Kawasaki Versys-X 250 – dijual pada harga RM23,789

Kawasaki Versys-X 250 – dijual pada harga RM23,789

Semasa dipertontonkan kepada para media awal tahun ini, motosikal kembara permulaan Kawasaki Versys-X 250 sekadar diberitahu akan dipasarkan pada harga di bawah RM25,000. Kini, harga sebenarnya sudah dikeluarkan oleh Kawasaki Motors Malaysia (KMM) iaitu RM23,789, termasuk GST, tetapi tanpa insurans dan cukai jalan.

Model ini menawarkan kebolehan merentasi pelbagai jenis permukaan jalan dengan kedudukan yang tinggi dan rim bersaiz besar – 19 inci di depan dan 17 inci di belakang, tetapi dikuasakan oleh enjin yang lebih kecil berbanding kebanyakan motosikal kembara iaitu unit dua silinder sebaris 249 cc suntikan bahan api berkuasa 34 PS dan 21.7 Nm tork.

Bagi model yang dipasarkan untuk Malaysia ini, KMM mengambil insisiatif sendiri untuk melengkapkannya dengan tongkat tengah, walaupun begitu, ia tidak dilengkapi dengan ABS. Antara kelengkapan lain yang ada pada Versys-X 250 adalah klac Assist & Slipper, transmisi enam kelajuan dan berat 173 kg.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Durrani Sharom

Mempunyai latar belakang yang pelbagai termasuk sebagai pengurus tapak, pemandu van/lori dan pelbagai lagi, Durrani akhirnya masuk ke dalam bidang penulisan automotif lapan tahun lalu. Apa sahaja yang beroda dan berenjin membuatkan beliau teruja dan beliau percaya ‘mesin pengangkutan' ini sepatutnya adalah sesuatu yang mampu memberikan pengalaman menyeronokkan kepada penggunanya.

 
 

Add a comment

required

required