Search in Bahasa Malaysia:

Proton S70 - Sedan segmen C tapi harga Vios?



Artikel Terkini

  • MG ZS EV 2024 kini di Malaysia – 176 PS/280 Nm, 51.1 kWh, jarak gerak 320 km, bermula dari RM125,999

    MG ZS EV 2024 kini di Malaysia – 176 PS/280 Nm, 51.1 kWh, jarak gerak 320 km, bermula dari RM125,999

    Selain MG4 EWV 2024, pengedar jenama MG di Malaysia, SAIC Motor Malaysia turut melancarkan SUV segmen-B MG ZS EV. Hadir dengan satu varian sahaja, ia ditawarkan dengan harga atas jalan RM125,999 tanpa insurans. Tempahannya juga telah dibuka sejak akhir Februari lalu.

    MG ZS EV 2024 ini masih mengekalkan sistem mekanikal yang sama, sebagaimana model facelift terdahulu. Ia menawarkan kuasa hingga 176 PS (130 kW) dan tork 280 Nm. Motor elektriknya dijanakan oleh bateri lithium-ion 51.1 kWh, yang membolehnya mencapai jarak gerak hingga 320 km dengan pengecasan tunggal, mengikut kitaran WLTP. Daripada aspek prestasi, kereta seberat 1,610 kg ini boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 8 saat dan mencecah kelajuan maksimum 174 km/j.

    Bagi aspek pengecasan, ia mengambil masa lapan jam apabila menggunakan pengecas AC berkapasiti 7 kW, dan hanya sekitar 54 minit untuk mencapai tahap 10% hingga 80% sekiranya menggunakan pengecas pantas DC 50 kW.

    SUV elektrik ini berukuran 4,323 mm panjang, 1,809 mm lebar, 1,649 mm tinggi dan jarak rodanya cecah 2,585 mm. Ia memiliki ruang penyimpanan barangan di belakang berkapasiti 448 liter dan meningkat hingga 1,187 liter sekiranya tempat duduk belakang dibaringkan.

    Bagi imej luarannya, juga sama seperti model terdahulu, MG ZS EV masih tiada gril hadapan dan tempat pengecasannya masih berada di bahagian kanan hadapan dan mempunyai penutup yang terbuka ke tepi. Ia juga diberikan lampu utama ‘Silverstone’ Projector LED dengan lampu nyalaan siang (DRL), lampu isyarat sisi LED dan roda aloi lima-jejari 17-inci dengan kemasan perak.

    Selain itu, ia menampilkan rel bumbung rona perak, bumbung suria panoramik yang dikatakan terbesar dalam kelasnya (berukuran 1,365 mm panjang dan 870 mm lebar) serta lampu belakang ‘Phantom’ LED yang direka semula.

    Ciri kelengkapan bagi bahagian kabinnya pula termasuklah paparan skrin sesentuh baharu bersaiz 10.25-inci berbanding unit 10.1-inci pada model sebelum ini dan ia juga disepadukan dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto, paparan pelbagai-informasi tujuh-inci, rotary gear selector, pengecas tanpa wayar dan pendingin hawa automatik bersama corong untuk penumpang belakang.

    Selain itu, ia turut menampilkan panel sentuhan lembut dengan jahitan merah untuk papan pemukanya, roda stereng balutan kulit dengan jahitan merah, perehat tangan di tengah untuk tempat duduk belakang, tempat duduk hadapan larasan kuasa 6-cara, USB untuk perakam digital, dua USB port dengan satu unit untuk Type-C.

    Untuk sistem keselamatan, ZS EV dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu MG Pilot, yang merangkumi Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), AEB (dengan pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal), Kawalan kelajuan Adaptif (ACC), Bantuan Kesesakan Trafik (TJA), Amaran ketibaan Lorong (LDW), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Pengesan Titik Buta (BSD), Bantuan Menukar Lorong (LCA), Kepekaan Trafik Lintasan Belakang (RCTA) dan Bantuan Lampu Tinggi Pintar.

    Selain itu, ia juga diberikan enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Program Kestabilan Elektronik (ESP), Bantuan Mula Mendaki (HSA), sistem pemantauan tekanan tayar serta pengingatan tali pinggang keledar hadapan dan belakang.

    Untuk warna luarannya, ZS EV menerima empat pilihan iaitu Monument Silver, Black Pearl, Artic White dan Dynamic Red. Sama seperti MG4, MG ZS EV juga menerima pakej waranti kenderaan tujuh-tahun/150,000 km dan waranti lapan-tahun/180,000 km untuk bateri. Jika membuat tempahan dan mendaftar model MG ZS EV sebelum 30 April 2024, pembeli bakal menerima pakej eksklusif iaitu wallbox charger berkapasiti 7kW percuma termasuk pemasangan bernilai RM4,600.

     
     
  • MG4 EV 2024 dilancar di Malaysia – empat varian; hingga 435 PS/600 Nm, 520 km; dari RM103,999

    MG4 EV 2024 dilancar di Malaysia – empat varian; hingga 435 PS/600 Nm, 520 km; dari RM103,999

    Setelah dibuka tempahan sejak akhir Februari lalu, akhirnya barisan model MG4 EV dilancarkan secara rasminya untuk pasaran Malaysia. Hatchback lima-pintu elektrik penuh ini ditawarkan dengan empat varian iaitu Standard dengan harga atas jalan bermula RM103,999 tanpa insurans, Lux berharga RM128,999, RM148,999 untuk Lux Extended dan model spesifikasi padu XPower pula berharga RM158,999.

    Bagi varian Standard, ia diberikan motor tunggal dengan kuasa 125 PS (170 kW) dan tork 250 Nm, membolehkannya memecut 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat. Dengan menggunakan bateri lithium iron phosphate 51 kWh, ia boleh memberikan jarak gerak sehingga 350 km mengikut WLTP.

    Manakala untuk Lux pula, ia tampil dengan kuasa 150 PS (203 kW) dan tork yang sama dengan Standard, namun bagi pecutan 0-100 km/j mencecah 7.7 saat. Ia digandingkan dengan bateri lithium iron phosphate 64 kWh membolehkannya mencapai jarak gerak hingga 430 km mengikut WLTP.

    Untuk varian Lux Extended Range pula, ia mampu menghamburkan kuasa hingga 180 PS (245 kW) dan tork 350 Nm, dan pecutan dari 0-100 km/j mampu dicapai pada 6.1 saat. Dengan bateri lithium iron phosphate 77 kWh, ia mampu memberikan jarak gerak hingga 520 km mengikut WLTP. Ketiga-tiga varian ini dipacukan sistem roda belakang (RWD).

    MG4 EV 2024 dilancar di Malaysia – empat varian; hingga 435 PS/600 Nm, 520 km; dari RM103,999

    Bagi varian paling padu pula, XPower yang merupakan jentera pacuan semua-roda (AWD), diberikan padanan dwi-motor, sekaligus memberikannya ledakan kuasa cecah 435 PS dan tork 600 Nm. Walau bagaimana pun, ia dijanakan oleh bateri lithium iron phosphate berkapasiti 64 kWh dan memberikannya jarak gerak 384 km. XPower turut diberikan empat mod brek regeneratif dan Dynamic Cornering Control System yang disepadukan dengan locking electronic differential dan kawalan motor pintar untuk memudahkan penvektoran tork bagi kesemua empat rodanya.

