Search in Bahasa Malaysia:

Proton S70 - Sedan segmen C tapi harga Vios?



Artikel Terkini

  • Perkhidmatan bas perantara disediakan secara percuma untuk acara Madani Raya di JB esok

    Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di tujuh negeri bermula di Johor Bahru, esok (18 April 2024). Manakala enam lagi majlis yang sama dirancang diadakan di Sabah pada 20 April, diikuti Melaka (22 April), Kelantan (2 Mei), Kedah (4 Mei), Pulau Pinang (5 Mei) dan berakhir di Terengganu pada 9 Mei.

    Untuk acara di JB, ia akan dilangsungkan di Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall, bermula jam 4 petang hingga 7 malam. Bagi menjayakan acara berkenaan, Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) turut menawarkan perkhidmatan bas perantara percuma dan orang ramai yang mahu menyertai sambutan Hari Raya itu boleh memarkir kenderaan masing-masing sama ada di Giant Tampoi atau Danga Bay Convention Centre dan menaiki bas yang disediakan untuk ke Angsana.

    Bas perantara dari Giant Tampoi dan Danga Bay Convention Centre akan mula bergerak antara jam 3 petang hingga 4.30 petang untuk perjalanan pergi ke Angsana, dan perjalanan pulang dari jam 6.30 petang hingga 7.30 malam. Para pengunjung disarankan untuk menggunakan perkhidmatan bas perantara dari dua lokasi yang dinyatakan ini memandangkan kawasan sekitar Angsana pasti akan sesak sepanjang penganjuran acara sambutan Hari Raya berkenaan.

     
     
  • Projek pembinaan PJD Link dibatalkan – Fahmi Fadzil

    Projek pembinaan PJD Link dibatalkan – Fahmi Fadzil

    Menteri Komunikasi merangkap Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil mengesahkan bahawa kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan projek pembinaan lebuh raya Petaling Jaya Traffic Dispersal Elevated Highway (PJD Link).

    Katanya, keputusan tersebut dibuat oleh Jemaah Menteri hari ini, selepas pemegang konsesinya, gagal memenuhi enam daripada 11 syarat yang ditetapkan.

    “Jemaah Menteri membuat keputusan tidak akan melanjutkan perbincangan dengan pihak PJD Link yang memohon lanjutan untuk memenuhi sejumlah syarat. Kerajaan menolak permohonan itu.

    “Sebelum ini pihak syarikat sudah memohon dua kali lanjutan bagi memenuhi syarat ditetapkan. Akibat daripada kegagalan itu, maka projek terbabit tidak diteruskan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

    Pada Ogos tahun lalu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembinaan PJD Link yang pernah diumum batal mungkin akan dipertimbangkan semula sekiranya ia mampu menepati keperluan dan memuaskan hati penduduk terlibat.

    Walau bagaimana pun, pada bulan lalu, Gabungan Persatuan Penduduk Taman Medan berharap kerajaan negeri dapat mengkaji semula pembinaan PJD Link ini untuk menyuraikan trafik di kawasan itu yang semakin serius, laporan Harian Metro.

     
     
  • JPJ sita BMW X6 yang dipandu tanpa cukai jalan selama tujuh tahun dalam Op Hari Raya Aidilfitri 2024

    JPJ sita BMW X6 yang dipandu tanpa cukai jalan selama tujuh tahun dalam Op Hari Raya Aidilfitri 2024

    Dalam satu rondaan sempena Op Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 yang dibuat semalam, Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor telah menahan sebuah kenderaan mewah jenis BMW X6 yang dipandu tanpa cukai jalan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang sah.

    Apa yang mengejutkan, kenderaan yang yang ditahan kira-kira 11.30 pagi di Lebuhraya Grand Sepadu hala Bukit Raja itu sebenarnya sudah dipandu tanpa cukai jalan dan insuran yang sah selama tujuh tahun, dan ia masih didaftarkan dengan nama pemilik asal walaupun telah dijual kepada pemilik sedia ada.

    “Kenderaan mewah itu dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun, alasan diberikan tidak memperbaharui cukai jalan kerana memandu untuk jarak dekat dan membeli kenderaan itu dengan tidak menukar nama,” kata Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan salam satu kenyataan yang dikeluarkan.

    JPJ sita BMW X6 yang dipandu tanpa cukai jalan selama tujuh tahun dalam Op Hari Raya Aidilfitri 2024

    Menurut Azrin lagi, kesalahan tidak memiliki insurans perlindungan kenderaan yang sah boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 90 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, manakala kenderaan tersebut telah disita di bawah Seksyen 64(1) dan dibawa ke JPJ Shah Alam.

