Ujian RON 95 Vs RON 97 terhadap Proton Saga – benarkah yang mahal lebih bagus dari yang murah?

Ujian RON 95 Vs RON 97 terhadap Proton Saga – benarkah yang mahal lebih bagus dari yang murah?

Tahun 2017 merupakan tahun yang agak mencabar untuk rakyat Malaysia. Manakan tidak, harga minyak petrol RON 95 dan juga RON 97 naik dengan drastik bermula 1 Januari lalu, dan terus naik hingga bulan ini, dijual pada kadar RM2.30 seliter untuk 95 dan RM2.60 untuk 97. Tidak cukup dengan itu, ada juga penganalisis berpendapat bahawa harga bahan api ini akan terus meningkat bagi tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

Seperti biasa, apabila harga bahan api ini naik pada kadar yang sangat tinggi, rakyat Malaysia mula dahagakan petua-petua untuk menjimatkan penggunaan petrol. Ini termasuklah tularnya teori kononnya anda akan menikmati penjimatan dan lebih bijak sekiranya anda menggunakan petrol RON 97 yang lebih mahal, kerana didakwa mampu memberikan pembakaran yang lebih efisien.

Benarkah dakwaan ini? Untuk cuba mencari jawapan terhadap perkara tersebut, kami tidak akan melakukan perkara seperti sekadar menunjukkan sekeping kertas dengan jalan kerja matematik, tetapi melakukakan ujian jalan raya sebenar terhadap kedua-dua jenis bahan bakar ini.

Sebenarnya, sebelum ini pasukan Paultan.org versi bahasa inggeris telah pun melakukan ujian yang sama menggunakan dua unit Volkswagen Polo Sedan dan juga dua unit Volkswagen Jetta TSI pada tahun 2014. Namun ada suara-suara yang mengatakan penggunaan dua model tersebut terlalu canggih, dan tidak berapa relevan dengan penggunaan rakyat biasa yang rata-rata menggunakan kenderaan jenama nasional.

Oleh itu, untuk ujian yang dijalankan sendiri pasukan Paultan.org/BM kali ini akan menggunakan kereta yang lebih marhaen iaitu dua buah Proton Saga 1.3L CVT dari varian Premium. Untuk ujian kali ini juga, saya dan Durrani turut ditemani dan mendapat kerjasama rakan-rakan media dari Segmen Auto – Buletin Utama TV3 bagi menyaksikan sendiri fakta yang bakal didedahkan.

Sehari sebelum ujian ini, kedua-dua kereta yang sama tersebut telah dikosongkan tangkinya. Kemudian Saga berwarna kelabu diisi sedikit dengan petrol RON 97, manakala yang hitam diisi dengan RON 95. Ini bertujuan untuk memastikan kotak komputer enjin kereta-kereta berkenaan sudah sedia ditala secara automatik untuk menyesuaikan jenis petrol yang bakal diisi esok. Kesemua tayar juga dilaras tekanannya mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh Proton iaitu 220 kPa.

Kedua-dua ruang kargo kereta ini juga telah kami kosongkan, tanpa membawa apa-apa beban tambahan. Suhu dan kelajuan motor penghawa dingin kedua-dua Saga ini juga kami laras pada tahap yang sama. Kami bermula di stesen Petronas Taman Tun Dr Ismail Damansara. Kedua-dua Saga ini dipenuhkan tangkinya dengan kaedah tiga klik (tunggu sehingga nozel pam berhenti secara automatik, ulang sebanyak tiga kali). Sama seperti semalam, Saga kelabu menggunakan RON 97 manakala Saga hitam menggunakan RON 95.