    Kesemua varian MG4 ini menerima ciri Magnify i-Smart yang dipadankan dengan transmisi automatik kelajuan-tunggal dan diberikan lima mod pemanduan (Eco, Normal, Sport, Snow, Custom).

    MG4 turut dilengkapi port pengecasan Type 2 dan CCS2, dengan menggunakan pengecas AC 7 kW, ia mengambil masa selama lapan jam bagi varian Standard untuk mencapai pengecasan penuh, manakala Lux dan Xpower pula sekitar 8.5 jam serta Lux Extended Range pula mencecah 10 jam. Manakala jika menggunakan pengecas pantas DC 150 kW, tahap pengecasan 10% hingga 80% boleh dicapai dalam 26 minit sahaja untuk varian Lux dan XPower, manakala Standard dengan 37 minit serta Lux Extended Range pula sekitar 38 minit. Tiga varian teratas MG4 turut menerima on-board charger berkapasiti 11 kW, dengan dengan pengecasan penuh boleh dicapai dalam 5.1 jam bagi Lux dan XPower, manakala Lux Extended pula 6.2 jam.

    Hatchback EV ini memiliki ukuran dimensi 4,287 mm panjang, 1,836 mm lebar, 1,504 mm tinggi dan jarak rodanya 2,705 mm serta memiliki jarak kelegaan tanah (ground clearance) mencecah 117 mm. Bagi ruang penyimpanan barang di belakang, ia berkapasiti 363 liter dan boleh mencecah 1,177 liter sekiranya tempat duduk belakang dibaringkan.

    Dengan gaya ala crossover, hatchback ini menerima sentuhan rekaan penuh bergaya dan impresif. Gayanya cukup terserlah terutamanya pada garisan dan lekuk pada badannya yang menampakkan sifat yang lebih garang, sporty dan agresif.

    Bagi tiga varian teratas, ia diberikan lampu utama projektor LED dengan teknologi reflektif (unit projektor LED untuk Standard), palang pencahayaan sentral dengan paten di belakang, Twin Aero Spoiler, cermin sisi boleh lipat, roda aloi 18-inci (bersama kaliper jingga untuk XPower sahaja/Standard hanya aloi 17-inci) dan bumbung hitam.

    Manakala ciri standard untuk semua varian termasuk lampu nyalaan siang LED, lampu utama automatik on/off, spoiler belakang dan lampu belakang LED.

    Di dalamnya, sentuhan agak ringkas bagi sebuah EV, tanpa elemen futuristik. Ciri kelengkapan standard untuk semua varian terdiri daripada kokpit maya tujuh-inci, paparan ‘terapung’ 10.25-inci, kawalan suhu automatik, roda stereng balutan kulit dan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto. Selain itu, varian Standard hanya diberikan empat-pembesar suara, upholstery fabrik dan larasan manual bagi tempat duduk hadapan.

    MG4 EV 2024 dilancar di Malaysia – empat varian; hingga 435 PS/600 Nm, 520 km; dari RM103,999

    Manakala tiga varian teratas menerima enam-pembesar suara dengan efek 3D, dwi tona dengan jahitan jingga untuk serlahan kabin (Lux dan Extended Lux sahaja), pengecas telefon tanpa wayar, tempat duduk hadapan dengan larasan kuasa enam-cara, Mobile Phone BT Key, cermin pandang belakang auto-kelam, dan upholstery kulit Alcantara dengan rona hitam. Varian XPower pula menerima ciri tambahan metal sport pedal dan Launch Control.

    Barisan MG4 turut menerima ciri MG iSMART di mana enjin dan pendingin hawa boleh dihidupkan menerusi peranti telefon pintar pemiliknya. Selain itu, aplikasi ini juga mencatatkan sistem navigasi onboard, informasi kenderaan dalam masa sebenar seperti kondisi bateri, tahap bateri dan kondisi brek serta mengesan sekiranya ada pergerakan luar biasa kenderaan iaitu aplikasi ini boleh memaklumkan penggunaan kereta yang disyaki kecurian dengan serta-merta.

    Bagi aspek keselamatan dan bantuan pemandu, MG4 turut dilengkapi dengan MG Pilot yang merangkumi Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW), AEB dengan pengesan pejalan kaki dan penunggang basikal, Kawalan Kelajuan Adaptif (ACC), Bantuan Kesesakan Trafik (TJA), Amaran Ketibaan Lorong (LDW), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Bantuan Lampu Tinggi Pintar secara standard untuk semua varian.

    Manakala tiga varian tertinggi menerima ciri keselamatan tambahan iaitu Pengesan Titik Buta (BSD), Bantuan Tukar Lorong (LCA), Kepekaan Trafik Lintasan Belakang (RCTA), Amaran Membuka Pintu (DOW), dan kamera 360-darjah.

    Selain itu, kesemua varian juga diberikan enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Program Kestabilan Elektronik (ESP), Bantuan Mula Mendaki (HSA), sistem pemantauan tekanan tayar serta pengingatan tali pinggang keledar hadapan dan belakang.

    Untuk warna luarannya, MG4 ini diberikan tujuhan pilihan rona iaitu Holburn Blue, Camden Grey, Monument Silver, Black Pearl, Artic White, Dynamic Red dan Volcano Orange. Setiap pembelian MG4 didatangkan dengan waranti kenderaan tujuh-tahun/150,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu) dan waranti bateri selama lapan-tahun/180,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu). Penukaran bateri ‘one to one’ juga ditawarkan sekiranya ‘state-of-health’ bateri di bawah 70% dalam tempoh waranti.

    Jika membuat tempahan dan mendaftar model MG sebelum 30 April 2024, pembeli bakal menerima pakej eksklusif iaitu wallbox charger 7kW percuma termasuk pemasangan untuk MG4 Standard (bernilai RM4,600) dan 11 kW untuk MG4 Lux (RM5,200). Manakala pembelian MG4 Lux Extended Range dan MG4 XPower pula bakal menerima 1,000 kredit pengecasan percuma dengan DC Handal dam JomCharge.

    GALERI: MG4 Standard 2024

    GALERI: MG4 Lux 2024

    GALERI: MG4 Lux Extended 2024

    GALERI: MG4 XPower 2024

     
     
  • JPJ eBid: DFA dan CEX dibuka untuk bidaan

    Bagi yang mencari-cari plat nombor pendaftaran untuk kenderaan baharu, ini ada lagi dua pilihan siri yang telah diumumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seperti biasa, bidaan dilakukan menerusi platform dalam talian, JPJ eBid.

    Siri nombor pendaftaran terkini Kelantan, DFA, telah pun dibuka bidaan sejak 23 Mac 2024 dan ia berlangsung selama lima hari iaitu sehingga jam 10 malam ini, 27 Mac. Seperti biasa, keputusannya akan keluar pada keesokan harinya 28 Mac 2024. Keseluruhan proses kini secara dalam talian, dan pembida akan menerima berita baik (atau buruk) menerusi e-mel.