    “Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya,” katanya.

     
     
  • Mazda EZ-6 akan muncul di Beijing Auto Show 2024; sedan EV ganti Mazda 6 guna asas Changan Deepal

    Mazda EZ-6 akan muncul di Beijing Auto Show 2024; sedan EV ganti Mazda 6 guna asas Changan Deepal

    Baru-baru ini Mazda sudahpun mengesahkan bahawa sedan segment-D keluarannya iaitu Mazda 6 akan dihentikan produksi di Jepun bermula pertengahan bulan ini. Tiada sebarang pengumuman dibuat oleh Mazda Jepun berkenaan pengganti model tersebut pada pasaran itu, namun di China, Mazda telahpun menyiarkan satu teaser sedan EV yang bakal didedahkan di Beijing Auto Show 2024 pada minggu hadapan.

    Menurut laporan WhichCar, sedan EV yang bakal diperkenalkan ini akan diberi nama sebagai Mazda EZ-6, dan ia merupakan model yang dibangunkan dengan hanya unit rangkaian kuasa elektrik, tanpa pilihan versi dengan enjin pembakaran dalaman.

    Walau bagaimanapun, laporan itu turut mendedahkan bahawa ia bukanlah model yang dibangunkan sepenuhnya oleh Mazda, sebaliknya diasaskan dari sedan EV keluaran jenama China, Changan iaitu Changan Deepal SL03. Ia bukan sahaja menggunakan platform Changan tersebut, malah laporan berkenaan turut menyebut dimensi untuk Mazda EZ-6 ini turut seiras dengan dimensi Deepal SL03.

    Mazda EZ-6 akan muncul di Beijing Auto Show 2024; sedan EV ganti Mazda 6 guna asas Changan Deepal

    Manakala dalam ciapan Tycho de Feijter di laman X, Mazda bukan sahaja memfailkan tanda perdagangan “Mazda EZ-6” ini di China, malah ia turut memfailkan sekali nama “Mazda EZ-60”. Nama Mazda EZ-6 tersebut dijangka akan digunakan pada sedan yang kini dikenali dengen kod nama J90A, manakala nama Mazda EZ-60 pula adalah untuk SUV yang kini diberi kod nama J90K.

    Selain dari nama-nama yang didaftarkan di China ini, Mazda turut dikesan mendaftarkan nama “Mazda 6e” dan “6e” di Pejabat Harta Intelek Kesatuan Eropah bulan lalu untuk kegunaan “automobil dan komponennya” serta “kereta elektrik dan komponennya”, dipercayai turut akan digunakan pada model gantian Mazda 6 kelak.

    Walau bagaimanapun, model gantian Mazda 6 untuk pasaran Eropah dan juga pasaran global selain China seperti Jepun, Australia, Amerika Utara dan lain-lain bakal dihasilkan menerusi platform Skyactiv Multi-Solution Scalable Architecture yang dibangunkan sendiri oleh Mazda.

    Dalam rancangan jangka masa panjang tiga peringkat yang telah diumumkan sebelum ini, Mazda akan melancarkan model-model EVnya dalam skala penuh bermula 2028.

     
     
  • Trak pikap BYD ditemui tanpa penyamaran – PHEV dahulu dan diikuti EV, akan dipanggil sebagai Shark?

    Trak pikap BYD ditemui tanpa penyamaran – PHEV dahulu dan diikuti EV, akan dipanggil sebagai Shark?

    Ini adalah gambar yang lebih jelas bagi trak pikap BYD, yang ditemui oleh AutoDinamico di Mexico tanpa sebarang penyamaran. Bakal pesaing Ford Ranger dan Toyota Hilux ini masih belum mempunyai nama, tetapi berdasarkan beberapa pendaftaran tanda dagang yang dilaporkan oleh carsales.com.au, antara kemungkinannya adalah ‘Shark’, ‘King’ dan ‘King L’.

    Daripada tiga nama itu, Shark nampak paling sesuai kerana selari dengan konsep Ocean yang digunakan oleh BYD untuk kenderaan elektrik (EV) mereka, seperti Seal dan Dolphin. Trak pikap BYD ini dijangka menerima penggerak elektrik penuh sebagai tambahan kepada pilihan plug-in hybrid yang disediakan sewaktu pelancaran.