Dari TTDI, kami menuju ke pusat bandaraya Kuala Lumpur pada waktu pagi, bagi memberikan simulasi sebenar penggunaan pada kesesakan di dalam bandar. Perjalanan dalam bandar ini dilakukan dalam jarak sekitar 30 km, di mana kami bertukar kereta pada jarak 15 km sebagai timbal-balas untuk faktor gaya pemanduan yang berbeza. Kedudukan depan dan belakang juga bertukar bagi mengelakkan kesan drafting, atau bahasa mudahnya ‘curi angin’ untuk kereta yang berada di belakang.

Dari Kuala Lumpur, kami menuju ke Hulu Yam menerusi Gombak, dan kemudian ke Batang Kali serta Tanjung Malim tanpa melalui lebuhraya. Dalam laluan untuk memberikan simulasi perjalanan melalui jalan lama ini juga, pertukaran pemandu turut dilakukan dalam jarak 50 km manakala kedudukan pendahulu bertukar setiap 20 kilometer.

Dari Tanjung Malim, kami pulang menuju ke Kuala Lumpur menerusi Lebuhraya Utara Selatan. Pertukaran pemandu dan kedudukan pendahulu juga masih dilakukan pada jarak sama sepanjang simulasi perjalanan lebuhraya ini. Ujian ini berakhir di tempat yang sama kami bermula iaitu stesen Petronas TTDI. Saga Ron 95 mencatatkan bacaan meter trip 171.4 km, manakala Saga Ron 97 mencatatkan 171.8 km, memberikan purata perjalanan kedua-duanya 171.6 km.

Kemudian, kami memenuhkan semula kedua-dua tangki dari pam yang sama, menggunakan kaedah tiga klik yang sama – jumlah isian penuh tersebut memberikan jumlah penggunaan petrol pada setiap kereta ini. Keputusannya? Saga RON 95 menggunakan petrol sebanyak 11.701 liter, manakala Saga Ron 97 mengunakan sebanyak 12.24 liter.

Setelah dikira, Saga yang menggunakan RON 95 mencatatkan penggunaan bahan api 14.65 km untuk setiap liter petrol atau 6.8 liter petrol untuk perjalanan 100km. Dari segi jumlah perbelanjaan pula, kos keseluruhan adalah RM26.91 atau 15 sen untuk setiap satu kilometer.

Ujian RON 95 Vs RON 97 terhadap Proton Saga – benarkah yang mahal lebih bagus dari yang murah?

Manakala untuk Saga yang diisi oleh RON 97 pula, ia mencatatkan penggunaan bahan api 14.04 kilometer untuk setiap liter atau 7.1 liter untuk perjalanan 100 kilometer. Ia bersamaan kos keseluruhan RM31.82 atau 18 sen untuk setiap kilometer. Kesimpulannya mudah yang boleh di buat daripada ujian ini – penggunaan RON 95 adalah 3 sen lebih jimat untuk perjalanan satu kilometer berbanding RON 97.

Dari segi prestasi juga, kami tidak merasakan sebarang perbezaan ketara antara kedua-dua Saga ini, di mana karekter pecutannya yang agak seiras. Keputusan ini agak sama dengan ujian pada Volkswagen sebelum ini, di mana penggunaan RON 97 adalah sedikit lebih banyak berbanding RON 95, pada enjin yang sama dan perjalanan yang sama.

Jadi, apa penjelasan teknikal disebalik keputusan yang kami terima dari ujian ini? Saya percaya, ramai dari kalangan masyarakat berpendapat, semakin tinggi RON, petrol berkenaan mampu terbakar lebih efisien dengan memberikan kuasa letusan yang lebih kuat. Tidak kurang juga yang menyatakan kualiti petrol RON lebih tinggi turut mempengaruhi kadar ‘kebersihan’ petrol tersebut.

Namun hakikat yang sebenarnya adalah, RON atau Research Octane Number ini berkaitan ketahanan petrol berkenaan daripada meletup sendiri tanpa percikan api dari palam pencucuh ketika ia diberikan mampatan (compression) yang kuat. Fenomena petrol meletup sendiri sebelum diberikan nyalaan api ini digelar knocking (mengeluarkan bunyi ketukan luar biasa dari kebuk pembakaran enjin), dan ia akan menyebabkan enjin menghasilkan haba yang lebih tinggi serta kuasa yang diekstrak secara tidak optimum.

