Kereta Melawan Arus Di Lebuhraya Grand Saga berhampiran R&R Bukit Dukung, Kajang arah Semenyih. More : Wiki Rakyat

Posted by Wiki Rakyat on Tuesday, February 2, 2016

Satu lagi aksi dari pemandu yang sukar diterima dek akal dan tanpa sebarang penjelasan ini dipaparkan menerusi laman Facebook WikiRakyat. Ia menunjukkan sebuah Peugeot 208 dipandu secara melawan arus di Lebuhraya Grand Saga berhampiran R&R Bukit Dukung, Kajang arah Semenyih.

Tidak diketahui mengapakah pemandu berkenaan bertindak sedemikian, sama ada beliau terkeliru ketika keluar dari persimpangan atau pun…emmm…apa jua alasannya, tindakan ini memang mampu mengundang bahaya termasuk pada pengguna jalan raya yang lain.

Ini bukan kes pertama yang dipaparkan di laman media sosial. Baru-baru ini kejadian yang sama turut berlaku di Setia Alam sehingga menyebabkan ada kenderaan lain terbabas gara-gara mahu mengelak sebuah kereta yang dipandu secara berlawan arus. Sehingga kini, kejadian tersebut masih belum terungkai.