Ford panggil semula Kuga, Fiesta ST, Mondeo dan Transit – enjin 1.6 liter EcoBoost berisiko terbakar

Ford panggil semula Kuga, Fiesta ST, Mondeo dan Transit – enjin 1.6 liter EcoBoost berisiko terbakar

Langkah ini akan melibatkan 230,756 unit Escape 2014 (dikenali sebagai Kuga di sini), Fiesta ST 2014-2015, Fusion (Mondeo, 2013-2014) dan Transit Connect 2013-2015 bagi pasaran Amerika Utara.

Ford mengeluarkan notis panggilan semula bagi model-model yang menggunakan enjin 1.6 liter EcoBoost di atas sebab kemungkinan risiko kebakaran bawah bonet.

Masalah yang dikenal pasti adalah disebabkan kurangnya kitara coolant, yang boleh mengakibatkan enjin menjadi terlebih panas. Ini kemudiannya boleh menyebabkan kepala silinder retak, mengakibatkan kebocoran minyak. Sekiranya minyak berkenaan terkena permukaan enjin yang panas, dikhuatiri ini boleh menyebabkan kebakaran tercetus.

Setakat ini, masalah berkenaan telah melibatkan 29 laporan kebakaran di Amerika dan Kanada. Pemilik masih dibenarkan memandu kenderaan mereka, tetapi dinasihatkan berjumpa dengan pengedar mereka sekiranya terdapat kesan coolant bocor, enjin terlebih panas dan perlu menambah coolant dengan kerap.

Di Australia, 4,450 unit Kuga dan 400 unit Fiesta ST telah dipanggil balik, menurut laporan CarAdvice. Ini berlaku dua bulan selepas Ford Afrika Selatan memanggil balik 4,500 pemilik Kuga akibat masalah yang sama.

Pengedar Ford di Malaysia, Sime Darby AutoConnexion kini sedang menyiasat sama ada model-model berkaitan yang dijual di Malaysia turut terlibat dengan panggilan semula ini atau sebaliknya.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

Certified Pre-Owned - 1 Year Warranty

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Hazril Hafiz

Berkecimpung di dalam media automotif tempatan sejak 10 tahun lalu, Hafiz mengimpikan sebuah Malaysia dengan jaringan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan menyeluruh. Tugas terakhirnya sebelum menyertai laman web ini ialah sebagai editor sisipan automotif sebuah akhbar arus perdana.

 

Comments

  • nurzul on Apr 19, 2017 at 1:47 am

    “Pengedar Ford di Malaysia, Sime Darby AutoConnexion kini sedang menyiasat sama ada model-model berkaitan yang dijual di Malaysia turut terlibat dengan panggilan semula ini atau sebaliknya”

    SEjauh mana siasatan untuk kes ini sehingga April 2017? Kami adalah mangsa kebakaran TOTAL LOSS Ford Kuga 1.6 pertama di Malaysia pada NOvember 2016, kereta di servis baik mengikut jadual, tanpa modifikasi dan masih dalam tempoh waranti. Layanan dari pihak Customer service careline sangat mengecewakan pertama kali panggilan di buat sehingga kini masih belum menunjukkan “sense of care and empathy”. Terdapat liputan akhbar sehari lepas kejadian.

    Like or Dislike: Thumb up 2 Thumb down 0
    • Amir Syafiq on Jun 09, 2017 at 11:29 pm

      I own a Ford Kuga 2013/Reg 2014. Until today Ford Malaysia or SDAC never issue any letter to me regarding this issue which to me a very irresponsible Ford distributor. FYI, until today my Kuga has been grounded at the service centre following the ABS Sensor error which lead to “grinding sound” undercarriage. It has been two weeks now the service centre in JB waiting for ASB Sensor parts from the HQ but no to avail. I personally went down to KL Ford HQ to seek answer on why the long waiting for spare part but also no answer. Transferring my enquiry from one officer to another officer which eventually refers me to an “officer” which I don’t know ever exist.

      I sent email to SDAC Customer Care but no reply. Certainly this is the right time to show a BIG NO to Ford Malaysia and SDAC.

      Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
  • nurzul on Apr 19, 2017 at 1:54 am

    “Pengedar Ford di Malaysia, Sime Darby AutoConnexion kini sedang menyiasat sama ada model-model berkaitan yang dijual di Malaysia turut terlibat dengan panggilan semula ini atau sebaliknya”..
    Benarkah tindakan SDA selari dengan kenyataan ini?
    Sebagai seorang mangsa KUGA FORD terbakar TOTAL LOSS pada November 2016 lepas, dari awal tempoh lepas kejadian sehingga kini, layanan dari customer service careline staff sangat mengecewakan. Keratan akhbar kejadian kes kami ada keluar di berita arus perdana namuan tindakan Sime Darby Autoconexion masih jadi tanda tanya? Kereta di servis baik ikut jadual, tanpa modifikasi dan masih dalam waranti. Untuk percaya lagi pada jenama Ford dan customer care lagi? Tidak sekali.

    Like or Dislike: Thumb up 0 Thumb down 0
 

Add a comment

required

required