Cukai jalan, insurans motosikal – mahal dari kereta?

Cukai jalan, insurans motosikal – mahal dari kereta?

Seperti yang kita sedia maklum, cukai jalan yang dikenakan di Malaysia bukanlah berdasarkan kadar penggunaan jalan raya sesebuah kenderaan. Sebaliknya, ia dikenakan mengikut kapasiti enjin kenderaan yang digunakan – lebih besar kapasiti enjin, lebih tinggi cukai jalan yang dikenakan, baik bagi kereta atau motosikal.

Struktur cukai jalan motosikal terpecah kepada enam kategori. Ia adalah seperti berikut; 0 hingga 150 cc (RM2), 151 cc hingga 200 cc (RM30), 201 cc hingga 250 cc (RM50), 251 cc hingga 500 cc (RM100), 501 cc hingga 800 cc (RM250) dan 801 cc ke atas (RM350).

Bagi motosikal 250 cc, kadar yang dikenakan nampak murah. Tetapi, bagi kategori kapasiti enjin motosikal yang semakin meningkat selepas itu, ia tak lari banyak jika dibandingkan dengan cukai jalan yang dikenakan kepada kereta dengan enjin 2.0 liter; walaupun kos penggunaannya tidak sama, kerana motosikal tidak perlu membayar tol.

Cukai jalan, insurans motosikal – mahal dari kereta?

Bagi insurans pula, motosikal membayar lebih berbanding kereta. Sebagai contoh, bergantung kepada jumlah yang diinsuranskan, tanpa mengambil kira umur penunggang, pengalaman atau rekod tunggangannya di jalan raya, motosikal yang diinsuranskan pada nilai RM50,000 memerlukan penunggang untuk membayar RM1,715 bagi insurans tahunan komprehensif (all-rider).

Sementara bagi model seperti Honda EX-5, dengan jumlah diinsuranskan sekitar RM4,400, perlu membayar premium insurans sebanyak RM292.38. Berdasarkan kiraan insurans di carbase.my, ini adalah lebih tinggi daripada premium insurans komprehensif sebuah kereta 1.4 liter yang membayar RM1,547 setahun.

Bagi motosikal berkuasa besar pula, dengan kadar diinsuranskan sebanyak RM125,000, jurangnya sama juga; RM3,563 bagi kereta 2.2 liter berbanding RM3,742 bagi motosikal 1,000 cc. Memang sukar untuk membandingkan antara motosikal dan kereta secara setara, kerana kedua-duanya memiliki faktor lain yang membezakan (unit import, prestasi tinggi dan sebagainya memang lebih mahal). Tetapi, menarik juga untuk kita mengetahui perbezaan ini, bukan?

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • arnold on Jan 15, 2018 at 11:45 am

    selamat pagi,disini sy nak tanya kalau moto yamaha LC 135cc berapakah cukai jalan dan insurans yg akan dikenakan? terima kasih.

    Like or Dislike: Thumb up 17 Thumb down 25
  • Zaifuddin on Mar 12, 2018 at 4:03 pm

    Imagine, pemandu Nissan Almera yg telah kumpul NCB 55% (value sekitar RM1000) utk masa 5 tahun, bila kena langgar dgn motorsikal yg tgh berlumba atau tgh layan FB/wassap/IG, kreta itu akan hilang NCB (jika claim insuran sendiri) dan motorsikal HANYA sekadar kena saman oleh polis traffik RM300. Kreta tak boleh claim insuran motorsikal tetapi pemandu telah hilang RM1K dr next year punya NCB. Pendek kata, kita dipaksa beli insuran yg tak boleh claim, if claim NCB 55% tu hilang, tak kira la sapa salah.

    Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 2
    • Fadzly on Sep 14, 2018 at 5:52 pm

      Boleh claim insuran motorsikal.. Member baru lepas kena langgar ngan motor.. Dia claim insuran motor..

      Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 1
  • kalau motor 250cc berapa cukai jalan dan insurans yang di kena kan

    Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 50
  • Kalau motor yahama legenda 115 road tex

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required