    Perincian lain masih kabur setakat ini, tetapi tetapan PHEV yang bakal digunakan dikatakan melibatkan enjin petrol empat siilnder 1.5 liter turbo dengan sepasang motor elektrik – satu di setiap gandar. Jumlah kuasa sebenar tidak diketahui tetapi ada laporan yang mengatakan ia boleh menghasilkan 496 PS (489 hp atau 365 kW), sementara laporan lain mengatakan ia boleh mencecah 687 PS (677 hp atau 505 kW) Fang Cheng Bao 5, iaitu SUV lasak daripada satu lagi jenama di bawah BYD.

    Daripada aspek rekaan, Shark mendapat bahagian hadapan yang berpetak seperti Ranger, tetapi tiada lampu siang berbentuk C, dan ia diganti dengan jalur melintang di setiap satunya. Bahagian tengah gril mempunyai huruf BYD yang besar.

    Skid plate juga dibuat lebih besar dan tegap, menjadikan trak ini nampak gagah, manakala rel bumbung serta sports bar di belakang memberi gambaran ini adalah varian spesifikasi tinggi. Di belakang, lampu kiri dan kanan disambung dengan jalur lampu di bahagian tengah.

    Spyshot sebelum ini pernah menampakkan bahagian dalam trak ini, di mana ia mempunyai panel instrumen digital, skrin sesentuh untuk infotainmen yang besar serta tombol gear gemuk.

     
     
  • smart #1 kini EV nombor 3 terlaris dalam kelas SUV EV Premium berharga RM180,000 ke atas di Malaysia

    smart #1 kini EV nombor 3 terlaris dalam kelas SUV EV Premium berharga RM180,000 ke atas di Malaysia

    smart Malaysia mengumumkan bahawa model EV pertamanya yang dijual pada pasaran tempatan iaitu smart #1 kini merupakan model nombor tiga paling laris dalam kelasnya, iaitu untuk segmen SUV EV premium yang dijual pada harga lebih dari RM180,000.

    Walau bagaimanapun, jenama yang diuruskan oleh Proton New Energy Technology (Pro-Net) itu tidak menyatakan jumlah sebenar jualan model berkenaan dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan. Namun selepas ditanya oleh paultan.org, syarikat berkenaan menjelaskan bahawa dakwaan tersebut adalah berdasarkan jumlah jualan kumulatif tahunan sehingga Februari tahun ini.

    “Pencapaian ini mencerminkan permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian mobiliti bandar di rantau ini dan
    mengesahkan semula matlamat smart untuk meletakkan dirinya sebagai peneraju dalam segmen EV premium,” kata CEO smart Malaysia, Zhang Qiang.

    “Dengan hanya satu model dijual, berbanding pemain utama lain dalam industri, kami telah mencapai kejayaan ini. Ini membuktikan kepercayaan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan kami, dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan setia kami,” tambahnya lagi.

    Dalam kenyataan yang sama, smart Malaysia turut berkongsi bahawa pasaran EV Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan jumlah jualan EV melonjak daripada 3,079 unit pada 2022 kepada 11,624 unit pada 2023, dan disertai dengan peningkatan ketara dalam bahagian pasaran, meningkat dari 0.43 peratus kepada
    1.45 peratus.

    smart telah melancarkan #1 pada November 2023 dengan pengenalan varian Premium dan Brabus, sementara varian paling asas Pro pula sudah mula dihantar kepada pelanggan bermula Mac lalu. Jadi secara keseluruhan tiga varian #1 ini ditawarkan di Malaysia denna harga atas jalan tanpa insuran bermuda RM189,000 hingga RM249,000.

     
     
  • BYD terpilih sebagai rakan rasmi Euro 2024

    BYD terpilih sebagai rakan rasmi Euro 2024

    Sime Darby Motors (SDM) telah mengumumkan pelantikan jenama kenderaan elektrik yang berada di bawah naungannya, BYD, sebagai rakan rasmi UEFA Euro 2024. Meraikan pelantikan tersebut, SDM menganjurkan kempen pemilikan model BYD Atto 3 dengan menawarkan kepada para pelanggannya peluang memenangi tiket ke perlawanan akhir atau separuh akhir Euro 2024.

    Menurut Sime Darby Motors, pelanggan yang mendaftar BYD ATTO 3 dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi tempoh 1 hingga 30 April 2024 berpeluang mengambil bahagian dalam kempen tersebut dengan menghantar borang penyertaan di mana-mana daripada 21 pengedar BYD di seluruh Malaysia.