    Manakala bagi siri nombor pendaftaran terkini dari Pahang pula, CEX, bidaannya akan dibuka pada 14 April 2024. Ia berlangsung selama lima hari dan akan berakhir jam 10 malam pada 18 April 2024. Keputusannya akan dikeluarkan sehari selepas bidaan ditutup iaitu pada 19 April ini.

    Dah tak perlu nak dapatkan khidmat pihak ketiga termasuk runner yang adakalanya menetapkan kadar caj yang tidak masuk akal. Jadi, anda boleh lakukan sendiri bidaan ini. Untuk mengetahui cara-cara untuk membida menerusi JPJ eBid, anda boleh KLIK PAUTAN INI.

     
     
  • Perodua dipilih terajui EV mampu milik tempatan

    Perodua dipilih terajui EV mampu milik tempatan

    Dalam satu hantaran di media sosial Facebook rasminya, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) Tengku Zafrul Abdul Aziz memberi bayangan bahawa hujung tahun depan bakal ada sebuah EV mampu milik untuk warga Malaysia yang dapat dijadikan kenyataan.

    Lebih menarik, menurutnya lagi, Perodua telah dipilih sebagai peneraju pengeluaran EV mampu milik tempatan di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP2030). Ini antara lain adalah langkah memperkenalkan EV dalam segmen yang lebih mudah dicapai kerana penawaran EV ketika ini, walaupun dengan insentif daripada kerajaan, tetap pada harga yang terlalu tinggi yang hanya boleh dimanfaatkan oleh segelintir pengguna sahaja.

    Untuk itu, Zafrul juga memaklumkan bahawa beliau sudah bertemu dan berbincang dengan Perodua bagi mengetahui lebih lanjut perkembangan projek EV syarikat itu, dan untuk mengenal pasti bagaimana kerajaan boleh membantu untuk menjayakannya. Ini sudah tentu akan menyumbang perkembangan kepada kesejahteraan ekonomi negara.

    Perodua dipilih terajui EV mampu milik tempatan

    Mei tahun lalu, Perodua pernah mempamerkan model EM-O Concept yang disifatkan sebagai rekaan EV pertama yang akan dibangunkan oleh syarikat itu. Selain itu, ia juga menjadi gambaran kepada reka bentuk yang mungkin akan diterjemahkan kepada model Myvi generasi akan datang kelak.

    Rekaan berkenaan antara lain telah diberikan ukuran dimensinya — 3,895 mm panjang, 1,735 mm lebar dan 1,515 mm tinggi, dengan jarak antara roda 2,500 mm, yang agak mirip dengan Myvi sedia ada. Di dalam laporan yang lain pula, Perodua sebelum ini pernah dikhabarkan sedang membangunkan kemampuan vendor-vendornya dan akan memasang EV secara CKD di Malaysia.

    Jadi, adakah EV mampu milik tempatan ini semakin hampir untuk menjadi kenyataan?

     
     
  • Bangkok 2024: Changan Lumin sedia jarak gerak 301 km, cas DC, badan dua pintu, harga dari RM62k

    Bangkok 2024: Changan Lumin sedia jarak gerak 301 km, cas DC, badan dua pintu, harga dari RM62k

    Satu perkara yang jelas semasa Bangkok International Motor Show (BIMS) 2024 adalah pengeluar China seakan mendominasi tapak pameran dan ini termasuk juga jenama Changan, yang membawa Deepal, Avatr dan Lumin. Dalam muatan ini, anda dapat melihat model Lumin, yang merupakan sebuah kereta EV bandar kecil dan turut dijadikan sebagai hadiah cabutan bertuah untuk pengunjung BIMS 2024.

    Anda boleh bayangkan Lumin ini seperti Wuling Air EV, tetapi dengan muka yang lebih lucu seperti kartun dan mata bulat yang sepet. Changan mengikuti bentuk kereta petak dua pintu yang dipopularkan oleh Wuling, sementara saiznya pula sedikit lebih besar.

    Secara tepat, ukurannya adalah 3,270 mm panjang dan 1,700 mm lebar, menjadikannya 296 mm lebih panjang dan 195 mm lebih lebar berbanding Wuling Air, sementara jarak roda 1,980 mm pula adalah 30 mm lebih pendek. Ruang simpanan belakang yang disediakan cuma 104 liter, tetapi apabila tempat duduk belakang dilipat, ia menjadi 580 liter.

    Lumin digerakkan oleh motor elektrik 48 hp yang mendapat kuasa daripada bateri lithium ion CATL. Unit 27.98 kWh ini boleh memberi jarak gerak 301 km (NEDC) dan mencapai kelajuan maksimum 101 km/j. Untuk pengecasan AC ia boleh menerima sehingga 3.3 kW, sementara apabila menggunakan DC, versi 28.08 kWh boleh menerima sehingga 50 kW dan bateri boleh naik 30-80% dalam masa 35 minit.

    Ini adalah satu spesifikasi EV yang sederhana dan harganya juga sederhana. Lumin versi AC dijual pada harga 479,000 baht (RM62,332), manakala versi yang boleh menerima pengecasan DC dijual pada harga 499,000 baht (RM64,935). Ini juga sebenarnya berada dalam lingkungan yang sama seperti Wuling Air.

    Dengan harga ini juga anda akan mendapat kelengkapan seperti lampu projector halogen, lampu penunjuk arah LED, rim 14 inci dengan tayar 165/70, sistem tanpa kunci dan butang pemula enjin, panel meter digital 7.0 inci, skrin tengah 10.25 inci, sambungan bluetooth, tempat duduk fabrik, kamera dan pengesan undur, pemerhati tekanan angin tayar, ESP dan dua beg udara.

     
     
  • Bangkok 2024: Isuzu D-Max EV Concept tiba pada 2025

    Bangkok 2024: Isuzu D-Max EV Concept tiba pada 2025

    Isuzu D-Max EV Concept telah dipamerkan di Bangkok International Motor Show 2024 selepas mula didedah minggu lalu. Ini adalah gambaran kepada versi produksi bagi trak pikap D-Max bateri-elektrik yang akan dilancarkan di beberapa pasaran Eropah pada 2025 seperti di Norway, sebelum ke pasaran United Kingdom, Australia, Thailand dan lain-lain, dan akan diproduksi di Thailand.

    Tampil dengan bentuknya yang sangat dikenali selama ini, D-Max EV Concept diberikan sepilihan sentuhan penggayaan yang membezakannya daripada versi diesel yang sudah berada dalam pasaran. Seperti kebiasaan EV, bahagian depan dan tertutup, dengan wajah depan diberikan lebih banyak kemasan hitam, dan juga kemasan biru di bahagian dalaman gril.

    Perincian sebelum ini menyatakan yang D-Max EV Concept ini menggunakan sistem pengurusan bateri yang sama daripada Elf EV, dan ia disepadukan ke dalam casis ladder frame trak pikap berkenaan.

