VIDEO: Proton tiba-tiba berhenti di tengah lebuh raya, berundur dan melanggar kereta di belakangnya

Apa hal mamat ni? Undur tengah jalan pastu langgar orang???

Posted by My Media Hub on Sunday, January 24, 2016

Hari ini kami telah menonton satu video yang sedang viral menerusi Facebook mengenai kejadian sebuah Proton Inspira dipandu laju dan tiba-tiba berhenti di tengah-tengah lebuh raya PLUS kemudian berundur dan telah melanggar MPV di belakangnya (yang merakamkan kejadian ini). Walau pun tidak diketahui puncanya, namun kelihatan si pemandu Inspira terbabit mungkin bertindak cuba menakut-nakutkan kereta di belakangnya dengan tindakan melanggar dan kemudian berlalu pergi.

Pemandu MPV terbabit telah pun membuat laporan polis mengenai kejadian ini. Menurut foto salinan laporan polis yang disiarkan di dalam akaun FB peribadinya, kejadian ini berlaku sewaktu dia bersama keluarganya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru pada 24 Januari (semalam) jam 7 malam, melalui Lebuhraya Utara-Selatan (arah Selatan). Setibanya di laluan KM 62.7, pemandu Inspira terbabit telah bertindak sedemikian dan menyebabkan bahagian hadapan MPV mangsa mengalami sedikit kerosakan.

Walau pun apa puncanya pemandu Inspira terbabit bertindak sedemikian, namun ia tidak sepatutnya berlaku kerana boleh dilabelkan sebagai kes buli jalan raya. Malah ia boleh mendatangkan bahaya dan risiko kemalangan yang membabitkan pengguna yang lain. Bayangkan jika ada kenderaan lain berada di belakang kereta yang dilanggar itu, masing-masing memandu dengan kelajuan yang tinggi (disebabkan berada di lorong paling kanan di lebuh raya berkenaan), bukankah ia boleh melibatkan insiden yang tidak diingini.

Apa komen ada mengenai kejadian sebegini? Kongsikan bersama kami.

Looking to sell your car? Sell it with Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required