    Untuk meraikan sepak mula rasminya, Sime Darby Motors turut menganjurkan acara Euro 2024 yang bakal berlangsung pada 19 hingga 21 April ini di Carpark B, Stadium Bukit Jalil, dari 9 pagi hingga 6 petang.
    Acara ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, promosi acara eksklusif, dan banyak lagi.

    Pada masa yang sama, kempen itu juga boleh diakses di bilik pameran BYD di seluruh negara sehingga 30 April 2024, di mana pelanggan boleh menikmati rebat istimewa, kredit yang dicaj dan Program Overtrade eksklusif untuk BYD ATTO 3.

    Menurut Sime Darby Motors, insentif masa terhad itu khas untuk mereka yang berminat beralih kepada kenderaan elektrik (EV), sebagai sebahagian daripada komitmen BYD terhadap inisiatif pemilikan EV. Ia juga bagi memastikan pemilik baharu bukan sahaja memandu dengan teknologi kenderaan elektrik terkini tetapi turut berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada pembikinan sejarah bola sepak.

    BYD terpilih sebagai rakan rasmi Euro 2024

    Pakej komprehensif ini menggabungkan rebat promosi sedia ada dengan peluang cabutan bertuah, menjadikan peralihan kepada mobiliti elektrik lebih menarik dan berpatutan

    Pengarah Urusan bagi Asia Tenggara Sime Darby Motors, Jeffrey Gan berkata, acara itu adalah peristiwa penting yang sejajar dengan komitme syarikat untuk menawarkan pengalaman luar biasa dan mempromosikan penyelesaian pengangkutan yang mampan.

    “Kami sangat teruja untuk memulakan kempen demam bola sepak ini dan menjemput rakyat Malaysia untuk merebut peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan menarik ini ke arah masa depan yang lebih hijau dan menggembirakan,” katanya.

    BYD Atto 3 pasaran Malaysia ini ditawarkan dengan dua varian iaitu Standard Range (SR) yang berharga dari RM149,800 dan Extended Range (ER) pula berharga RM167,800. Kedua-duanya dipadankan dengan motor elektrik tunggal memacu roda hadapan yang sama, menghasilkan 204 PS (150 kW) dan tork maksima 310 Nm, membolehkan ia memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.3 saat.

    Selain dari bateri, varian ER turut menerima kelengkapan lebih baik seperti set rim aloi 18-inci (17-inci pada SR), penegcas pantas DC 80 kW (70 kW pada SR), pengecas tanpa wayar Qi, lapan pembesar suara, lampu suasana kabin pelbagai warna dan pintu tailgate bantuan kuasa.

     
     
  • Volkswagen Touareg R-Line 2024 sedang dipamerkan di Volkswagen Tour di 1 Utama hingga 21 April 2024

    Volkswagen Touareg R-Line 2024 sedang dipamerkan di Volkswagen Tour di 1 Utama hingga 21 April 2024

    Dilancarkan pada bulan lalu, Volkswagen Touareg R-Line buat pertama kalinya sedang dipertontonkan di khayalak ramai menerusi acara Volkswagen Tour yang berlangsung di pusat membeli-belah 1 Utama mulai hari ini sehingga Ahad, 21 April 2024. SUV ini dipamerkan bersama model Volkswagen yang lain termasuk Arteon R-Line 4Motion, Mk8 Golf GTI dan Tiguan Allspace.

    Untuk yang mahu melihat Touareg R-Line dan model VW yang lain, anda boleh ke tingkat Lower Ground bahagian Oval Concourse bangunan baharu 1 Utama. Selain melihat barisan VW yang berada di pasaran Malaysia, anda juga boleh melihat dan membeli cenderahati jenama ini dan nikmati aiskrim secara percuma. Turut dianjurkan, pertandingan perlumbaan simulator yang menawarkan hadiah menarik untuk dimenangi.

    Ditawarkan dengan varian tunggal R-Line, SUV lima-tempat duduk generasi ketiga ini adalah model pemasangan tempatan (CKD) dari Pekan, Pahang, (pertama yang diproduksi dari luar Eropah) dan berharga atas jalan RM472,272 tanpa insurans.

    Volkswagen Touareg R-Line 2024 ini menerima enjin petrol TSI V6 3.0 liter dengan penegcas turbo yang menghasilkan kuasa 340 PS (335 hp atau 250 kW) dan tork maksima 450 Nm. Ia digandingkan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan, dan kuasa dipacukan ke kesemua roda menerusi sistem AWD 4Motion Volkswagen.