Knocking akan terhasil atas berberapa faktor, antaranya deposit karbon yang telah terhasil di dalam enjin yang sudah lama tidak dirombak rawat, menyebabkan ia menyala dan menyebabkan pembakaran campuran bahan api dan udara berlaku lebih awal dari yang sepatutnya. Satu lagi sebab mengapa knocking terjadi adalah kerana petrol dengan RON rendah digunakan pada enjin yang direka dengan kebuk pembakaran yang akan menghasilkan nisbah mampatan yang tinggi – ini berkaitan dengan apa yang terjadi dalam ujian yang kami lakukan.

Untuk kereta penumpang biasa, enjin-enjin yang dibekalkan kebiasaannya mempunyai kadar nisbah mampatan yang rendah – dalam kes Saga 1.3L vvt ini nisbah mampatannya adalah 10.1:1. Penggunaan petrol RON 95 tidak akan menyebabkan langsung masalah knocking. Jadi, jika anda menggunakan petrol RON 97, ia tidak akan mendatang sebarang kesan, malah mungkin akan menyebabkan sedikit impak jika enjin berkenaan ditala di kilang bagi mendapatkan kuasa optimum menggunakan petrol RON 95.

Ibaratnya, jika anda seorang manusia normal yang bekerja di pejabat tanpa terlibat dengan apa-apa aktiviti sukan, tiba-tiba diberikan makanan tambahan dan juga supplement lengkap seorang atlit pelari pecut. Adakah tindakan tersebut akan menjadikan kerja anda di pejabat menjadi lebih produktif? Tentunya tidak.

Enjin bagaimana yang mempunyai nisbah mampatan tinggi ini? Kebiasaanya, enjin yang mempunyai nisbah mampatan tinggi adalah enjin berprestasi tinggi tanpa diberikan suapan induksi paksaan seperti pengecas turbo atau supercharger (Naturally Aspirated atau NA), contohnya enjin K20A DOHC i-VTEC dari Honda Civic Type-R FD2 yang mempunyai nisbah mampatan setinggi 11.7:1.

Ujian RON 95 Vs RON 97 terhadap Proton Saga – benarkah yang mahal lebih bagus dari yang murah?

Enjin-enjin moden yang dilengkapi sistem suntikan bahan api juga kebiasaanya dilengkapi penderia yang diletakkan pada bahagian blok untuk mengesan berlakunya masalah knocking ini, digelar sebagai knock sensor.

Jika penderia ini mengesan berlakunya knocking dalam kebuk pembakaran atas apa akibat sekalipun, ia akan menghantar isyarat ke kotak komputer enjin, seterusnya pemasaan percikan api dari palam pencucuh akan dilaras semula untuk melenyapkan masalah tersebut – inilah punca mengapa enjin-enjin yang direka untuk menggunakan petrol dengan RON tinggi tidak menghasilkan kuasa yang optimum sekiranya menggunakan petrol dengan RON lebih rendah.

Enjin turbo dan supercharger kebiasaanya juga mempunyai nisbah mampatan yang rendah – contohnya enjin 2.0 liter TSI Volkswagen Golf GTI yang mempunyai nisbah mampatan 9.6:1 – kerana kuasa tekanan positif atau boost yang diberikan bakal memendekkan jangka hayat enjin sekiranya ditala dengan nisbah mampatan tinggi.

Satu lagi contoh enjin dengan nisbah mampatan tinggi ini adalah enjin NA yang telah diubahsuai dengan ‘memotong’ untuk memendekkan kepala silinder enjin (head skimming) bagi tujuan mendapatkan nisbah mampatan yang lebih tinggi, membolehkan kuasa lebih optimum di capai – lazimnya dilakukan oleh mekanik-mekanik ubahsuai kereta dan motosikal.