    Bangkok 2024: Isuzu D-Max EV Concept tiba pada 2025

    Bateri lithium-ion yang digunakan mempunyai kapasiti 66.9 kWh, dan menyediakan kuasa untuk dua motor yang digunakan; motor di depan menghasilkan output 40 kW (54 PS) dan 108 Nm, sementara motor belakang dengan janaan 90 kW (122 PS) dan 217 Nm — memberikan output gabungan 177 PS dan 325 Nm, dengan laju maksimum didakwa 130 km/j.

    Isuzu memaklumkan kapasiti beban muatannya satu tan untuk D-Max EV Concept ini, selari dengan kemampuan trak lain dalam segmen pikap trak. Bagaimanapun, perincian lain berkaitan jarak perjalanan, kapasiti pengecasan dan harga masih belum didedahkan.

     
     
  • Bangkok 2024: Mitsubishi Xpander HEV facelift guna gabungan enjin 1.5L MIVEC dengan motor 116 PS

    Bangkok 2024: Mitsubishi Xpander HEV facelift guna gabungan enjin 1.5L MIVEC dengan motor 116 PS

    Mitsubishi Xpander sudah berada dalam pasaran agak lama, tetapi Februari lepas, Mitsubishi memperkenalkan versi HEV di Thailand. Memandangkan wakil kami berada di sana sekarang, ini kami bawakan gambar kedua-dua model baru tersebut.

    Sudah tentu, perubahan paling besar adalah pada enjinnya, di mana versi HEV ini menggunakan penggerak hibrid elektrik-petrol, yang menggabungkan enjin 1.6 liter MIVEC NA dengan generator, transaxle, unit kawalan pacuan elektrik dan bateri lithium-ion.

    Enjin pembakarannya adalah unit 4A92 1,590 cc empat-silinder sebaris petrol dengan nisbah mampatan 14:1, mampu menghasilkan 95 PS pada 5,100 rpm dan tork 134 Nm pada 4,500 rpm. Motor pacuan elektrik pula mampu menghamburkan kuasa maksimum hingga 116 PS dan tork 255 Nm, dipacukan ke roda hadapan.

    Tujuh mod pacuan ditampilkan untuk Xpander HEV dan Xpander Cross HEV iaitu Normal, Charge, EV, Wet, Gravel, Tarmac dan Mud. Selain itu, ia juga diberikan Active Yaw Control ciptaan Mitsubishi sendiri untuk kedua-dua model ini.

    Casis untuk Xpander HEV dan Xpander Cross HEV diberikan larasan yang agak sama, termasuk menampilkan topang MacPherson di hadapan dan palang torsion di belakang. Suspensi ini juga telah dipertingkatkan untuk memberikan pengendalian yang lebih selesa dan lancar, kata Mitsubishi. Rim menggunakan saiz 17 inci, dibalut tayar 205/55R17.

    Untuk ruang dalam, Xpander HEV dan Xpander Cross HEV diberikan ciri naik taraf, dengan menerima panel instrumen LCD berwarna lapan-inci baharu bersama penukar transmisi elektronik. Manakala paparan skrin sesentuh infotainmen sembilan-inci turut menerima bezel yang sedikit berlainan dan menyokong fungsi Apple CarPlay dan Android Auto.

    Roda stereng juga direka semula, dengan memberikan ciri baharu kawalan pelbagai-fungsi. Manakala kawalan suhu pula diberikan kawalan digital, sama seperti Xpander facelift, dan turut menerima penapis zaraj PM2.5.

    Untuk aspek keselamatan, kedua-dua Xpander HEV dan Xpander Cross HEV ini menerima ABS, EBD, bantuan brek, bantuan mula mendaki, kawalan cengkaman dan kawalan kestabilan dengan pengunci pintu penderia-kelajuan. Sementara ciri keselamatan pasif merangkumi dua beg udara hadapan dan keluli ketahanan tinggi untuk binaan struktur kerangkanya.

    Harga untuk Xpander HEV adalah 933,000 baht (RM121,100) untuk varian standard, dan 961,000 baht (RM124,700) untuk Xpander Cross HEV. Ini adalah lebih tinggi 21,000 baht (RM2,700) dan 15,000 baht (RM1,900) berbanding masing-masing Xpander GT dan Xpander Cross versi petrol.

    GALERI: Mitsubishi Xpander HEV

    GALERI: Mitsubishi Xpander Cross HEV

     
     
  • Bangkok 2024: Toyota Hilux Revo facelift bersama varian GR Sport Wide Tread; harga dari RM76k

    Bangkok 2024: Toyota Hilux Revo facelift bersama varian GR Sport Wide Tread; harga dari RM76k

    Selepas dilancarkan untuk pasaran Thailand minggu lepas, sekarang kami bawakan gambar sebenar versi Toyota Hilux facelift yang lebih ranggi dan agresif, iaitu Hilux Revo GR Sport Wide Tread, bersama satu lagi varian, iaitu Z Edition yang dipamerkan di Bangkok International Motor Show (BIMS) 2024.

    Pada bahagian enjin, Hilux Revo GR Sport Wide Tread masih menggunakan unit empat silinder diesel turbo 2.8 liter 1GD-FTV, tetapi kini mampu menghasilkan 224 PS (221 hp atau 165 kW) pada 3,400 rpm dan tork 550 Nm dari 1,600 hingga 2,800 rpm – sama seperti varian GR Sport di Malaysia.

    Walaubagaimanapun, penampilannya dijadikan lebih garang seperti model pasaran Australia, dengan menerima bampar hadapan dan belakang yang lebih agresif, serta kit widebody bersama kemasan fender yang menambah lebarnya sebanyak 140 mm di hadapan dan 155 mm di belakang. Rim menggunakan unit 17 inci dengan tayar BF Goodrich AT 265/65.

    Kedudukan trak ini juga adalah lebih tinggi, hasil daripada penggunaan penyerap baru dan kelegaan dari tanahnya bertambah 37 mm menjadi 217 mm. Perubahan lain yang dibuat adalah termasuk spring yang ditala semula, stabiliser bar hadapan lebih besar, wishbone depan lebih tebal, tambahan titik kimpal pada casis, brek cakera belakang (sebelum ini dram) dan cakera brek hadapan lebih besar.

    Kelengkapan lain yang diberi adalah termasuk lampu utama LED bi-beam, lampu kabus LED, tempat duduk balutan suede/kulit, roda stereng dengan tanda GR Sport, kawalan pendingin hawa dua zon, telematik T-Connect, kamera 360 darjah, sistem tanpa kunci, tujuh beg udara serta sistem keselamatan biasa seperti Hill Start Assist, Hill Descent Control, Adaptive Cruise Control, Autonomous Emergency Braking, Blind Spot Monitoring, Lane Departure Warning dan Prevention dan Rear Cross Traffic Alert.