    Untuk varian R-Line ini, ia menampilkan bampar hadapan dengan kemasan liang kemasukan udara dan gril berwarna hitam berkilat, kemasan-kemasan krom, logo ‘R’ pada pintu dan gril hadapan, lampu utama IQ.Light HD LED matrix dan juga rim aloi “Braga” dwi-tona rekaan lima-jejari bersaiz 20-inci dengan tayar 285/45R20.

    Ia turut didatangkan dengan ciri standard iaitu sistem infotainmen Innovision Cockpit, yang merangkumi paparan instrumen digital 12.3-inci dan skrin sesentuh 15-inci dengan kawalan pendingin hawa. Ia juga diberikan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar, pad pengecas Qi tanpa wayar dan sistem bunyi Dynaudio Consequence 730-watt bersama 13-pembesar suara.

    Selain itu, ia turut diberikan sistem Night Vision yang pertama kali diperkenalkan untuk pasaran tempatan. Sistem keselamatan tersebut memberikan pemandu pandangan lebih baik pada waktu malam dengan menggunakan sensor inframerah di dalam kamera. Sensor tesebut akan mengesan suhu badan manusia atau haiwan sehingga 130 meter bagi memastikan pemandu sentiasa berwaspada dengan pelanggaran yang mungkin berlaku.

    Kalau anda tidak ada masa untuk berkunjung ke Volkswagen Tour minggu ini, jangan risau. Anda boleh melihat galeri foto penuh SUV ini yang kami paparkan di bawah.

     
     
  • KL Car Free Morning kembali dianjurkan pada 21 April 2024 selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, 7 pagi-9 pagi

    KL Car Free Morning kembali dianjurkan pada 21 April 2024 selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, 7 pagi-9 pagi

    Penganjur KL Car Free Morning (KLCFM) telah mengumumkan acara KLCFM bakal diadakan pada Ahad ini, 21 April 2024. Ia kembali dianjurkan selepas dua minggu ‘bercuti’ sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Seperti biasa, KLCFM akan bermula di Dataran DBKL berhampiran Dataran Merdeka dan jalan-jalan utama di sekitar pusat bandar akan ditutup dari laluan trafik, bagi membolehkan pelari dan penunggang basikal beriadah secara bebas pada pagi Ahad itu.

    Untuk KLCFM pada Ahad ini yang berlangsug dari jam 7 pagi hingga 9 pagi, larian sejauh 7 km akan dianjurkan, selain itu, bagi sesiapa yang nak berbasikal pun boleh menggunakan basikal yang disediakan secara percuma dan banyak aktiviti lain turut diadakan termasuk pertunjukan pancaragam DBKL, cabutan bertuah, dan banyak lagi.

     
     
  • Rafizi tegaskan subsidi petrol tetap akan mula dikurangkan tahun ini, tiada pusingan-U dari kerajaan

    Rafizi tegaskan subsidi petrol tetap akan mula dikurangkan tahun ini, tiada pusingan-U dari kerajaan

    Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan bahawa langkah kerajaan untuk mengurangkan subsidi petrol tetap akan dilaksanakan tahun ini dalam usaha untuk mengecilkan defisit fiskal negara, lapor Berita Harian yang memetik berita dari Bloomberg.

    Menurutnya susulan jangkaan rasionalisasi bahan api itu, kerajaan akan melaksanakan pengurangan subsidi secara berperingkat dengan risiko inflasi meningkat sebelum rancangan itu dilaksanakan.

    “Kita berada pada landasan yang tepat untuk memberi bantuan bersasar kepada golongan yang memerlukan. Kerajaan tetap akan melaksanakannya (rasionalisasi subsidi petrol).

    “Untuk mencapai sasaran fiskal 4.3 peratus, garis masa yang ditetapkan perlu dipatuhi,” katanya.

    Garis masa yang disebut itu masih bellum didedahkan, namun pada akhir tahun lalu Rafizi pernah dilaporkan berkata bahawa kerajaan akan melaksanakan program subsidi bersasar RON95 pada separuh kedua 2024.

    Rafizi tegaskan subsidi petrol tetap akan mula dikurangkan tahun ini, tiada pusingan-U dari kerajaan

    Beliau berkata, 2024 akan memperlihatkan usaha kerajaan kepada pelaksanaan dasar dan dengan penubuhan Pangkalan Data Utama (PADU) pada Januari 2024 memberikan akses kepada data granular yang diperlukan untuk melaksanakan program bersasar seperti rasionalisasi subsidi atau reformasi kebajikan sosial.