Ujian RON 95 Vs RON 97 terhadap Proton Saga – benarkah yang mahal lebih bagus dari yang murah?

Selain dari teori teknikal ini, kami turut mendapatkan komen dari Eksekutif Teknologi Bahan Api Petronas Dagangan Berhad, Mohamad Hafiz Abd Aziz, berkenaan hasil keputusan ujian yang kami jalankan tersebut. Menurut Hafiz, banyak faktor yang akan mempengaruhi tahap penggunaan petrol sesebuah kenderaan.

“Untuk menentukan tahap penggunaan petrol semasa sesebuah kenderaan, ada banyak faktor-faktor lain yang akan mempengaruhinya, selain daripada petrol yang digunakan. Sebagai contoh, sistem enjin kenderaan, beban yang dibawa, tekanan tayar, keadaan trafik dan sebagainya. Secara umumnya, jika menyentuh tentang penjimatan kos, saya percaya RON95 tetap mempunyai kelebihan.

“Bacaan yang diperoleh daripada pemerhatian terhadap dua buah Proton Saga 1.3 ini, dengan perbezaan 3 sen bagi setiap kilometer antara unit yang menggunakan RON95 dan RON97 boleh disifatkan sebagai suatu bacaan yang normal dan memang dijangkakan daripada kedua-dua jenis petrol berkenaan,” jelasnya.

“Tentang tanggapan yang menyatakan bahawa penggunaan RON97 akan memberikan prestasi pemanduan lebih baik dan juga jarak perjalanan yang lebih jauh, itu ada kebenarannya. Dari segi prestasi, memang betul. Tetapi, jika dilihat dari segi kos wang ringgit yang dibelanjakan bagi setiap kilometer jarak, RON95 akan memberi lebih penjimatan kepada pengguna, terutama dengan perbezaan harga runcit 30 sen seliter di antara keduanya waktu ini,” tambah Hafiz lagi.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Ahmad on Feb 10, 2017 at 8:11 pm

    Penerangan nisbah mampatan yang diberi, iaitu 10 bahagian udara dengan 1 bahagian minyak, saya kira tidak betul. Yang saya faham adalah nisbah isipadu ruang pembakaran ketika maksimum iaitu omboh berada paling bawah berbanding isipadu ruang pembakaran ketika omboh berada paling atas, iaitu udara dimampatkan.

    Like or Dislike: Thumb up 17 Thumb down 0
    • Betul tu. 10.1:1 bermaksud tekanan dalam kebuk pembakaran adalah 10.1 kali ganda berbanding trkanan atmosfera.

      Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 3
    • Amir syazwan on Feb 10, 2017 at 10:10 pm

      Nisbah mampatan ialah Isipadu silider kepada isipadu kebuk pembakaran.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 4
    • Mohd Farid Awaludin (Member) on Feb 10, 2017 at 10:12 pm

      Ya,maaf tuan..memang saya salah..maklumlah dah lama tak belek balik buku Teknologi Automotif Bahaman Rajuli. Terima kasih atas teguran.

      Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 0
      • Petrol on Feb 10, 2017 at 11:15 pm

        Untuk honda accord 2.4 i-vtec sesuai memakai minyak Ron95 atau Ron97 ya Tuan?…

        Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Nurman on Feb 10, 2017 at 8:30 pm

