Toyota buka bilik pameran baharu di Johor Bahru – tampil konsep generasi seterusnya, pertama di M’sia

toyota-jb-showroom-opening_bm

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya membuka bilik pameran baharu mereka di Johor Bahru. Bilik pameran ini merupakan fasiliti pertama yang direka berdasarkan konsep Bilik Pameran Toyota Generasi Seterusnya di Malaysia. Fasiliti berkenaan terletak di Jalan Tun Abdul Razak (Susur 5), menggantikan bilik pameran Jalan Kebun Teh sebelum ini.

Konsep rekaan terbaharu ini menampilkan ruang lounge untuk pelanggan yang bergaya dan selesa serta ruang bermain untuk kanak-kanak. Bilik pameran dua-tingkat ini juga mempunyai ruang pameran khas untuk model baharu atau model penting Toyota. Ia juga turut disertakan dengan ruang pameran aksesori dan juga sudut barangan cenderahati Toyota TRD.

Selain dari bilik pameran baharu yang benilai RM15 juta ini, UMWT turut memiliki pusat 2S di Larkin dan juga pusat-pusat 3S lain yang dikendalikan oleh pengedar-pengedar sahnya. Setakat ini, UMWT mempunyai jaringan 97 pusat jualan dan pusat servis – termasuk pengedar – di seluruh negara.

Looking to sell your car? Sell it with Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required