Satu lagi kematian kanak-kanak dalam kemalangan jalan raya – ibu bapa, gunakan tempat duduk khas untuk anak, tali pinggang keledar sepanjang masa

Satu lagi kematian kanak-kanak dalam kemalangan jalan raya – ibu bapa, gunakan tempat duduk khas untuk anak, tali pinggang keledar sepanjang masa

Kemalangan yang melibatkan empat buah kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran kawasan rehat Seremban semalam menyaksikan kematian seorang kanak-kanak berusia lima tahun dan tiga lagi cedera parah, mengikut laporan Bernama. Menurut pegawai trafik Negeri Sembilan, ASP Mohd Hafidzal Zainal Abidin, kanak-kanak lelaki tersebut, yang dikenali sebagai Muhammad Wafiq Fitri Walilah mati di tempat kejadian selepas terpelanting keluar daripada tempat duduk belakang Honda BR-V.

Hafizal menambah bahawa bapa Muhammad Wafiq, Walilah Karim, ibunya, Sri Yulianty Mukhtaruddin dan kakaknya Puteri Wafiqah Walilah berusia dua tahun – yang duduk di atas pangkuan ibunya – juga cedera parah. “Siasatan awal mendapati kemalangan tersebut berlaku apabila sebuah bas yang menghala ke Nilai dari Seremban tergelincir dan melanggar bahagian belakang Honda BR-V tersebut yang bergerak perlahan kerana jalan sesak.

“Sebuah MPV Toyota yang awalnya berada di depan bas tersebut mengelak ke lorong kiri, tetapi tetap dilanggar pada bahagian belakang oleh sebuah kereta yang bergerak di lorong kiri,” kata hafizal sambil menambah bahawa penumpang dalam kenderaan tersebut tidak mengalami kecederaan manakala pemandu bas pula ditahan untuk siasatan lanjut.

Insiden malang ini adalah satu lagi peringatan kepada ibu bapa supaya memastikan anak mereka duduk secara selamat di dalam kenderaan. Selagi kenderaan bergerak, kanak-kanak sentiasa perlu duduk secara selamat. Pada tahun 2015, kami juga telah melaporkan satu kemalangan hampir sama yang berlaku di Florida, Amerika Syarikat, di mana bahagian belakang sebuah Hyundai Sonata hampir hancur dalam perlanggaran tiga buah kenderaan.

Satu lagi kematian kanak-kanak dalam kemalangan jalan raya – ibu bapa, gunakan tempat duduk khas untuk anak, tali pinggang keledar sepanjang masa

Tidak seperti tragedi yang berlaku di Malaysia semalam, dua kanak-kanak yang duduk di belakang Sonata tersebut – seorang berusia 16 bulan dan seorang lagi empat tahun – terselamat dalam perlanggaran dengan hanya luka ringan. Ini kerana ibu mereka meletakkan kedua-dua anak di tempat duduk keselamtan kanak-kanak, iaitu satu langkah yang jelas menyelamatkan nyawa mereka.

Walaupun kami tidak boleh menjamin penggunaan tempat duduk khas kanak-kanak boleh sepenuhnya menyelamatkan mereka (terutamanya dalam perlanggaran serius seperti ini), ia bagaimanapun boleh mengurangkan impak kepada kanak-kanak tersebut seperti yang berlaku di Florida tersebut.

Kanak-kanak yang mempunyai berat di bawah 25 kg (kiraan berat lebih tepat berbanding usia) mestilah diletakkan di tempat duduk kanak-kanak (Kumpulan 0+, 1 dan 2), manakala yang mempunyai berat bawah 36 kg pula perlu menggunakan tali pinggang keledar, bersama dengan sama ada tempat duduk booster atau kusyen booster (Kumpulan 3). Ini adalah keperluan dan bukannya pilihan.

Lebih daripada itu, adalah sangat penting untuk mereka duduk di belakang, dan bukannya di depan. Ini adalah untuk memastikan anak anda jauh daripada beg udara hadapan sekiranya berlaku kemalangan. Anda sepatutnya hanya boleh meletakkan tempat duduk kanak-kanak ataupun tempat duduk booster sekiranya beg udara hadapan, bahagian penumpang pada kenderaan anda boleh ditutup. Walaupun begitu, ini tetap adalah pilihan terakhir.

Please share for public information

Posted by Richardt Piek on Sunday, 14 December 2014

Dan sudah tentu, anda tidak patut memegang anak anda di atas pangkuan apabila duduk di hadapan. Selaini fakta bahawa tangan anda tidak cukup kuat untuk menahan anak anda daripada impak perlanggaran, anda juga merisikokan mereka untuk terkena tenaga penuh beg udara yang meletup, dan berpotensi menyebabkan tengkuk patah, tengkorak retak dan kecederaan pada muka anda sendiri – seperti yang ditunjukkan oleh video di atas.

Beg udara meletup secara ekstrem, menggunakan bahan letupan yang terkawal, dan mampu memberikan impak yang kuat kepada penumpang hadapan sekiranya mereka tidak duduk dan memakai tali pinggang secara betul. Ini boleh jadi sangat merbahaya kepada orang dewasa, apatah lagi kanak-kanak yang boleh tercampak ke belakang apabila terkena beg udara tersebut.

Para ibu bapa, pembaca, sila kongsikan peringatan ini untuk mengelakkan lebih banyak tragedi seperti ini berulang kembali.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required