    My car: Exora Bold CPS Auto
    previously on Ron95: max 430km for full tank (~50L)
    first filled with ron97: 500km for full tank (~50L)
    nett gain 13% (extra 50-100km)
    route 50highway/50city

    verdict: will stick to ron97 untill the nett gain reduced

    what i felt after using ron97? quicker towards 110kmh and less than 4k rpm unlike ron95

    i believe the above test is still questionable… bcoz as ron97 give u more push, if the car is behind ron95 car, the driver will limit the pedal, hence the result
    try to drive independently (not behind each other) and i believe ron97 car will arrive first due to faster reaching the desired speed compared to ron95 and there will be more fuel left in the tank. just my personal theory

    this is my 2nd CPS engine. my first CPS engine in Gen2 manual also gain more mileage on ron97

    but highly efficient engine such as Honda/Toyota/Nissan/VW wont gain any benefit

    -my personal experience-

    Like or Dislike: Thumb up 35 Thumb down 5
    • As for my car, due to modification i’ve done. Ron97 is far more power and more mileage to my car than the ron95. Yes a bit pricey but worthy. Gen2 1.6 campro non cps with a medium modification, performance cam, high compression piston, performance fuel pump and other stuff. For me it better with ron97. More mileage and power. But if you are rich and want more power, may be can option for vpower racing. Not 97 but the red one. Its the same price with ron97 as i remember. Rm2.60 per litre. ;)

      Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 3
      • That ron 98….last i fill up its rm3.05 per liter… But very2 good…. Can feel the power

        Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
    • KelantanBiz.com on Feb 11, 2017 at 12:28 pm

      Yes..agree. I felt the differences when using RON97, faster and smoother for my SAGA 1.3.

      Like or Dislike: Thumb up 6 Thumb down 1
  • Minykterbang on Feb 10, 2017 at 8:57 pm

    how about ron100?

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 1
  • Raja Hafiz on Feb 10, 2017 at 8:57 pm

    banyak dah experiment yg dijalankan ( boleh search Google ) yg mengatakan RON tinggi x bermaksud power lebih pada enjin..

    cara pemanduan lebih memainkan peranan dalam penjimatan minyak.. saya pakai ron95@persona boleh aim 600KM full tank.. dan pada masa yg sama juga boleh setakat 400 lebih je full tank

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 3
    • Betul kata tuan tu. Saya pun dah tengok beberapa review yg dibuat.

      Saya pun selalu buat test RON untuk petrol2 ni dalam makmal. Based on theory, memang takkan ada significant effectlah kalau kereta kita cc nya bersaiz kecil kita cuba pakai RON yg lebih tinggi. No effect.

      Itu adalah kerana RON yang tinggi tu disediakan untuk kereta yang menggunakan mampatan yang lebih tinggi cc nya supaya minyak petrol tu tak terbakar disebabkan suhu yang sangat panas dalam silinder tu (auto ignition), ianya patut terbakar selepas kena percikan api dari spark plug. Petrol yg tinggi nilai octanenya mempunyai keupayaan untuk mengelakkan dari auto-ignition inilah sebab lebih susah dibakar berbanding octane yang lebih rendah.

      Contoh, kalau kereta Kancil 660 pakai RON 100 pun apa guna. Jangan kereta Lamborghini 6000cc pakai RON 95 sudahlah.

      Mana2 kereta yang ada effect tu rata2nya sebab pemilik dah buat modifikasi pada engine. Saya pernah pakai 1999 Volkswagen New Beetle 2.0 NA engine, tiada sebarang perbezaan ketara diantara penggunaan RON 95 & RON 97 (jarang perjalanan dari Melaka ke kampung saya di Kedah – study dibuat beberapa kali), bila belek buku panduan VW ada dinyatakan kereta saya tu ditune utk menggunakan RON 95 Minimum, dan saya boleh menggunakan RON yang lebih tinggi dari itu secara unlimited (berapa tinggi pun tak kisah), tetapi VW bg peringatan bahawa walaupun tinggi pun nilai Octane petrol yg bakal diguna tidak akan membawa apa2 perubahan performance pada engine.

