SPIED: Honda Grace/City Hybrid dikesan di Malaysia

Honda-Grace-e1459155576196

Honda Malaysia telah mengesahkan tiada perancangan untuk memperkenalkan model City Hybrid di Malaysia – namun menjadi tanda tanya apabila Honda Grace Hybrid model JDM ini kelihatan di jalan raya di Malaysia, seperti foto yang berjaya dirakamkan oleh pembaca PingShien Chuah ini.

Kereta ini dikesan dengan pelekat emisi JDM dan logo Grace Hybrid, dan ia telah didaftarkan. Ini adalah sedikit berbeza dengan City Hybrid yang pernah dijumpai ketika diuji di Malaysia suatu ketika dahulu, di mana ia ditampilkan dengan lambang City dan trade plate.

Persoalannya, adakah ini kajian jangka masa panjang yang dilakukan oleh Honda Malaysia? Malah selepas cukai duti khas bagi semua model hibrid dan EV telah ditamatkan, City Hybrid masih mencari-cari jalan untuk memasuki pasaran tempatan di atas insentif khas dari kerajaan bagi inisiatif Kenderaan Jimat Tenaga (EEV).

Mungkin juga sebaliknya, model yang dirakamkan ini adalah dari grey market import, sama ada menerusi pengedar khas atau pun pemilik tunggal dengan AP. Apa pun, ia dipadankan dengan sistem Sport Hybrid i-DCD (Pacuan Klac Berkembar Pintar), dengan enjin 1.5 liter i-VTEC Atkinson-cycle (110 PS/134 Nm), dengan motor elektrik (29.5 PS/160 Nm) dan transmisi klac-berkembar tujuh-kelajuan.

GALERI: Honda Grace Hybrid

Looking to sell your car? Sell it with Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Izwaashura Sadali

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

 
 

Add a comment

required

required