    Tambahnya lagi kerajaan mengambil masa untuk melaksanakan program subsidi bersasar bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.

    “Adalah dijangkakan akan ada ketidakpuasan dan masalah sebaik ia dilaksanakan, tetapi kerajaan tidak mampu kepada pusingan ‘U’ apabila ia dilaksanakan.

    “Setahun lalu saya bercakap mengenai perkara ini. Saya tahu penganalisis di luar sana bertanya kenapa mengambil masa lama (melaksanakannya). (Ia) sebab kita melihat ia dilaksanakan di negara lain. Urutan penting dengan memastikan semua perkara sedia dan cuba rapatkan kelompongan sebaik mungkin,” kata Rafizi.

     
     
  • Model edisi terhad Hot Wheels Proton Saga diumum bakal dijual dalam pasaran tempatan tak lama lagi

    Model edisi terhad Hot Wheels Proton Saga diumum bakal dijual dalam pasaran tempatan tak lama lagi

    Proton dan juga Hot Wheels Malaysia sudahpun membuat hantaran di laman Facebook rasmi masing-masing bagi mengumumkan bahawa model edisi terhad untuk Hot Wheels Proton Saga bakal dijual dalam pasaran tidak lama lagi.

    Model berkenaan masih menampilkan Proton Saga skala 1/64 seperti versi mainline Hot Wheels yang sudahpun mula dijual bermula Oktober tahun lalu, namun untuk versi edisi terhad ini ia akan menggunakan pakej kad blister istimewa rekaan kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun, Saw Jane Harn dari Pulau Pinang telah menjadi pemenang pertama pertandingan Hot Wheels x Proton Kids Design Competition tahun lalu.

    Hern menghasilkan rekaan berkenaan dengan hanya lukisan tangan menampilkan unsur-unsur Malaysia seperti Menara Berkembar Petronas, Bunga Raya, Harimau Malaya dan Burung Kenyalang pada kad blister tersebut. Hasil karya Hern dan peserta-peserta yang menyertai pertandingan ini turut dinilai oleh Azlan Othman, ketua pereka Proton yang dilantik sebagai salah seorang juri.

    Hot Wheels Proton Saga edisi terhad ini hanya akan dijual di pasaran Malaysia dan tidak akan dieksport ke pasaran lain. Menurut Proton dan Hot Wheels dalam hantaran yang di buat, ia bakal “boleh dibeli di outlet rasmi berhampiran anda” tidak lama lagi.

     
     
  • Kerajaan Johor cadang bangunkan sistem ART bertingkat untuk atasi kesesakan lalu lintas di JB

    Kerajaan Johor cadang bangunkan sistem ART bertingkat untuk atasi kesesakan lalu lintas di JB

    Sistem Aliran Transit Automasi di China

    Kerajaan Johor bercadang untuk melaksanakan Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat bagi mengatasi kesesakan di pusat bandar raya Johor Bahru yang semakin kritikal, laporan Bernama. Perkara ini juga telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan cadangan tersebut sudah disampaikan kepada Kerajaan Persekutuan bagi diperhalusi, kata Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

    “Di peringkat negeri, kita telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong dan Pemangku Raja Johor untuk melaksanakan ART bertingkat sebagai persediaan untuk menambah bilangan pelancong ke Singapura selepas Sistem Transit Rapid (RTS) siap,” kata Onn Hafiz.

    Tambahnya, Johor Bahru juga memerlukan pelbagai pilihan pengangkutan awam bagi memudahkan pergerakan orang ramai masuk dan keluar bandar lancar. “Kerajaan Johor komited untuk mentransformasi sistem pengangkutannya melalui peningkatan penggunaan kenderaan elektrik termasuk dalam perkhidmatan awam,” katanya lagi.

    Kerajaan Johor cadang bangunkan sistem ART bertingkat untuk atasi kesesakan lalu lintas di JB

    Menurut beliau lagi, Kerajaan Johor juga akan melaksanakan inisiatif memperkenalkan bas elektrik melalui Perbadanan Pengangkutan Awam (PAJ) Johor. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran Perkhidmatan Bas Elektrik Rentas Sempadan Pertama antara Malaysia-Singapura Melalui Tambak Johor semalam.

    Penyedia perkhidmatan bas Handal Indah telah melabur sebanyak RM80 juta untuk pembelian 60 bas EV dan bagi membangunkan infrastruktur pengecasan untuk bas tersebut sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap kelestarian alam sekitar.