      Tp lepas sy tambah beberapa aksesori pada engine untuk melihat prestasi engine tiba2 engine bagi result yg berlainan untuk kedua2 petrol ini. Antara aksesori yg digunakan:-

      1) K&N air filter

      2) Voltage stabilizers (attached at battery terminal and another one on plug and play inside car)

      3) HKS Magnetic Fuel Saver (attached at fuel line)

      Pada zaman ujian yang saya buat ni masih belum dengar syarikat minyak terkemuka menggunakan special additive untuk menjimatkan penggunaan minyak, beberapa tahun lepas tu baru muncul idea berkenaan ‘upper cylinder lubrication’ idea di mana mereka berpendapat minyak engine (engine oil/lubricant) hanya memberikan lubrication pada bahagian bawah piston, jika sekiranya atas piston boleh diberikan lubrication effect sudah pasti dapat memudahkan lagi pergerakan piston tersebut maka dapatlah menjimatkan minyak.

      Lepas tu baru keluar title ‘Shell 95 Fuel Save’ dan sebagainya dari syarikat minyak yg lain.

      Tak sempat nak buat testing baru sebab sy berpindah ke luar negara.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Raja Hafiz Raja Kamarudin on Feb 10, 2017 at 9:13 pm

    emm

    search Google berlambak kajian mengatakan bahawa RON tinggi tiada effect yg ketara pada penjimatan minyak mahupun power..

    tapi orang2 kita lebih percaya pada testimoni daripada research.. emmmmm

    Like or Dislike: Thumb up 15 Thumb down 1
  • fazrien ziear on Feb 11, 2017 at 12:03 am

    Tolong buat ujian berkenaan Diesel euro 5 dengan diesel sedia ada yg biasa

    Like or Dislike: Thumb up 5 Thumb down 0
  • syamim on Feb 11, 2017 at 1:51 am

    tengok top gear buat kajian. siap try pakai dyno. professional car enthusiasm pakai merc pun guna ron95.

    Like or Dislike: Thumb up 3 Thumb down 0
  • Sky hazamy on Feb 11, 2017 at 2:20 am

    Susah nak ng rakyat paham pasal ron ni semua tp yang pasal supplement tu betul la…. ibarat pekerje opis diberi supplement ngan ubat mcm pekerje yg byk buat kje berat…. mmg pekerje opis tu tak rase sgt buat kje opis tp dlm jangka masa panjang, ubat ngan supplement yg dia mkn tu mgkn akan dtgkn kesan buruk…. enjin moden mmg ad komputer utk elak dri knocking tp at the end of the day, engineer yg design enjin tu bina enjin utk guna specific fuel type by specific work load yg bakal enjin tu tempuhi…. plg senang ialah refer to user manual, kalo dye mintak ron 97, pakai 97…. kalo mintak ron 95, jgn nak memandai2 masok 97 sbb percaya org cakap….

    Like or Dislike: Thumb up 10 Thumb down 1
  • Azrul on Feb 11, 2017 at 3:43 am

    mungkinkah juga ada beza dari segi kualiti ron97 petronas dibanding dengan jenama lain? ujian di atas wajar cuba lagi sekali dgn shell pula.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Cuba pula antara minyak petronas,shell,petron dan bhp..mana lebih jimat.mungkin yang ini akan dapat keputusan yang paling dinanti rakyat malaysia.

    Like or Dislike: Thumb up 24 Thumb down 2
  • Phahmeen on Feb 11, 2017 at 7:44 am

    banyak artikel dan jugak testimoni termasuk dlm Paultan.org sendiri menyatakan RON95 adalah sama dengan RON97 dari segi penjimatan dan dari segi kuasa, ia tidak ketara…….

    dah tu kenapa perlu bawa masuk ROM97? Soalan betul2 nak tau bukan nak provoke..

    adakah tujuan nya untuk orang2 yang pakai kereta high-ratio combustion rate ke saje ke, or untuk environment ke, utk ape?

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 5
    • Ye, betul tu tuan.