    Di bahagian dalam, varian GR Sport ini menerima sistem infotainmen dengan skrin sesentuh 10.25 inci baru serta sistem yang boleh disambung kepada Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar. Senarai kelengkapan turut ditambah dengan cermin belakang boleh malap sendiri, pad pengecas tanpa wayar, soket pengecas USB-C untuk penumpang belakang dan corak kemasan baru.

    Hilux Revo GR Sport Wide Tread ini dijual di Thailand pada harga 934,000 baht (RM121,230) dan dipamerkan bersama beberapa lagi varian Hilux facelift di BIMS 2024. Enjin 2.8L diesel turbo pada Hilux Revo varian selain GR Sport Wide Tread menghasilkan kuasa lebih rendah, iaitu 204 PS dan 500 Nm.

    Turut disediakan adalah varian yang menggunakan enjin empat silinder 2.4L diesel turbo, yang menghasilkan 150 PS pada 3,400 rpm dan tork 400 Nm antara 1,600 rpm ke 2,000 rpm. Ia boleh didapati dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik enam kelajuan.

    Harga untuk Hilux Revo facelift di Thailand bermula dari 584,000 baht (RM75,763) untuk Standard Cab dan diikuti 669,000 baht (RM86,786) untuk Z Edition, 775,000 baht (RM100,624) untuk Prerunner dan 4×4, 1,006,000 baht (RM 130,574) untuk Rocco dan seterusnya 934,000 baht (RM121,230) untuk GR Sport Wide Tread.

    GALERI: Toyota Hilux Revo GR Sport Wide Tread

    GALERI: Toyota Hilux facelift

     
     
  • Perlukah kita tunggu ‘lampu biru’ pada paparan instrumen padam sebelum kereta boleh bergerak?

    Perlukah kita tunggu ‘lampu biru’ pada paparan instrumen padam sebelum kereta boleh bergerak?

    Semalam tular satu hantaran video oleh seorang pengguna TikTok bernama Honda Lady, menunjukkan dia menunggu ‘lampu biru’ pada paparan instrumen untuk padam terlebih dahulu, sebelum penghawa dingin boleh dihidupkan dan kereta baru boleh bergerak.

    Pemilik video tersebut tidak menyatakan mengapa ia berbuat demikian, namun menerusi komen-komen yang dihantar oleh pengguna lain dapat dilihat ramai yang bersetuju dengan ‘amalan’ berkenaan dan mendakwa ia adalah untuk memanjangkan jangka hayat enjin tersebut dan mengelakkan dari kerosakan berlaku. Jadi betul ke dakwaan-dakwaan ini?

    Bagi yang belum mengetahui, ‘lampu biru’ pada paparan instrumen berkenaan sebenarnya adalah petunjuk bahawa suhu operasi enjin masih belum mencapai tahap optimum. Lampu ini hanya diberikan pada kereta-kereta yang tidak mempunyai tolok/meter suhu penyejuk enjin (engine coolant tempreature gauge) pada paparan instrumen mereka, di mana biru menandakan ia belum sampai suhu operasi, tiada lampu menyala menandakan suhu sudah pada tahap optimum, dan lampu merah menyalakan menandakan enjin sudahpun mencapai suhu panas melampau (overheat).

    Jadi amalan menunggu sehingga ‘lampu biru’ padam ini sebenarnya adalah sama dengan amalan memanaskan enjin pada kereta lama, khususnya yang menggunakan sistem karburator yang telah hampir pupus pada era 90’an. Untuk sistem karburator tersebut, dalam keadaan yang terlalu sejuk, ia tidak akan memberikan campuran udara-bahan api yang tepat pada enjin, seterusnya tidak akan memberikan prestasi yang optima ketika memandu.

    @n.natashaaass

    35C

    ♬ original sound – pipija

    Pada era 80’an dan ke bawah, sistem karburator mempunyai satu injap khas yang dipanggil injap choke yang perlu ditarik secara manual oleh pemandu menerusi tuil yang terletak pada papan pemuka. Injap berkenaan akan memberikan nisbah campuran bahan api lebih ‘rich‘, seterusnya menaikkan kelajuan pepura (idling speed) enjin dan mempercepatkan suhu optima dicapai.

    Manakala pada era 90’an, kebanyakkan kenderaan yang menggunakan karburator sudahpun dibekalkan dengan sistem auto-choke, di mana injap choke berkenaan akan berfungsi secara automatik berdasarkan suhu cecair penyejuk enjin (coolant).

    Bagi sistem suntikan bahan api yang digunakan oleh kereta-kereta moden, ia adalah lebih canggih dimana nisbah campuran bahan api akan sentiasa berubah berdasarkan suhu sekeliling, dan ia boleh memberikan nisbah yang paling optima dalam apa jua keadaan sekalipun. Jadi untuk kereta moden yang menggunakan sistem ini, anda sebenarnya tidak lagi perlu memanaskan enjin sehingga ‘lampu biru’ tersebut padam terlebih dahulu sebelum boleh mula bergerak.

    Jadi bagaimana pula dengan komponen-komponen logam dalam enjin? Bukankah ia tidak cukup ‘mengembang’ sekiranya beroperasi pada suhu yang belum mencapai tahap optima dan mungkin akan ‘terkejut’ sekiranya ia terus dipaksa bergerak dalam keadaan sejuk?

    Perlukah kita tunggu ‘lampu biru’ pada paparan instrumen padam sebelum kereta boleh bergerak?

    Jurutera-jurutera juga sebenarnya tidak terlepas pandang dalam aspek ini. Justeru, material yang digunakan enjin-enjin moden juga sebenarnya telah direka bagi membolehkan enjin beroperasi pada keadaan tersebut, dan tidak akan mendatangkan masalah sekiranya kereta terus bergerak selepas enjin dihidupkan tanpa dipanaskan terlebih dahulu.

    Namun ini bukan bermakna sebaik sahaja enjin dihidupkan, anda boleh terus bergerak dengan melenjan enjin berkenaan semahunya. Adalah dinasihatkan kereta berkenaan dipandu dengan cermat sebelum lampu biru tersebut padam. Ini akan memberikan masa untuk minyak pelincir sampai ke setiap komponen yang perlu dilindungi, serta membolehkan tekanan hidraulik pada sistem transmisi automatik turut mencapai tahap optima untuk beroperasi.

    Proses bergerak secara cermat sebelum ‘lampu biru’ ini padam juga sebenarnya akan lebih mempercepatkan enjin panas berbanding enjin dihidupkan tanpa bergerak.

    Dah faham? Jadi selepas ini tak perlu lah anda berpeluh-peluh menahan panas dalam kereta semata-mata mahu mempercepatkan proses memanaskan enjin dengan tidak menghidupkan penghawa dingin, dan membuang masa menunggu ‘lampu biru’ padam sebelum bergerak. Kita dah berada dalam tahun 2024, jadi hidupkan enjin, hidupkan penghawa dingin, dan terus bergerak dengan perlahan terlebih dahulu, dan pandulah seperti biasa apa bila ‘lampu biru’ tersebut padam.

