Maruti Suzuki Dzire – Swift generasi baharu versi sedan buat kemunculan sulung secara rasmi di India

Maruti Suzuki Dzire – Swift generasi baharu versi sedan buat kemunculan sulung secara rasmi di India

Setelah hampir sedekat Maruti Suzuki menjual Swift versi sedan yang digelar sebagai Swift Dzire untuk pasaran India, generasi baharu untuk model tersebut telah diperkenalkan minggu lalu dan kini hanya dikenali sebagai Maruti Suzuki Dzire – nama Swift secara rasmi tidak lagi digunakan.

Walau bagaimanapun, konsep yang digunakan untuk menghasilkan sedan segmen-B ini masih lagi tidak berubah dimana bahagian hadapannya menerima menerima lampu hadapan dan juga gril enam point yang seiras dengan Swift hatchback. Untuk Dzire ini, lampu hadapan berkenaan dibekalkan dengan unit projektor bersama lampu nyalaan siang LED serta diberikan lebih elemen krom pada bahagian bampar.

Dzire baharu ini juga tidak lagi menampilkan tiang-A yang dihitamkan seperti Swift buat pertama kali, bagi memberikan rupa sebuah sedan sebenar dan juga lebih padan dengan bahagian belakang yang mempunyai but. Pada bahagian belakang pula, model baharu ini menerima rekaan ringkas dengan lampu berbentuk segi tiga (nampak seperti lampu LED), dihubungkan dengan bar krom.

Maruti Suzuki Dzire – Swift generasi baharu versi sedan buat kemunculan sulung secara rasmi di India

Bahagian dalaman, Dzire masih lagi kelihatan seiras dengan Swift, kecuali liang penghawa dingin bahagian tengah yang berbentuk segi-tiga menggantikan liang berbentuk bulat bagi Swift. Ia turut diberikan kemasan kayu pada papan pemuka dan roda stereng, serta warna kabin keseluruhan diberikan tema beige, selaras dengan trend permintaan pelanggan di India.

Untuk varian tertinggi ZDi+, ia diberikan pelbagai ciri termasuk sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin, stereng pelbagai fungsi balutan kulit, sistem infotaimen dengan skrin sesentuh dan juga penghawa dingin automatik lengkap dengan liang untuk kabin belakang. Untuk keselamatan pula, semua varian diberikan dua-beg udara dan brek ABS buat pertama kali, serta Dzire kini didakwa mematuhi undang-undang keselamatan pejalan kaki, impak pelanggaran hadapan dan juga sisi.

Dibina berasaskan platform Heartect yang sama seperti Swift, bermaksud Dzire kini lebih ringan dan juga lebih tegar dari sebelum ini. Dari segi dimensi pula, model baharu ini mempunyai jarak roda yang lebih panjang, dan ia juga 20 mm lebih lebar serta 40 mm lebih rendah.

Maruti Suzuki Dzire – Swift generasi baharu versi sedan buat kemunculan sulung secara rasmi di India

Walaupun model generasi baharu ini dibina dari platform baharu, namun ia masih dijana enjin yang sama dari model sebelum ini iaitu pilihan sama ada enjin petrol 1.2 liter VVT empat silinder berkuasa 84 PS/115 Nm atau enjin turbodiesel 1.2 liter DDiS berkuasa 75 PS/190 Nm. Kedua-dua enjin tersebut menerima pilihan kotak gear manual lima-kelajuan atau lima-kelajuan manual automated.

Suzuki Maruti Dzire baharu ini diproduksi pada kilang jenama berkenaan di Manesar, India. Ia bakal dilancarkan pada 16 Mei ini manakala penghantaran kepada pelanggan pertama juga akan berjalan pada hari yang sama. Harga masih lagi belum didedahkan, tetapi dijangka bakal dijual pada julat antara 60,000 dan 70,000 rupee (RM4,000 to RM4,800) lebih mahal berbanding model sedia ada.

Gambar langsung serta informasi adalah ehsan dari Rushlane.

Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.

10% discount when you renew your car insurance

Compare prices between different insurer providers and use the promo code 'PAULTAN10' when you make your payment to save the most on your car insurance renewal compared to other competing services.

Car Insurance

Mohd Farid Awaludin

Farid mula menggilai kereta dengan menghafal logo dan jenama kereta ketika berumur 4 tahun, dan selanjutnya belajar membaiki kereta di institut kemahiran awam tempatan. Selalu membayangkan diri menjadi kerdil masuk ke dalam sistem mekanikal untuk diagnosis masalah dan memahamkan diri sendiri berkenaan teknologi baru. Dek selalu berangan mahu jadi seperti Tiff Needell, akhirnya diberi peluang untuk menyertai dunia media permotoran pada tahun 2012.

 
 

Add a comment

required

required