      RON 97 atau RON 100 tu seperti yang dikatakan penulis, iaitu untuk kereta with ‘higher compression ratio’ atau supercar. Sebab tu tiada apa2 effect bila analysis ni dibuat pada kereta marhain yang biasa digunakan oleh rakyat Malaysia seperti yang ditulis oleh penulis. Sebab fungsi asas Octane number ni hanyalah untuk mengelakkan petrol terbakar bukan pada waktunya (auto-ignition) disebabkan suhu yang amat panas dalam ruang silinder dan ketika proses pemampatan, sepatutnya fuel terbakar by spark plug.

      “OCTANE NUMBER IS ABILITY OF THE FUEL THE RESIST KNOCKING”

      Kalau penulis uji ‘RON 95 vs RON 97’ ni pada kereta Ferrari 599 GTO, Lamborghini Murcielago LP640 Superleggera, Porsche 911 GT3 RS, Koenigsegg Agera R, atau Bugatti Chiron baru rakyat Malaysia lebih mudah faham, saya rasa begitulah.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Lateef on Feb 11, 2017 at 5:03 pm

    Cuba try RON 97 Caltex. Bagi saya prestasinya lebih baik dari minyak dari stesen lain

    Like or Dislike: Thumb up 7 Thumb down 0
  • saya guna bmw 318i model f30.. ade rulis di tank ron95.. cuma saya confius kwn2 saran gunakan ron97 utk elak enjin rosak.. benar ke?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 2
  • HafiziRuslan on Feb 12, 2017 at 4:12 am

    dah cuba ron97 dgn shell vpower racing?

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • Thiru on Feb 12, 2017 at 10:29 am

    Hi, guys. I feel the higher octane performs better with a manual car compared to auto. Especially huge difference in pick up and top end for the v power or ron 100, BUT for overall milage not much difference…only slightly better for the higher octane.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Mungkin try petrol station yang berbeza baru ada perubahan. Saya sendiri tak berape suka dengan petrol dari station P, sama ada 95 atau 97, petrol selalunya paling kurang kilometer perjalanan banding petrol brand lain.

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • Satish Varma on Feb 12, 2017 at 10:31 pm

    utk motor Y125zr saya, bolhkah saya gunaka ron 97? (motor buatan tahun 2016)

    Like or Dislike: Thumb up 4 Thumb down 0
  • shafizee on Feb 12, 2017 at 11:29 pm

    kalau mampatan rendah sesuai ron 97 atau ron 95? sbb enjin savvy mampatan rendah mcm enjin turbo walaupun bernadikan n/a…..

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Cadangan untuk dibuat perbandingan yang sama tetapi dari syarikat minyak yang berbeza. Buat apa bayar lebih untuk hasil yang lebih kurang sama.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 1
  • Viva 850 on Jul 24, 2019 at 3:55 pm

    Saya menggunakan Ron 97 sudah lebih dari 10 tahun. Kadang bila stesen yang tiada Ron 97 baru akan isi Ron 95. Bila sudah biasa guna Ron 97, bila terguna Ron 95 perbezaannya sangat terasa. Pickup akan berkurangan & Ron 95 lebih cepat habis berbanding Ron 97 kerana terpaksa accelerate lebih & knocking lebih kedengaran bila menggunakan Ron 95.

    Like or Dislike: Thumb up 1 Thumb down 0
  • Saya guna Honda Accord 2.0 VTi-L model 2010. Pernah cuba RON95, petrol habis cepat gila. 1/2 tank habis tidak sampai 3 hari, town driving pergi & balik kerja. Saya cuba RON97 1/2 tank, pergi & balik kerja guna laluan yg sama, keadaan trafik yg hampir sama (traffic jam waktu pagi), 1/2 tank boleh tahan lebih 3 hari sebelum habis. Saya isi di stesen minyak Petron yg sama utk dua-dua jenis petrol. Never looked back since then, continue using RON97 for my Accord. Tested on highway driving also consumed less fuel compared to RON95.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required