     
     
  • Kembalikan seri kereta anda sempena Hari Raya dengan servis polish Carro Care dari hanya RM130

    Kembalikan seri kereta anda sempena Hari Raya dengan servis <em>polish</em> Carro Care dari hanya RM130

    Satu daripada manfaat utama untuk menggilap (polish) kenderaan adalah untuk mendapatkan penampilan terjaga dan berkilat seperti kenderaan baru. Dengan penggilap profesional, kereta anda akan kelihatan segar seperti baru keluar dari kilang. Bahkan kereta lama juga boleh nampak baru walaupun telah berusia beberapa tahun.

    Jadi, jika anda tidak ada perancangan untuk mendapatkan sebuah kereta baru untuk Raya ini, mungkin menggilap kereta anda yang sedia ada merupakan cara terbaik untuk kembalikan serinya?

    Carro Care kini sedang mengadakan promosi yang membolehkan anda mengembalikan kilauan kereta anda dengan cara menggilapnya dari hanya serendah RM130. Ini melibatkan potongan RM88 daripada harga biasa.

    Apa yang perlu dilakukan hanyalah klik di sini dan isi borang yang disediakan. Carro Care akan menghubungi anda untuk menetapkan temujanji.

    Kembalikan seri kereta anda sempena Hari Raya dengan servis <em>polish</em> Carro Care dari hanya RM130

    Apa itu menggilap kereta?

    Polish atau menggilap kenderaan melibatkan penggunaan bahan abrasif untuk menanggalkan lapisan halus dipermukaan cat, untuk menghilangkan kerosakan halus seperti calar, kesan air, pengoksidaan dan lain-lain di permukaan kereta anda. Ia seperti menanggalkan kulit kereta dengan menggunakan scrub, dan membuang lapisan cat lapisan lutsinar yang rosak untuk mendapatkan lapisan baru yang lebih segar. Ini dicapai melalui penggunaan putaran pad dan bahan abrasif gilap.

    Kelebihan utama untuk menggilap kereta termasuklah:

    • Mengembalikan seri dan kilauan: Menggilap akan menanggalkan lapisan kusam dan teroksida di permukaan cat, dan memunculkan warna lebih segar di bawahnya. Pengembalian warna dan kilauan asal cat ini akan mempertingkat penampilan kereta anda.
    • Menanggalkan ketidaksempurnaan: Dengan memperhalus permukaan daripada kekusaman, menggilap boleh mengurangkan kesan calar, kesan air dan goresan serta membolehkan penampilan yang lebih sekata dicapai.
    • Mempertingkat perlindungan: Permukaan halus dan digilap lebih berkesan untuk menghindari air, kotoran dan bahan pencemar lain yang boleh memburukkan lagi kerosakan cat kereta anda. Selain itu, menggilap akan menyediakan cat untuk penggunaan wax atau bahan pengedap lain, yang boleh dijadikan lapisan pelindung tambahan.
    • Meningkatkan nilai jual-semula: Kenderaan yang dijaga dengan baik dan rapi tidak hanya akan tampil menarik, tetapi juga boleh meningkatkan nilai jual-semulanya, kerana ia mencerminkan penjagaan dan penyelenggaran yang teliti oleh pemilik.
    • Memanjangkan hayat cat: Menggilap dengan kerap (jika dilakukan dengan betul dan tidak secara berlebihan) boleh membantu mengekalkan kualiti dan keadaan asal cat untuk jangka masa yang lama, dan berpotensi melengahkan keperluan untuk membaik pulih cat yang lebih mahal dan susah, atau keperluan untuk mengecat semula secara keseluruhanya.

    Berapa kerap boleh menggilap kereta?

    Sama seperti membuat scaling gigi, anda tidak boleh melakukannya terlalu kerap! Menggilap secara berlebihan boleh menipiskan cat yang boleh membawa kepada kerosakannya. Apatah lagi, memahami jenis cat dan keadaannya juga sangat penting sebelum menggilap, memandangkan sebahagian cat baru dan khas memerlukan langkah yang berbeza. Inilah sebab mengapa anda perlu pergi kepada profesional seperti Carro Care yang mempunyai pakar dalaman seperti Yama-san untuk menilai jenis dan tahap cat kereta anda.

    Bagaimana untuk menikmati tawaran Carro Care ini?

    Anda hanya perlu klik di sini dan isi borang. Carro Care akan menghubungi anda untuk membuat temujanji.

     
     
  • Chery Tiggo 7 Pro dipertonton di M’sia — 1.6L, 197hp, 290 Nm, 7DCT; tempahan dibuka, bawah RM130k

    Chery Tiggo 7 Pro dipertonton di M’sia — 1.6L, 197hp, 290 Nm, 7DCT; tempahan dibuka, bawah RM130k

    Minggu lalu, Chery Tiggo 7 Pro sudah pun mula dibuka untuk pendaftaran minat bagi pelanggan di Malaysia. Dan hari ini, model terbabit dipertontonkan kepada media dalam satu majlis taklimat, sekaligus mengesahkan ketibaannya ke pasaran tempatan dalam masa terdekat. Harga anggaran SUV ini ialah di bawah RM130k.

    Sama seperti dua model Chery yang sudah dilancarkan di sini, iaitu Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro, SUV Tiggo 7 Pro ini juga akan dijual dalam bentuk pemasangan tempatan (CKD) dari kilang di Kulim, Kedah.

    Untuk pasaran Malaysia, Tiggo 7 Pro ini akan ditawarkan dengan enjin 1.6 liter empat-silinder turbo yang menjana kuasa sebanyak 197 hp dan 290 Nm tork. Ini digandingkan pula bersama transmisi automatik tujuh-kelajuan klac berkembar (7DCT — dengan keupayaan beban tork 390 Nm, lebih tinggi daripada janaan tork enjinnya). Dari segi prestasi, gandingan tersebut membolehkannya mencapai pecutan 0-100 km/j dalam masa 8.3 saat. Kadar penggunaan minyak pula didakwa mampu memberikan bacaan 7.0L/100 km.

    Chery Tiggo 7 Pro dipertonton di M’sia — 1.6L, 197hp, 290 Nm, 7DCT; tempahan dibuka, bawah RM130k

    SUV dalam segmen C ini bakal menjadi pesaing kepada model-model sedia ada alam pasaran tempatan seperti Proton X70, Honda CR-V dan Mazda CX-5. Ia mempunyai dimensi ukuran 4,513 mm panjang, 1,696 mm tinggi, 1,862 mm lebar dengan jarak rodanya pula ialah 2,670 mm. Jarak kelegaan tanahnya ialah 175 mm.

    Jika dibandingkan dengan model Omoda 5, Tiggo 7 Pro ini lebih panjang 113 mm dan 32 mm lebih lebar. Panjang keseluruhannya pula hampir sama dengan Proton X70 yang hadir dengan panjang 4,519 mm. Ruang kargo untuk barangan dapat menampung kapasiti dari 475 liter hingga 1,672 liter. Bukaan pintu belakang berkuasa ruang kargo juga boleh dilakukan dari jarak jauh.

