Lotus Exige 350 Special Edition – model istimewa dibina terhad hanya 50 unit, 26 kg lebih ringan

lotus-exige-350-special-edition-3-e1475633775337_bm

Sudah menjadi lumrah kereta-kereta buatan Lotus dimana prestasi sebenar hadir dari berat keseluruhannya yang sangat rendah dan bukan dari enjin, sesuai dengan pegangan pengasasnya, Colin Chapman yang menyatakan “To add speed, add lightness.” Jadi, model edisi terhad terbaharu dari Lotus iaitu Exige 350 Special Edition terus dibina dengan falsafah berkenaan dan diproduksi hanya 50 unit.

Model khas berkenaan dibina berdasarkan model Exige Sport 350 yang sememangnya sudah cukup ringan dengan berat badan 1,125 kg. Lotus berjaya menurunkan lagi berat berkenaan sebanyak 26 kg pada Exige 350 Special Edition ini dengan pemadanan tempat duduk gentian-karbon (6 kg), rim aloi forged lebih ringan (5 kg), cakera brek berliang two-piece (5 kg), dan juga bateri lithium-ion lebih ringan (10 kg).

Tiada perubahan dilakukan pada enjin dimana model edisi terhad ini masih dijana enjin Toyota 3.5 liter V6 dengan bantuan supercharger berkuasa 350 PS pada takat 7,000 rpm dan tork maksima 400 Nm pada takat 4,500 rpm, sama seperti Exige 350 biasa.

Lotus tidak menyatakan prestasi model yang diberi tingkat taraf ini dan masih menggunakan angka dari model Exige 350 iaitu pecutan 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat sebelum mencapai kelajuan maksima 274 km/h untuk versi transmisi manual enam-kelajuan serta mencatatkan lap terpantas di litar ujian Lotus, Hethel dalam masa 1 minit 29.8 saat.

Model edisi terhad ini dijual pada harga bermula £61,900 (RM326,517) di UK, iaitu lebih kurang £6,000 (RM31,649) lebih mahal dari harga asas Exige Sport 350. Model ini juga merupakan model terakhir dari tiga model edisi istimewa sempena ulangtahun ke-50 Lotus, yang turut terdiri dari Evora Sport 410 dan Elise Cup 250.

GALERI: Lotus Exige Sport 350

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 

Comments

  • Alson P on Oct 11, 2016 at 12:40 am

    Alangkah bagusnya jika model model dari Proton ada versi Lotus dimana berat keseluruhannya yang sangat rendah, dan pengendalian dinaiktaraf oleh kejuruteraan Lotus selain enjin yang ditala sebaiknya..

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required