    Tiga laluan disediakan melibatkan Causeway Link CW3 dan CW4 (Johor Bahru ke Jurong East) serta CW6 (Johor Bahru ke Boon Lay). Handal Indah turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) atas penyediaan perkhidmatan bas elektrik rentas sempadan pertama di Malaysia.

     
     
  • Isuzu D-Max X-Terrain dengan penutup gelungsur larasan kuasa Ironguard – jumlah terhad, RM156k

    Isuzu D-Max X-Terrain dengan penutup gelungsur larasan kuasa Ironguard – jumlah terhad, RM156k

    Isuzu Malaysia memperkenalkan varian baru untuk trak pikap D-Max, yang datang dengan penutup gelungsur larasan kuasa Ironguard di belakang. Ia hanya dijual dalam jumlah terhad, pada harga RM155,938.40 tidak termasuk insurans, dan menjadikan ia lebih mahal RM3,000 berbanding D-Max X-Terrain 3.0L 4×4 yang digunakan sebagai asas.

    Penutup bahagian kargo belakang yang menjadi keistimewaan varian ini boleh dikunci dan mempunyai ciri anti kecurian bagi menjamin keselamatannya, selain juga boleh melindungi barang-barang yang terdapat di bahagian itu daripada air dan habuk.

    Untuk membuka dan menutup penutup gelungsur ini, anda boleh menggunakan sama ada anak kunci, butang pada pintu ruang barangan dan dalam kabin, atau aplikasi khas. Ciri lain yang disediakan adalah termasuk rel untuk memasang aksesori, lampu serta mekanisme anti kepit.

    Selain daripada barangan Ironguard yang diberitahu tadi, bahagian lain pikap ini masih sama seperti D-Max X-Terrain biasa termasuk enjinnya, iaitu unit empat silinder 3.0 liter diesel turbo yang berkuasa 190 PS dan 450 Nm, dipadankan bersama transmisi automatik enam kelajuan serta sistem pacuan empat roda.

    Antara kelengkapan lain yang disediakan pada trak ini adalah termasuk lampu utama bi-LED, DRL LED, lampu kabus depan dan belakang LED, rel bumbung, rim 18 inci dengan tayar 265/60, panel instrumen 4.2 inci, sistem tanpa kunci, pemula enjin kawalan jauh, lampu suasana, skrin sesentuh sembilan inci (dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto), tempat duduk balutan kulit serta pad pengecas tanpa wayar.

    Pada bahagian keselamatan, trak ini dilengkapi tujuh beg udara, ESC, Traction Control, ABS, EBD, Hill Start Assist, Hill Descent Control, pengesan jarak depan dan belakang, kamera pandangan keliling, Autonomous Emergency Braking, Pedal Misaplication Mitigation, Adaptive Cruise Control dengan fungsi stop and go, Lane Departure Warning, Blind Spot Monitoring dan Rear Cross Traffic Alert.

    Sama seperti X-Terrain biasa, sports bar dan lapik kargo disediakan sebagai pilihan tambahan, manakala warna badan pula boleh dipilih daripada tiga warna iaitu Islay Grey, Valencia Orange dan Onyx Black. Jaminan tujuh tahun tanpa had batuan diberikan bagi kenderaan, sementara untuk penutup gelungsur Ironguard itu, ia diberikan jaminan 18 bulan.

     
     
  • Perak daftar projek lebuhraya Tanjung Malim-Lumut bagi mudahkan produk AHTV dieksport melalui LuMIC

    Perak daftar projek lebuhraya Tanjung Malim-Lumut bagi mudahkan produk AHTV dieksport melalui LuMIC

    Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad yang mengesahkan bahawa kerajaan negeri telahpun mendaftarkan projek lebuhraya baharu bagi menghubungkan Tanjung Malim ke Lumut, sebaik sahaja projek Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) yang menghubungkan Gopeng-Kuala Kangsar diluluskan.

    Menurut beliau dalam laporan Astro Awani, ini adalah rancangan jangka masa panjang yang berkaitan dengan Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) yang bakal di bangunkan di Tanjung Malim, di mana lebuhraya berkenaan akan memudahkan pengangkutan logistik produk dari AHTV untuk dieksport keluar menerusi Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC).

    “Jadi produk-produk yang dihasilkan di AHTV akan dihantar ke LUMiC untuk eksport dan kita akan perkasakan pelabuhan Lumut itu nanti,” katanya.

    Beliau menjelaskan kerajaan negeri Perak telah menyenaraikan 10 projek untuk perhatian Kementerian Kewangan bagi dilaksanakan di negeri itu ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim datang ke Perak baru-baru ini, dan projek lebuhraya Tanjung Malim-Lumut ini adalah salah satu daripadanya.