    Tiggo 7 Pro juga dilengkapi dengan rim aloi 18-inci, sistem bantuan pemandu ADAS dengan 17 fungsi, sambungan tanpa wayar untuk Apple CarPlay dan Android Auto, bumbung panoramik dan kerusi depan lengkapi dengan liang pengudaraan. Tidak ketinggalan ialah ciri lampu ambient dengan 64 pilihan warnya. Pengecas telefon tanpa wayar 50W turut disediakan, beserta dengan sistem penyejukan aktif untuk mengawal suhu telefon ketika dalam proses tersebut.

    Chery Tiggo 7 Pro dipertonton di M’sia — 1.6L, 197hp, 290 Nm, 7DCT; tempahan dibuka, bawah RM130k

    Ia juga akan dilengkapi dengan ciri umum yang terdapat pada kenderaan Chery ketika ini, seperti kamera pemantau “540-darjah”, sistem audio Sony dengan lapan-pembesar suara dan juga paparan dua skrin berkembar dengan saiz keseluruhannya 25.6-inci. Penghidup enjin jarak jauh juga dihadirkan secara standard.

    Model ini turut dilengkapi dengan Advanced Driver Assistance System 2.5. Terdiri didalamnya ada fungsi seperti Front Collision Warning (FCW), Adaptive Cruise Control (ACC), Multi Collision Brake (MCB), Door Open Warning (DOW), Integrated Cruise Assist (ICA), Rear Collision Warning (RCW), Lane Departure Prevention (LDP), Blind-spot Detection (BSD), Autonomous Emergency Braking (AEB), Lane Departure Warning (LDW), Traffic Jam Assistant (TJA), Rear Cross Traffic Braking (RCTB), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Lane Change Assist (LCA), Lane Departure Reminder (LDR) dan Emergency Lane Keeping (ELK).

    Chery Tiggo 7 Pro akan ditawarkan dalam empat warna; Bloodstone Red dengan bumbung hitam, Carbon Black, Vanilla Blue dan Khaki White dengan bumbung hitam. Ia kini mula dibuka untuk tempahan dan akan dipamerkan di semua bilik pameran Chery di seluruh negara. Serahan kepada pelanggan dijangka akan dilakukan bermula hujung Mei nanti.

     
     
  • Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 – Operasi LRT Bukit Jalil dilanjut hingga 12.30 t/mlm, 26 Mac

    Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 – Operasi LRT Bukit Jalil dilanjut hingga 12.30 t/mlm, 26 Mac

    Rapid KL telah mengumumkan bahawa operasi stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga jam 12.30 tengah malam pada 26 Mac 2024.

    Ia adalah sempena dengan perlawanan bola sepak pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 di antara pasukan Malaysia menentang Oman yang bakal berlangsung malam esok (26 Mac) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

    Walau bagaimana pun, para penumpang diingatkan untuk menggunakan kad Touch ‘n Go bagi memudahkan perjalanan. Sila pastikan baki tambah nilai di dalam kad berkenaan mencukupi.

     
     
  • Bangkok 2024: Toyota Corolla Cross facelift – HEV Premium, GR Sport; berwajah baharu, kemaskini kabin

    Bangkok 2024: Toyota Corolla Cross facelift – HEV Premium, GR Sport; berwajah baharu, kemaskini kabin

    Walau pun Bangkok International Motor Show (BIMS) 2024 dibanjiri jenama China, namun tumpuan tetap diberikan untuk kontijen Jepun, dengan didahului Toyota yang tampil bersama Corolla Cross facelift. SUV yang disemak semula ini dilancarkan di Thailand pada bulan lalu, namun ini merupakan penampilan pertamanya di khalayak ramai.

    SUV ini ditampilkan dengan wajah baharu, di mana gril downturned besar pada model semasa telah digantikan dengan paten hexagonal perforation (lebih kurang sama dengan Lexus RX).

    Palang pemantul nipis disambung dengan lampu utama telah pun digugurkan dari model pasaran Jepun dan Eropah dan ia digantikan dengan indikator jujukan. Di bawahnya terdapat sepasang saluran masuk udara palsu yang menjadikan Corolla Cross nampak lebih sporty. Selain daripada bahagian hadapan, satu-satunya perubahan yang kelihatan ialah pilihan roda aloi 17- dan 18-inci baharu, serta lampu belakang yang disemak sedikit telah dikeluarkan dari dua pasaran yang disebutkan di atas.

    Bangkok 2024: Toyota Corolla Cross facelift – HEV Premium, GR Sport; berwajah baharu, kemaskini kabin

    Untuk bahagian kabinnya, Corolla Cross menerima paparan instrumen 12.3-digital sepenuhnya, dan skrin sesentuh infotainmen 10.1-inci yang lebih besar dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Selain itu, kelihatan Dark Red upholstery seperti yang anda boleh lihat di sini.

    Tetapi perubahan terbesar ialah Corolla Cross akhirnya menggugurkan brek parkir kendalian kaki dan digantikan dengan brek parkir elektronik. Ia juga diberikan fungsi penahan brek auto serta kawalan kelajuan adaptif (ACC) dengan fungsi stop-and-go sepenuhnya.

    Sistem ACC merupakan sebahagian daripada kelengkapan Toyota Safety Sense, yang turut termasuk dengam brek kecemasan sendiri, bantuan pemusatan lorong dan lampu tinggi automatif. Ia adalah untuk model hibrid, dengan varian tertinggi HEV Premium Luxury dan GR Sport yang juga menerima ciri pedal misapplication control.

    Bangkok 2024: Toyota Corolla Cross facelift – HEV Premium, GR Sport; berwajah baharu, kemaskini kabin

    Toyota masih mengekalkan mekanikal yang sama, di mana model asas Corolla Cross masih terus dijanakan enjin 1.8 liter 2ZR-FBE Dual VVT-i berkuasa 140 PS/177 Nm dan CVT. Manakala HEV Premium, HEV Premium Luxury dan GR Sport diberikan versi Atkinson-cycle VVT-i 98 PS/142 Nm dengan padanan motor elektrik 72 PS/163 Nm yang mampu memberikan keseluruhan kuasa mencecah 122 PS.

    Harga bagi pasaran Thailand ialah dari 999,000 baht (RM133,093) untuk 1.8 Sport Plus,meningkat ke 1,094,000 baht (RM145,749) untuk HEV Premium, 1,204,000 baht (RM160,404) untuk HEV Premium Luxury dan 1,254,000 baht (RM167,065) bagi HEV GR Sport.

    Kami juga memaparkan foto galeri untuk HEV GR Sport, yang menampilkan kit badan yang sama, aloi 18-inci yang unik dan kelengkapan dalaman seperti sebelum ini, dipadankan dengan lampu utama dan lampu belakang baharu dan kabin yang dipertingkatkan.

    GALERI: Toyota Corolla Cross HEV Premium facelift di BIMS 2024

    GALERI: Toyota Corolla Cross HEV GR Sport facelift di BIMS 2024

     
     
  • Promosi Raya Carro 2024 tawar hadiah RM100,000!

    Promosi Raya Carro 2024 tawar hadiah RM100,000!

