain lagi. Kenapa golongan bawahan yang ditekan.?

    Like or Dislike: Thumb up 12 Thumb down 0
  • Public transport is still expensive as one ride cost more than the kapchai petrol and the public transport is still not efficient enough as well if is that good people would use it instead of using bike

    Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 0
  • tengok cara menteri berpikir..haha..mmg jauh kedepan..

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 1
  • mussaddiq on Jan 16, 2017 at 1:19 pm

    Bagus juga, lepas ni golongan ada-ada sahaja yang shopping di kL. Thorbaek…

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  • akubukanmenteri on Jan 16, 2017 at 2:47 pm

    Kepala timun punya pak menteri… nak buat polisi pakai kepala lutut lebih baik semua lebih baik semua tak boleh masuk kl kereta motor lori semua tak boleh masuk kl semua naik public transport

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  • macai menteri on Jan 16, 2017 at 2:48 pm

    Apa punya semabng menteri ni. Memang kos naik pengankutan awam tu lagi jimat dari bawa kapcai. Orang dah serba susah nak hidup ko bagi plak statement camtu. Xmembantu rakyat langsung. Banyak lagi idea lain boleh kasi. Buat apa jadi menteri kalau xboleh nak pikir jalan penyelesaian yang x membebankan rakyat yang tengah susah.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Jat SP on Jan 16, 2017 at 2:54 pm

    Cakap ikut sedap poket sendiri.. jual muka time nk ngundi jer..langsung x menjiwai rakyat marhaen. Pilih ler lg org camtu!!!!

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Muhdfariezal on Jan 16, 2017 at 3:17 pm

    Bodoh ape…dh la kerajaan makin merosot .. lagi nk halang moto msuk bandar … org lain bukan tak mampu ..tapi untk kesenangn dorng jugk…dh la semua brg naik .. fikir pakai otak jangan pakao kepala lutut.orang sepatut menolong rakyat .. ni menyusahkn rakyat. .simpan bebal to sikit .

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Walopalooza on Jan 16, 2017 at 4:07 pm

    Cadangan bodoh

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Unknown on Jan 16, 2017 at 4:24 pm

    I don’t that make Alot of sense la. Sedangkan Lori2 dan Bus pun tak pernah nak jaga tentang karbon emission. Tak peduli aja. Sama juga dgn Jpj dan spad. How many construction is in kl yang selalu menggunakan jentera dan pengangkutan berkepul kepul asap karbon diorang. Berapa banyak pula kenderaan yang tak jaga menyebabkan gas gas keluar berketerlaluan . Jgn baca artikel kemudian tiba tiba nak buat. Nak buat sesuatu perlulah buat dgn betul. Kalau kapcai nak halang maka pengangkutan berat dan juga kenderaan lain yang menyelebihi had emission perlu juga di ambil tindakan keras. Begitu juga kegunaan jentera2 lain.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • ahmat masland on Jan 16, 2017 at 4:55 pm

    Satu cadangan yang amat bagus..saya jamin tiada lagi pencemaran asap..saya ulang lagi tiada pencemaran asap..lagi sekali saya ulang tiada pencemaran asap dan bising serta peragut

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Kepalaotakengau on Jan 16, 2017 at 5:22 pm

    Gara gara mrt dah ada.. Ini yg dibuatnya la… Kereta Lori lagi banyak carbon la woi menteri… Nak gi balik sekolah tak??

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Tak relevan..memang banyak peragut menggunakan kapcai..tapi..penguatkuasa mana?..dah macam2 agensi yg ada di malaysia..yang tu perlu di perkuatkan. Jangan la nampak golongan susah sahaja..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • Suruh pak menteri pakai pengangkutan awam jangan guna harta kerajaan kalau pergi urusan rasmi naik teksi,bas&MRT baru dia tahu.Kalau yg duduk tengah Bandar kira ok yg duduk kat luar Bandar matilah pasal bas kat Rawang bas habis pukul 0900 mlm dan KTM habis pukul 11.00 mlm

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
  • Budak Jakun on Jan 16, 2017 at 9:01 pm

    Cm x berakal je nk wt peraturan mcm tue..spttnya memudahkan hidup rakyat..tp nie mkn menyusahkan rakyat ada la…byk urusan hidup harian rakyat bergantung pd kenderaan mereka wlpun dh byk pengangkutan awam yg tersedia..mcm tue lps nie sume pakat kayuh basikal la gamaknya ye..

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
  • TIDAK RELEVAN…CADANGAN YG TAK BERAKAI…
    KAPCAI TU CC NYA BERAPA? ENJINNYA BERAPA SELINDER?
    KLU DIBANDINGKN DGN KERETA DAN KEATAS…LAGI BYK KELUARKN ASAP..4 SELINDER LWN 1 SELINDER…SAPA YG MENANG…
    KLU DIBUAT JUGAK CADANGAN TU..MUNGKIN GANG KAPCAI AKAN BUAT SESUATU….

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • fbi nat on Jan 17, 2017 at 2:02 am

    bodo nak mampus… aku da gaji 875(gaji bersih) kedai makan tetapi bergantung berapa customer+klau ada oti(costumer ramai)..abis cuba bayangkan kalau sebulan 200 termasuk makan minum…berapa harga and kalau setahun berapa2 agak-agak2nya..rumah tidak dapat beli,,pinjaman tidak dapat bayar..??/ko orang bergaji besar rm 1 k >>> keatas.boleh la cerita.. bangang…GSt pulak tu..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Sept11 on Jan 17, 2017 at 8:56 am

    Sebenarnya inilah caranya kerajaan nak kutip duit rakyat bagi membayar hutang projek MRT.
    Menteri cuba menipu rakyat dgn kononnya motorsikal kapcai mengandungi karbon bahaya. Kenapa tak haramkan terus motorsikal kapcai daripada pasaran negara. Adakah udara KL sahaja perlu dijaga dan udara luar bandar atau negeri lain tak diambil kira.
    Jangan fikir rakyat bodoh seperti kebodohan menteri terbabit.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • abah kau on Jan 17, 2017 at 3:00 pm

    bagus2..seronoknya mendgr..bodoh juga fikiran kerajaan ni..motor kap plk jd punya ape tu..karbon..otak letak lutut..lg nak susah kan rakyat..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • tuzamie on Jan 17, 2017 at 10:05 pm

    Yg menyebabkan pencemaran bkn moto saja tapi lori bas dan seangkatan lbh lagi cemarnya

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Peragut perompak pun ada pakai kereta atau van culik budak ada kena heret sampai mati kasi banned lah kereta/van jugak. Menteri skg byk Anti org miskin kah…klu org pakai kereta x bwk motor dia nak ckp apa pulok?hanya kerana MRT x laku nak paksa org pergi keje naik tren

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required