    Saarani juga memberitahu, pelaksanaan projek tersebut akan mengambil masa dan dijangka bermula bersama-sama pembangunan AHTV di Tanjung Malim. Bagaimanapun, katanya, sehingga kini belum ada sebarang perincian melibatkan jajaran dan jarak lebuh raya berkenaan.

     
     
  • Honda Ye diperkenal – barisan EV untuk China terdiri daripada P7, S7, GT Concept, lancar tahun ini

    Honda Ye diperkenal – barisan EV untuk China terdiri daripada P7, S7, GT Concept, lancar tahun ini

    Walaupun sudah sedikit ketinggalan dalam dunia kenderaan elektrik (EV), Honda nampaknya mahu membuat kebangkitan dengan memperkenalkan Ye, iaitu barisan model elektrik khas untuk China dan berbeza dengan siri 0 (Zero) yang diperkenalkan untuk pasaran global.

    Ye itu diambil daripada perkataan Mandarin yang membawa maksud “bersinar dengan gemilang” dan tiga model pertama yang menggunakan nama tersebut, iaitu P7 (SUV), S7 (SUV) dan GT Concept (sedan) akan diperkenalkan semasa pameran Auto China yang akan berlangsung minggu hadapan di Beijing.

    Ketiga-tiga kereta ini nampak sudah lebih bersedia untuk pengeluaran, dengan P7 dan S7 akan mula dijual pada hujung tahun ini. Dua crossover tersebut dilihat mempunyai rekaan hampir sama, dengan cermin hadapan yang melengkung ke tepi, cermin belakang landai serta d-pillar yang tebal.

    Perbezaannya adalah pada kemasan hadapan dan belakang, terutamanya bahagian lampu, dengan P7 mempunyai pencahayaan berbentuk C manakala S7 menggunakan rekaan X dan grafik H masing-masing di hadapan dan belakang.

    Honda Ye diperkenal – barisan EV untuk China terdiri daripada P7, S7, GT Concept, lancar tahun ini

    Ciri seperti Honda e, iaitu pembuka pintu sama rata dengan badan dan kamera untuk menggantikan cermin sisi juga digunakan pada dua model Ye ini. Untuk logo, Honda menggunakan penjenamaan seperti model siri 0 yang nampak klasik serta tulisan Honda di belakang. Soket pengecas pula terletak di fender hadapan.

    Pada bahagian dalam, P7 dan S7 menggunakan rekaan seperti e:N1, dan dilengkapi dengan dengan skrin sesentuh menegak yang besar di tengah serta panel instrumen digital lebar di hadapan pemandu. Skrin instrumen ini diletakkan lebih tinggi berbanding skrin pada e:N1 supaya lebih mudah dilihat oleh pemandu.

    Honda Ye diperkenal – barisan EV untuk China terdiri daripada P7, S7, GT Concept, lancar tahun ini

    Perincian lain yang diberitahu akan dipasang pada dua model ini adalah termasuk sistem kawalan suara berasaskan AI, serta panel papan pemuka dan pintu berlampu yang boleh menyala mengikut pengaktifan fungsi tertentu. Ciri mekanikal masih belum didedah, tetapi P7 dan S7 akan datang dengan pacuan roda belakang dan juga semua roda.

    Sementara itu, GT Concept pula memberi petunjuk kepada sedan baru yang akan dijual hujung tahun 2025. Model empat pintu berbumbung rendah ini menampilkan rekaan lebih sporty, dengan grafik lampu X dan H sama seperti S7 dan terdapat bukaan udara di bahagian fender.

    Honda mengambil pendekatan yang lebih berani untuk bahagian dalamnya, dengan banyak bahagian berwarna merah, bentuk stereng unik serta sekurang-kurang enam skrin termasuk yang berada di tengah papan pemuka dan konsol tengah. Butang R yang terdapat di bahagian stereng memberi gambaran seakan ia akan hadir dengan versi Type R.

    Menurut Honda, mereka mempunyai perancangan untuk memperkenalkan enam model Ye menjelang tahun 2027, dan apabila digabungkan dengan e:NP1 dan e:NS1 (e:N1 versi China), keseluruhannya akan menjadi 10 model EV di China. Model selebihnya selain yang sudah disebutkan tadi masih belum diketahui.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.47 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.20
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.15 (0.00)
EURO 5 B7 RM2.35 (0.00)
Last Updated Apr 18, 2024