    Carro (sebelum ini dikenali sebagai myTukar) sedang meraikan musim Raya pertamanya di Malaysia di bawah penjenamaan baharu tersebut dengan menawarkan hadiah bernilai RM100,000 untuk dimenangi dalam kempen promosi Raya bagi kereta Carro Certified.

    Untuk berpeluang memenangi rebat tunai Carro, TV Android Philips 43-inci, baucar hadiah Habib dan baucar petrol, apa yang perlu anda lakukan ialah membeli sebuah kereta Carro Certified antara 18 Mac hingga 30 April 2024, dan dapatkan serahan kereta tersebut sebelum 14 Mei 2024.

    800 pelanggan terawal yang membeli kereta Carro Certified akan turut menerima baucar Carro Care bernilai lebih RM1,000.

    Kereta Carro Certified terpilih kini sedang diberikan tawaran dengan potongan harga sehingga RM8,000!

    Ketika anda membeli kereta Carro Certified, anda diberi jaminan untuk menerima sebuah kereta yang Sebaik Kereta Baharu. Pemeriksaan menyeluruh 160-poin oleh Carro memastikan semua kekurangannya dikenal pasti dan diperbaiki terlebih dahulu.

    Kereta Carro Certified diberikan semua ini:

    • Jaminan pulangan wang dalam tempoh lima-hari
    • Jaminan 12-bulan untuk enjin dan kotak gear
    • Tidak diubah bacaan meter jarak perbatuan
    • Tidak pernah terlibat dalam kemalangan teruk, serta tiada kerosakan akibat terbakar atau banjir untuk semua kereta

    Anda boleh meninjau semua kereta Carro Certified di laman web Carro Malaysia atau Carro Certified di oto.my.

     
     
  • Bangkok 2024: Honda City Hatchback facelift — kemaskini penggayaan, Sensing; Turbo dan e:HEV

    Bangkok 2024: Honda City Hatchback <em>facelift</em> — kemaskini penggayaan, Sensing; Turbo dan e:HEV

    Baru saja diperkenalkan di Thailand awal Februari lalu, Honda City Hatchback facelift sudah dijangka akan turut menghiasi pameran Bangkok International Motor Show 2024 Ke-45 yang bermula hari ini. Ia melibatkan sedikit pembaharuan penggayaan dan pertambahan kelengkapan, yang sama diberikan untuk model sedannya di sana.

    Perubahan luaran yang ada termasuklah jalur krom lebih nipis di bahagian atas gril, yang kini hadir dengan corak mesh baru. Bampar depan juga diberi sentuhan lain, dan sedikit berbeza antara model RS dan yang bukan RS. Bagi RS, kemasan di bahagian lampu kabusnya lebih ketara, serta rekaan honeycomb mesh diberikan untuk bahagian bukaan udara bawah bampar.

    Di bahagian belakang varian bukan RS pula diberikan kemasan hitam di bahagian bawah apron, bersekali dengan jalur panel warna badan, sementara model RS menerima rekaan diffuser yang lebih sporty serta perumah cermin sisi hitam — dan juga lencana khusus RS.

    Bangkok 2024: Honda City Hatchback <em>facelift</em> — kemaskini penggayaan, Sensing; Turbo dan e:HEV

    Lima varian ditawarkan semuanya untuk City Hatchback untuk pasaran Thailand; ada tambahan satu varian baru berbanding sebelum ini. Untuk enjin petrol, ia terdiri daripada varian S+ dengan harga 599,000 baht (RM77,850), diikuti SV dengan harga 679,000 baht (RM88,240) dan RS dengan harga 749,000 baht (RM97,330).

    Tiga varian ini menggunakan enjin 1.0 liter tiga-silinder sebaris VTEC Turbo petrol yang menjana 122 PS (121 hp atau 90 kW) pada 5,500 rpm dan 173 Nm tork dari 2,000-4,500 rpm, dan digandingkan dengan CVT.

    Dua lagi varian ialah e:HEV Hybrid, dengan gred SV baru, yang dijual dengan harga 729,000 baht (RM94,750). Varian e:HEV RS sedia ada pula — yang ditunjuk dalam gambar ini — diberikan potongan harga sebanyak 50,000 baht (RM6,500) dan kini dijual 799,000 baht (RM103,830).

    Bangkok 2024: Honda City Hatchback <em>facelift</em> — kemaskini penggayaan, Sensing; Turbo dan e:HEV

    Versi hibrid ini terus menggunakan sistem Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang terdiri daripada motor elektrik utama yang menjana 109 PS (107 hp atau 80 kW) dan 253 Nm tork yang disalurkan melalui transmisi kelajuan tunggal, dengan enjin kitaran Atkinson 1.5 liter empat-silinder DOHC i-VTEC petrol bertindak sebagai generator untuk mengecas baterinya.

    Tiada sebarang perubahan aspek mekanikal diberikan untuk model facelift ini. Ia terus menjana kuasa sebanyak 98 PS (97 hp atau 72 kW) dari 5,600 hingga 6,400 rpm dan 127 Nm antara 4,500 hingga 5,000 rpm. Enjin ini juga boleh memberikan pacuan mekanikal dalam kelajuan tinggi.

    Untuk ruang kabin, tidak banyak perubahan diberikan. Hanya versi hibrid telah ditukar ciri soket 12V untuk penumpang belakang dan digantikan dengan slot pengecasan USB-C. Kini juga ada poket kecil untuk telefon di belakan kerusi depan.

    Bangkok 2024: Honda City Hatchback <em>facelift</em> — kemaskini penggayaan, Sensing; Turbo dan e:HEV

    Semua varian City Hatchback facelift dilengkapi dengan Honda Sensing sebagai ciri standard, dengan ciri bantuan pemandu terdiri daripada Collision Mitigation Braking System (CMBS), Lane Keeping Assist System (LKAS), Road Departure Mitigation System dengan Lane Departure Warning (RDM with LDW), Auto High-Beam (AHB), Adaptive Cruise Control (ACC) dan ciri baru Lead Car Departure Notification System (LCDN).

    Untuk varian hibrid, tambahan ciri brek parkir elektronik turut melibatkan pertambahan fungsi Low-Speed Follow (LSF) untuk ACC. Warna luaran yang ditawarkan untuk varian RS menerima dua warba eksklusif — Brilliant Sporty Blue Metallic (dengan bumbung hitam) dan Ignite Red Metallic. Warna lain pula ialah Tafetta White (hanya S+), Platinum White Pearl (e:HEV RS, e:HEV SV, RS dan SV sahaja), Crystal Black Pearl, Meteoroid Gray Metallic dan Sonic Gray Pearl.

    Honda City Hatchback facelift merupakan satu daripada dua model baru yang dijangka akan diperkenalkan oleh Honda Malaysia tahun ini.

     
     
 
 
 

Latest Fuel Prices

PETROL
RON 95 RM2.05 (0.00)
RON 97 RM3.47 (0.00)
RON 100 RM5.00
VPR RM6.00
DIESEL
EURO 5 B10 RM2.15 (0.00)
EURO 5 B7 RM2.35 (0.00)
Last Updated Mar 28, 2024